11 ; Anoyying

109 23 0
                                    

11
Anoyying

Bunyi alarm dari kereta berwarna merah itu berbunyi. Yoona menapak ke lif selepas mengunci keretanya.

Sambil itu, matanya menatap pada kereta suaminya yang berada tidak jauh dari tempat dia memakirkan kereta. Nampaknya suaminya sudah lama pulang.

💑

Kata laluan apartmennya ditekan sebelum wanita itu masuk ke dalam rumahnya. Pintu itu ditutup rapat. Dari situ, dia sudah terbau sesuatu yang enak. Bergerak-gerak hidungnya menghidu bauan itu.

Bagai dirasuk, Yoona melangkah mengikut bau tersebut. Dan ianya membawanya ke dapur. "Waah–sedapnya bau" suaranya dengan mata tertutup.

Mingyu yang baru perasan keberadaan isterinya itu menoleh. Tatapannya jelek melihat hidung wanita itu bergerak-gerak menghidu masakannya.

"Oi–" sikunya menolak lengan Yoona. Wanita itu membuka matanya. "Awak dah kenapa ni–?" soal Mingyu.

Yoona mencebik lalu menjelingnya. "Bukannya nak cakap elok-elok–" langkahnya dihayun ke arah biliknya. Mingyu memerhatikannya sehingga wanita itu hilang dari pandangan.

"Eh eh sotong katik ni–macam lah aku tengking tadi." omelnya menyampah. Masakannya itu digaul semula. "Rasa macam nak cabut je mata tu. Aku korek lepastu masuk dalam kari ni baru tau–"

💑

Makan malam hari itu tidak seperti orang yang berkahwin. Mereka berdua cuma senyap dan makan makanan masing-masing. Yoona dari tadi cuma fokus pada makanannya.

Mingyu pula sesekali memerhatikan isterinya yang berada di hadapannya. Melihat wanita itu menambah nasinya, dia tersenyum nipis.

"Sedap kan saya masak?" soalnya bernada bangga. Yoona membalas dengan wajah jelek. "Tak–tak sedap langsung" gelengnya.

Yoona menjelingnya dan menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya. Walaupun dia menerima penghinaan, mingyu tetap tersenyum melihat isterinya makan masakannya dengan berselera.

Selesai makan, Yoona bangkit dari tempatnya dan mengangkat pinggannya serta pinggan Mingyu. Walaupun suaminya menyakitkan hati, dia sedar yang dia perlu menjalankan tugas sebagai isteri.

Memandangkan Mingyu dah masak, dia lah yang membantu untuk cuci. Segala perkakas dapur dan pinggan mangkuk yang digunakan, dicucinya dengan bersih.

Si suami pula duduk bersila di ruang tamu sambil membuat kerjanya. Ianya memerlukan masa untuk menyiapkan rekaan itu. Sebab itulah kerjanya dari pejabat ke rumah. Dari rumah ke pejabat.

Yoona menapak ke dalam dengan membawa dua mug air coklat panas. "Nah–" secawan diletakkan di atas meja sebelah lelaki itu. Dia pun duduk di sofa yang berada di belakang suaminya.

"Ingatkan tak tau nak buatkan–" kata mingyu lalu menghirup sedikit airnya. "Awak ingat saya ni jahat sangat ke?" soal Yoona tidak puas hati.

Mingyu melihat airnya itu dengan dekat. Jauh dekat jauh dekat dia tengok. Yoona pelik melihatnya. "Awak kenapa ni?"

Mingyu menoleh arahnya. "Awak tak letak dakwat sotong awak dalam ni kan–?" soalnya dan tertawa. Bibir Yoona berkerut benci.

Mingyu yang baru hendak menghirup lagi airnya terkejut apabila Yoona menarik mug itu darinya. "Yaah–"

"Awak buat sendiri air–" dengus Yoona dan melangkah ke dapur dengan wajah penuh geramnya.

"Ala–saya gurau je" Mingyu cuba memujuk. "Buat sendiri–!!!" balas isterinya geram dari dapur.

💑

Bekas penutup krim malamnya ditutup selepas selesai memakainya. Mingyu pula menapak keluar dari bilik pakaian. Wanita itu bangkit dan menapak ke pintu.

Langkahnya dituju ke bilik sebelah. Mingyu menggigit bibirnya. "Nak tidur sebelah lah tu–" omelnya geram.

Dia mengejar isterinya sebelum wanita itu masuk ke dalam bilik. "Oi–"

Yoona mendengus geram dan masuk ke dalam bilik dengan mengendahkannya. Lengannya itu ditarik Mingyu. "Yaah–"

"Awak nak apa?" soalnya perlahan. "Temanlah saya tidur–"

"Tak . nak–" balas Yoona sepatah-sepatah. "Saya ajak teman je pun" rayunya. Yoona menarik lengannya. "Dah besar pun nak tidur sekali–" jelingnya dan menapak ke katil.

Belum sempat dia hendak berbaring, dirinya terasa diangkat. "Ah–!!" jeritnya kecil. Leher mingyu dipaut kerana takut terjatuh.

Lelaki tinggi itu menapak ke bilik utama semula. "Turunkan saya–" bahunya itu ditumbuk Yoona.

Tubuh Yoona diletakkan di atas katil. Terus sahaja dada Mingyu ditolak. "Pergilah–"

Dia menarik selimut hingga menutup wajahnya. Mingyu berbaring di sebelahnya. "Ajak teman tidur pun susah–bukannya ajak buat anak pun" suara Mingyu geram.

"Eii–lelaki gatal!!" balas Yoona geli dalam selimut itu.

♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now