59
TriangleWajah pucat Yoona ditatap Mingyu lama. Dikucupnya tangan kiri wanita itu lama. Risau sungguh hatinya apabila mengetahui yang wanita itu pengsan di sisi jalan. Nasib baik ada seorang wanita yang baik hati dan membawanya ke hospital dengan segera.
Yoona pengsan disebabkan keadaan di luar yang terlalu sejuk.
"Kenapa awak redah hujan lagi sayang–?" suaranya ditangan pucat itu.
"Mingyu–"
Lelaki tinggi itu menoleh. Minji dan Eunni berdiri di sisi katil sebelah lain. Dia yang menghubungi rakan baiknya itu.
"Macam mana dengan dia?" soal Minji.
"Doktor kata dia okay–"
"Kalau aku tau benda ni akan jadi, aku tak akan bagi dia turun dari kereta aku tadi." Eunni memegang tangan kanan rakannya. "Maaf Yoon–"
"Kenapa?" pelik Mingyu.
Eunni mengeluh dan memandang wajah lelaki itu dan rakan baiknya, Minji di sebelah.
Memahami maksud pandangan itu, Minji menatap Mingyu di hadapannya.
"Aku nak korang cerita perkara yang sebenar dekat Yoona lepas dia sedar–" tambah Eunni tegas.
Mingyu menekapkan dahinya dengan belakang tangan isterinya. "Saya minta maaf, sayang–"
Minji mengalihkan pandangannya dari terus melihat bekas kekasihnya itu.
💑
Mata bundar yoona perlahan-lahan terbuka. Berkelip-kelip matanya kerana menerima cahaya putih. Selepas memejamkan mata sekejap, baru ianya dibuka semula.
Wanita itu perasan yang dia kini di hospital. Wajahnya ditoleh sebelah. "Mingyu–" tangannya yang digenggam suaminya itu digerakkan.
Lelaki tinggi yang sedang tertidur itu tersedar. "Awak–" panggil Yoona lagi.
Mingyu mengangkat wajahnya apabila mendengar dirinya dipanggil. "Sayang–" senyumnya lalu mencium dahi wanita itu.
"Saya dekat hospital ke?" soal Yoona perlahan selepas Mingyu duduk semula di tempatnya.
"Ye–awak pengsan."
Dia cuba mengingati perkara terakhir yang dialaminya. Dan ianya memang benar. Pandangannya kian kabur semasa melangkah pulang di sisi jalan.
"Awak buat saya risau–" belakang tangan Yoona dikucup beberapa kali.
Bibir Yoona mengukirkan senyuman lebar. "Maaf–"
"Dah dua kali awak redah hujan–suka sangat mandi hujan ke?"
Yoona tertawa kecil. Sebelah lagi tangannya memegang pipi Mingyu. "Jangan risau–saya okay."
"Hey Yoon–" kedengaran namanya dipanggil. Wanita itu menoleh ke sebelah lain.
Sengihannya mengendur. "Kau okay–?" soal Minji dengan senyuman.
Tangannya yang dipegang Mingyu ditarik. Wajahnya menjadi masam semula. "Awak bagitahu dia?" soalnya pada Mingyu.
"Dia kan kawan baik awak–"
Yoona tertawa sinis mendengarnya.
"Yoon–aku tau kau marahkan aku. Aku minta maaf sangat-sangat." tangan Yoona cuba diraihnya tapi wanita itu sempat mengalihkannya.
"Sayang–" Mingyu cuba memujuk. "Awak pun sama–" jelingnya tajam pada si suami.
Wanita itu bangkit dari pembaringannya. Jarum drip di tangannya dicabut sambil mengetap bibir. Darah sedikit mengalir dari tangannya itu tetapi dibiarkan. "Sayang–" terkejut Mingyu.
Lantas wanita itu turun dari katil pesakit itu.
"Yoon–" Minji cuba menghalang rakannya itu tetapi ditolak Yoona. "Pergi–!!"
Wanita itu berlari selaju yang mungkin dengan tidak berkasut. Mingyu mengejarnya di belakang. "Yoona-ah–"
Dan wanita kurus itu kini di hadapan bangunan hospital di unit kecemasan. Hujan sudah reda tetapi jalan di situ masih basah disebabkan hujan tadi.
Walaupun begitu, dengan berkaki ayam, Yoona berlari di jalan tar itu. "Park Yoona–!!!" panggil Mingyu kuat.
Tanpa menghiraukannya, Yoona langsung berlari. Dan tiba-tiba pandangannya makin kabur. Kakinya juga berlari semakin perlahan.
Tubuhnya terhuyung-hayang sebelum kembali pengsan. Nasib suaminya sempat menangkapnya dari terjatuh.
💑
Minji mengeluh perlahan melihat rakan baiknya yang kembali terlantar itu. "Rasanya aku kena balik–"
"Tak nak tunggu dia sedar–?" soal Mingyu.
"Tak perlu agaknya–nanti dia lari lagi macam tadi. Aku tak sepatutnya ada dekat sini." senyum Minji nipis.
"Nanti aku mesej kau–"
Minji laju menggeleng. "Rasanya kita patut berhenti Mingyu–kau dah kahwin kan. Yoona betul-betul sayangkan kau."
"Tapi–"
"Tak–kita kena berhenti. Dia dekat sini sekarang pun sebab dia marahkan aku. Aku tak nak kecewakan kawan aku sendiri."
Mingyu mengeluh perlahan. "Kalau tu yang kau nak–"
"Dan kau dah boleh buang gambar-gambar aku dari kamera tu. Aku tau kau simpan lagi."
Perlahan lelaki itu mengangguk. "Ye–"
"Lupakan aku–kau patut hargai isteri kau ni. Percayalah aku, dia sayang sangat dekat kau."
Mingyu hanya senyap tidak menjawab apa-apa.
"Aku dah boleh move on sekarang–aku terpaksa lepaskan kau sebab aku tak nak putus kawan dengan Yoon."
"Nanti aku ceritakan semua dekat dia–" balas Mingyu.
Minji tersenyum pendek. "Baguslah–"
"Aku balik dulu–" wanita itu berlalu pergi selepas itu.
Mingyu mengucup tangan isterinya. "Saya minta maaf sangat-sangat, sayang–"
♥ To Be Continued ♥
Bacalah imagine kedua princess, Noona↭ SVT.
Harap ada sambutan. Akan dipost selepas enemy.

YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15