07
SweetYoona dan Mingyu bersama-sama berjalan di bangunan-bangunan lama di bandar perancis itu. Sekejap-sekejap mereka berhenti kerana Mingyu hendak mengambil gambar.
Dari awal lelaki itu tidak berhenti untuk mengambil foto dan video. Bunyi klik kerap didengarinya. Dan ianya menyakitkan hati Yoona. "Haih–awak ni bisinglah" rungutnya.
Mingyu memgeluh dan menurunkan kameranya. "Asyik nak marah je–" omelnya perlahan.
Kini, sudah hendak masuk sejam mereka berjalan. Perut Yoona sudah mula berbunyi. Sudah lama masa berlalu sejak sarapan tadi. "Awak–saya lapar" katanya perlahan.
"Tadi garang sangat–sekarang baik pula" perli Mingyu. Sengaja dia menjeling wanita itu. "Mingyu-ah–saya betul-betul lapar sekarang" lengan baju suaminya ditarik-tarik.
"Yelah–kita pergi makan" terpaksa Mingyu. Kemudian, Yoona ternampak sebuah restoran yang menarik perhatiannya. "Sini sini–" ajaknya. Tangan suaminya dipegang. Mingyu terkejut dengan itu.
💑
Dengan terujanya Yoona berlari ke arah Menara Eiffel yang berdiri megah di hadapannya. "Waah–" wanita itu berdiri di tengah-tengah menara itu lalu mendongak ke atas. "Tingginya–"
Mingyu mengendahkan isterinya itu dan sibuk mengambil foto Menara Eiffel dari jauh. Puas mengambilnya, dia melangkah mendekati Yoona. Sengaja dia mencuri-curi ambil gambar isterinya yang masih lagi teruja itu.
Setiap gerakannya juga dirakam. "Yoona-ah–" panggilnya kuat. Wanita itu menoleh ke arah suara itu. Dia melihat Mr. Slenderman itu sedang merakam gambarnya. Wajahnya serta merta berubah kosong. "Yaah–" pinggangnya dicekak.
"Senyum sikit–" pinta Mingyu. Dia tertawa kecil saat Yoona hanya menjelir lidahnya. Matanya pula dijelingkan ke atas. Beberapa kali gambar itu diambil.
Terdengar bunyi klik tidak berhenti lagi, Yoona mendengus geram. "Keumanhae–"
Mingyu mencebik. "Ye ye–" tetapi tangannya masih lagi mengambil gambar wajah cemberut isterinya. Yoona menggigit bibir bawahnya geram. "Kim Mingyu–!!!"
Mingyu menurunkan kameranya. "Yelah–"
💑
Petang itu, pasangan suami isteri itu berjalan di sebuah taman besar. Tetapi tidak berseiringan kerana Mingyu berjalan lambat. Seperti biasa, dia masih lagi sibuk mengambil gambar sekeliling. Disebabkan itu, Yoona berjalan di hadapan kerana tidak mahu menunggunya.
Tetapi apabila diperhatikan, lens kamera itu dihalakan ke arah Yoona yang sedang berjalan. Mingyu berlari perlahan ke arahnya. Kini gambar di sekelilingnya itu diambil semula.
"Awak tak bosan ke ambil gambar?" soal Yoona menyampah. Geram juga asyik dengar bunyi klik itu banyak kali. "Bosan–?" tawanya kecil. "Ambil gambar lah boleh tenangkan jiwa saya dari dengar awak membebel" sambungnya.
Yoona menjelingnya. "Tak habis-habis nak sakitkan hati orang–" omelnya perlahan. Mingyu menghalakan lens kameranya ke arah isterinya. Wanita itu menutup lens itu dengan tangannya. "Janganlah–" ditolaknya dengan nada perlahan.
Mingyu menurunkan kameranya. Yoona berjalan laju sedikit kerana tidak mahu seiringan dengan suaminya yang menyakitkan hati itu. Lelaki tinggi itu terperasan ada gerai kecil yang menjual aiskrim di sebelahnya.
Segera dia berlari mendapatkan Yoona dan menarik lengannya. "Sekejap–Nak aiskrim tak?" soalnya. "Aiskrim?" soal Yoona semula.
"Sinilah–" lelaki itu menarik isterinya ke gerai tersebut. Yoona hanya mengikut. "Cakaplah nak aiskrim apa–" kata mingyu.
Yoona melihat seluruh perisa yang ada di situ. Dan hatinya tertarik pada aiskrim perisa strawberi itu. "Ni–" tunjuknya. Mingyu menunjukkan aiskrim itu pada penjual itu dan membuat tanda satu.
"And this one–" tunjuknya lagu pada aiskrim perisa coklat.
Selepas membayar, mereka berdua berjalan semula tetapi bersama. Yoona sungguh menikmati perasa aiskrim itu. "Sedapnya–"
"Nak sikit?" Mingyu menghulurkan aiskrim miliknya. Perlahan Yoona menggeleng. "Saya tak suka perisa coklat–"
"Ouh–"
Kemudian secara tiba-tiba, Yoona tersenyum sendiri apabila terdapat satu idea yang muncul di fikirannya. "Awak nak sikit?" soal Yoona pula. Mingyu mengangguk. Baru sahaja dia hendak merasa, Yoona sengaja mengenakan aiskrim itu dipipi Mingyu.
Wanita itu tergelak besar. "Padan muka–" lidahnya dijelirkan.
Mingyu terus sahaja mengenakan aiskrimnya pada hidung isterinya sebagai balasan. Bulat mata Yoona apabila melihat itu. "Yaah–"
Giliran lelaki itu pula tergelak besar. Yoona tidak berputus asa dan mencalitkan sendiri aiskrimnya pada hidung lelaki tinggi itu. Beberapa kali dia mencalitkannya. "Jangan–" Mingyu cuba menghentikannya. "Yaah–"
Yoona tergelak puas melihat wajah suaminya mempunyai banyak kesan aiskrim strawberi. Segera Yoona berlari supaya dia tidak dikenakan. Mingyu mengetap bibirnya dan mengejar wanita itu.
"Sini awak–" panggil Mingyu. Yoona menjerit kecil saat tubuhnya dipeluk lelaki itu. Mingyu mengenakan aiskrimnya pula pada seluruh wajah isterinya. "Tak–jangan" jerit Yoona sambil menghalang Mingyu dengan tangannya.
Tidak cukup dengan itu, Yoona memcalitkan lagi aiskrimnya pada wajahnya Mingyu. Kini mereka seronok letak aiskrim pada wajah masing-masing.
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15