49 ; Hot

102 18 7
                                    

49
Hot




Kot hitam yang berada di atas katil disarungkan pada badan lelaki tinggi itu. Pakaian itu diperkemaskan Yoona sekali lagi.

"Dah–" tersenyumnya melihat sentuhan tangannya itu. Kening Mingyu terangkat mengiyakannya.

"Tapi kan gyu–kenapa kena pakai baju ni? Kan tempat pembinaan tu kotor." pelik wanita itu. Kedua-dua tangannya yang masih berada di dada lelaki itu diusap.

"Mula-mula saya kena pergi syarikat tu dulu sebelum ke tapak projek–takkan nak pakai baju biasa je."

"Ouh–"

"Saya pergi dulu–" pipi isterinya itu dikucup lembut. "Hati-hati–" pesannya pada mingyu yang sedang menuju ke pintu bilik hotel itu.

"Bye sayang–" lambai nya pada Yoona yang menghantarnya hingga ke pintu kamar. Yoona tersenyum lebar.

Pergi sahaja lelaki itu, pintu tersebut ditutup. Langkahnya dituju ke katil. Novel tebal di sisi katil dicapai sebelum menapak ke anjung bilik.

Nafasnya ditarik dalam. Tenang fikirannya dengan keindahan pagi di singapura itu. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

Dengan kaki yang bersilang, novel itu dibacanya.

💑

Mingyu berjalan bersama dua orang kliennya itu di tapak pembinaan. Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka memakai topi keselamatan bagi mengelakkan kecederaan.

Lelaki tinggi itu menerangkan segalanya kepada dua orang kliennya itu. Kafe itu baru sahaja rangka terbentuk. Dan pekerja buruh sedang berusaha menyiapkan bangunan itu.

Dalam 30 minit, mereka berhenti di sisi tapak projek itu. Klien wanitanya sudah mengibas wajahnya yang kian memanas kerana cuaca tengahari itu.

"Mr. Kim, thank you for today. We'll meet you tomorrow." ucap lelaki di sebelah wanita itu.

"Bye, Mr. Kim." senyum wanita itu sambil berlalu pergi ke kereta. Mereka berdua masuk ke dalam kereta yang sama.

Mingyu mengeluh panjang. Segera langkahnya diatur ke kereta yang disewanya. Kemejanya dikibaskan. Walaupun kotnya sudah tidak dipakai, tubuhnya panas seperti memakai kot tebal itu.

Enjin kereta dihidupkan dan pendingin hawa dibuka ke tahap maksimum. "Huah–" tubuhnya disandarkan ke belakang.

💑

Mingyu berjalan masuk ke dalam biliknya sambil membuka butang kemejanya. Tubuhnya terus direbahkan ke katil dengan tubuhnya terdedah. Kotnya yang dipegang, awal-awal sudah dilepaskan ke lantai.

Yoona yang fokus membaca di anjung terdengar bunyi keluhan dari dalam. Kepalanya ditoleh ke belakang. "Awak dah balik?"

"Hmm–" anggukan Mingyu seperti tidak bermaya. Wanita itu bangkit dari anjung dan menapak ke katil. Tergeleng kepalanya melihat keadaan suaminya itu.

"Kenapa ni gyu–" yoona duduk di sisi suaminya.

"Panas–"

Tangannya diletakkan di atas dada Mingyu. "Mandilah sana–" ditepuk bahagian sasa itu perlahan.

"Bagi saya rehat sekejap–nanti saya mandi." balas mingyu malas.

Kemeja putih itu dikeluarkan dari tubuh suaminya. Tubuhnya membongkok mengambil kot hitam yang berada di bawah.

Mingyu awal-awal lagi sudah berdengkur. Nampaknya dia betul-betul penat selepas dari pagi tadi keluar hingga ke tengahari.

💑

Pasangan suami isteri tersebut berjalan-jalan di tepi pantai dengan berkaki ayam. Masing-masing memegang kasut masing-masing.

Selesai sahaja makan malam di sebuah restoren, mereka terus menuju ke situ atas permintaan Yoona.

Ada juga pelancong asing dan pengunjung dari negara itu sendiri singgah di pantai yang tenang itu.

Sesekali kaki mereka dipukul ombak pantai semasa berjalan. Dan tapak kaki yang terkesan pada pasir lembut itu turut hilang.

"Kali terakhir saya ke pantai waktu malam macam ni masa lawatan sekolah ke Busan." suara Yoona dan tersenyum saat mengingati kenangan itu.

"Ouh–lawatan tu." mingyu mengangguk.

"Awak pergi bawa lari saya punya kasut. Jahat betul. Ingat?"

Mingyu tertawa kecil. "Mestilah saya ingat. Setiap perkara yang saya kacau awak, saya sentiasa ingat." sengihnya.

"Jahat–" siku Yoona menolak lengannya perlahan.

"Eih sayang–tengok tu." Mingyu terus menunjuk ke laut sana dengan nada terkejutnya. Yoona langsung menoleh. "Kenapa kenapa?" terkejutnya.

Mingyu senyap-senyap mengambil kasut tinggi isterinya dan berlari. Yoona terkejut sekali lagi apabila kasutnya diambil. "Kim Mingyu–!!!"

Sambil ketawa besar, Mingyu membawa lari kasut itu. "Awak–!!" wanita itu mengejarnya dari belakang.

"Kejarlah saya kalau dapat–" Mingyu ketawa mengejek. Sengaja perlekehkan Yoona memandangkan kakinya panjang.

"Mingyu–!!" panggilnya geram.

Mingyu memecut laju. Jarak antaranya dengan Yoona terlalu jauh. Termengah-mengah wanita itu. Puas hati sudah jauh, lelaki itu berhenti berlari dan menunggu isterinya.

"Sinilah–" jerit Mingyu kuat. Kira-kira lagi 300 meter, wanita itu berhenti. Lututnya dipegang sambil bernafas laju.

"Sikit lagi tu–"

Yoona mencekak pinggangnya. "Penat–" gelengnya laju. Dadanya masih berombak.

"Sayang–!!" jeritnya kuat. "Awaklah sini–" paksa Yoona pula.

"Exercise lah sikit–nanti saya bagi hadiah." mingyu tersenyum simpul. Yoona mengecilkan matanya walaupun lelaki itu memang jauh.

"Cepatlah–sini." mingyu melambai tangannya supaya ke arahnya.

Apabila lelaki itu beria-ia memujuknya barulah dia pergi semula tetapi berjalan sahaja.

"Sini–" mingyu mendepakan tangannya luas.

Semasa hendak dekat, Yoona baru berlari perlahan dan tubuh Mingyu dipeluknya sambil tertawa kecil. "Yeah–" mingyu turut membalas pelukannya.

"Nak hadiah–" wajah Yoona didongakkan sambil tangannya ernst memeluk suaminya.

"Hadiah tu istimewa sikit–tak boleh bagi dekat sini." Mingyu menyatukan pucuk hidung mereka. Bibirnya mengukir senyuman.

"Apa dia?"

"Kena balik hotel dulu–" mingyu menyeringai perlahan. Yoona tersenyum. Entah kenapa hanya satu difikirkannya. Jari telunjuknya bermain di pipi Mingyu.

"Best tak hadiah tu?" sengaja dia menyoal.

"Of course–saya yakin awak akan sukakannya." yakin Mingyu bersuara.

"Okay–"





♥ To Be Continued ♥

baeyuri_ 💩💩💩💩💩💩💩

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now