54 ; Ignoring (me) ii

92 19 6
                                    

54
Ignoring (me) ii






Sepanjang bulan peperiksaan itu, Yoona menumpukan seluruh perhatian kepada pelajar-pelajarnya. Tidak kira di sekolah atau kelas tambahan setiap hari Sabtu itu.

Pelajar-pelajar juga bersungguh mengulang kaji setiap mata pelajaran yang akan diduduki mereka.

Dan ada saja beberapa orang pelajar datang ke mejanya untuk bertanya sesuatu. Guru-guru juga sibuk menguruskan hal-hal peperiksaan pelajar senior itu.

Peperiksaan akhir tahun untuk pelajar gred lain juga dijalankan serentak. Boleh dikatakan, satu sekolah sunyi sepi sebab tengah sibuk dengan hal peperiksaan.

💑

Yoona melangkah keluar dari bilik pakaian selepas selesai menyarungkan baju malam di tubuhnya. Tubuhnya direbahkan sebelah suaminya.

Mingyu sedang bersandar di kepala katil beralaskan bantal di belakangnya sambil memegang alat canggihnya.

"Wonu ke tu–?"

Tanpa membalas tatapannya, lelaki tinggi itu mengangguk perlahan. Yoona memuncungkan bibirnya. Suaminya seperti tidak mahu melayannya hari ni.

Sejak kebelakangan ini, Mingyu seperti dingin dengannya. Sesekali sahaja mereka berborak. Lagipun Yoona juga sedang sibuk dengan peperiksaan.

Tapi memang pertama kali Mingyu sebegitu dengannya. Selalunya lelaki itu akan suka menyakatnya atau sengaja mengusiknya dan cuba membuat dirinya tersenyum.

"Mingyu–"

"Hmm–" Mingyu masih tidak memandangnya.

"Mingyu–" peha kiri suaminya itu dipegang.

"Kenapa?" masih mata tajam itu menatap skrin telefonnya.

"Kenapa awak ni–?" Yoona mendengus perlahan.

"Kenapa apa?" soal Mingyu sambil dua ibu jarinya laju menaip sesuatu.

Hati Yoona terasa meluap-luap. Panas sahaja dengan layanan hendak tak hendak itu. Entah apa yang syok sangat dibualkannya dengan rakan baiknya itu.

"Ergh–sudahlah." wanita itu membalikkan tubuhnya dan memejam mata rapat. Dibiarkan sahaja selama beberapa minit.

Matanya dibuka perlahan-lahan apabila tiada apa-apa balasan dari suaminya. Harapannya lelaki itu akan memujuknya.

Matanya menjeling ke belakang. Dan makin panas hatinya apabila melihat Mingyu kekal di situ dengan tersenyum-senyum melihat skrin telefonnya.

"Eii geramnya–" bibirnya digigit kuat. Yoona bangkit dari katil dan menapak keluar dari bilik. Sengaja pintu bilik itu ditutup kuat.

Dia mengambil keputusan untuk tidur di sebelah. Dengan harapan yang meninggi, Yoona menunggu sahaja lelaki itu membuka pintu dan akan memujuknya yang berada di katil.

Selama beberapa minit, dia menunggu sahaja lagi. Tapi selama itu juga pintu bilik itu tidak terbuka. Senyap sahaja.

Nampaknya Mingyu memang tidak kisahkannya lagi. Hati Yoona terasa sebak dan air matanya mengalir. Entah kenapa hatinya sedih apabila suaminya seperti tidak mengambil kisah tentang dirinya lagi.

"Lelaki tak guna–"


💑

"Good morning–" dengan senyuman lebar, Mingyu tiba di meja makan.

"Kenapa muka sembap ni–?" wajah isterinya itu dipegang. Yoona terdongak sedikit ketika wajahnya dipegang sebegitu.

"Tepilah–" tangan Mingyu ditepisnya kasar sambil menjeling. Wanita itu menuangkan air panas ke dalam cawan.

"Kenapa ni sayang–?" tubuh Yoona dipeluk dari belakang. Dagunya dijatuhkan pada bahu itu.

Yoona kekal membisu dengan wajah dinginnya. Memang malam semalam wanita itu tidak berhenti menangis. Mingyu memang tidak ke bilik sebelah semalam.

Selalunya lelaki itu akan ada di samping setiap kali dia tidur di bilik sebelah. Tetapi tidak malam itu. Bangun-bangun sahaja, kosong.

"Sayang–"

"Awak lepas boleh tak–semak tau tak." tubuh Mingyu ditolak ke belakang selepas itu. Lelaki itu terundur.

"Kenapa ni?" peliknya.

"Pergi je lah sana–" yoona melangkah terus ke ruang tamu untuk mengambil beg tangannya. Mingyu mengikutnya dari belakang.

"Sayang–tak nak sarapan ke?" soal Mingyu saat Yoona membuka pintu rumah.

"Tak ada selera–" pintu rumah itu ditutup tanpa mengisahkan suaminya itu.

Langkahnya menuju ke lif untuk ke tingkat bawah.

💑



"Erghh–" Mingyu yang tiba-tiba sahaja duduk di kerusi, mengejutkan Wonwoo yang sedang menghirup air.

Terbatuk-batuk lelaki itu. "Kau ni kenapa?"

Sepuntung rokok diletakkan di antara bibir dan pemetik api dinyalakan di hujungnya. Asap dihembuskan selepas menghisapnya. "Yoona–"

"Kenapa dengan isteri kau?"

"Entah kenapa dia bad mood dengan aku. Aku tanya tak nak jawab. Tadi pun aku telefon masuk peti suara. Off kan phone lah tu–" leter Mingyu geram.

"Kau ada buat apa-apa lah tu–"

"Entahlah–aku pun tak tau. Tiba-tiba je jadi macam tu."

Wonwoo memegang dagunya. "Period kot–"

"Rasanya lah–sebab hari ni 18."

"Rileks lah–nanti dia okay tu." pujuk Wonwoo bagi mengurangkan kegelisahan rakannya itu.

"Kau ingat senang ke nak pujuk dia? Susah tau tak–"

"Dah tu–siapa suruh cari masalah dengan dia."

Mingyu menyampah memandang Wonwoo di hadapannya. Puntung itu diketuk perlahan bagi menjatuhkan yang sudah terbakar.

"Susah lah cerita dengan kau–"









♥ To Be Continued

Double update this friday.

Tapi tengahari nanti.😂😂

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now