06
(Pervert) ManPerlahan-lahan mata Yoona terbuka. Kini dia tersedar dari tidurnya. Matanya turun ke bahagian perutnya yang terasa sakit. Satu kaki yang berbulu berada di situ. Kaki itu ditolak supaya jauh darinya.
Wanita itu turun dari katil. Lelaki itu mengerekot dan meniarapkan badannya. Tergeleng kepala Yoona melihat bantal yang digunakan suaminya sudah terjatuh ke bawah.
Langsir bilik dibuka. Cahaya matahari yang terang benderang itu menyinari segenap ruang bilik mewah itu.
Langkahnya dituju ke tualanya yang bergantung di tombol almari. Matanya menatap sekejap Mingyu sebelum masuk ke dalam tandas. "Ganas betul dia tidur–" omel Yoona geram.
💑
"Awak memang tidur macam singa eh–?" soal Yoona pada Mingyu yang berada di hadapannya. Mulutnya menggigit sedikit roti crossaint.
Mingyu tersenyum senget. "Saya dah cakap–" bahunya terjungkit. "Semalam saya susah nak tidur tau tak–" mata Yoona menjeling ke atas. Mingyu tergelak. "Semalam saya terdengar bunyi kuat–awak terjatuh ke?" soalnya dengan tawa.
Yoona mencebik dan menggigit kasar rotinya. "Yelah–kaki berbulu awak tu yang tendang." jelingnya tajam. "Awak kena biasakan diri–" balas Mingyu.
"Satu malam je pun saya dah tak tahan" geleng wanita itu laju. "Bahaya kalau tidur macam tu. Awak boleh terjatuh katil." tambahnya.
Mingyu menyeringai dan senyum. "Awak risaukan saya ke?" Yoona membuat wajah jeleknya. "Ei–tolonglah jangan perasan." matanya menjeling ke atas lagi.
"Ye lah tu–"
"Saya cuma cakap je–"
"Awak sayang kan saya–saya tau" Mingyu tertawa kecil.
Yoona malas hendak melayan kerenah suaminya dan menikmati sarapannya. "Hey–tengok yeoja-yeoja tu" Mingyu menunjuk pada belakang Yoona. Wanita itu menoleh. Bulat matanya melihat beberapa orang perempuan sedang mandi di kolam renang dengan hanya berbikini sahaja.
Wajah suaminya ditatap semula dengan mata yang dikecilkan. "Kenapa?" soalnya. "Bolehlah saya try–memandangkan saya ni kacak" rambutnya disebak ke belakang.
Pisau makanan di sebelah pinggan Yoona dihalakan padanya. "Berani awak nak memacam–"
Mingyu tergelak besar. "Nampak–awak sayang saya"
Yoona mendengus dan mengendahkannya.
💑
Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar denim Yoona. Matanya masih tidak berganjak pada pantai jernih yang luas dan dipenuhi dengan ramai pelancong tidak kira dalam dan luar negara.
"Kalau ambil gambar kan cantik–" senyumnya sendiri. Tubuhnya berpaling ke belakang dan kewujudan suaminya dicari. "Kim Mingyu–" panggilnya.
Matanya meliar ke sekeliling. Kemudian, ianya tertancap pada satu figura tinggi yang sedang berdiri sambil memegang kamera nikon. Mngkin sedang mengambil gambar. Yoona menapak ke arah suaminya.
"Mingyu-ah–ambil gambar saya" pintanya. Lelaki itu tidak menjawab dan fokus mengambil gambar. "Kim Mingyu–" panggilnya lagi.
Selepas beberapa kali memanggil, Yoona mendengus geram. Dia berdiri di hadapan lelaki itu. Mingyu terkejut kerana terlihat wajah cemberut isterinya di kamera. "Yoona-ah–"
"Saya suruh awak ambil gambar saya. Apa yang awak sibuk ambil–?" pelik Yoona. Dia memandang ke belakang untuk mencari apa yang lelaki itu tangkap. Dan matanya tiba-tiba tertarik pada sekumpulan remaja yang berpakaian dalam seksi.
Yoona mengetap bibirnya dan menatap suaminya. Mingyu tersengih kekok. "Awak ambil gambar diorang ke–?" soal Yoona dengan mata kecilnya.
"T-tak" geleng Mingyu. "Sini–" kamera di tangan lelaki itu diambil. Mingyu cuba untuk menghalangnya tetapi Yoona mejelingnya tajam. Belakang lehernya diusap.
Bulat mata Yoona melihat gambar tersebut. Ianya gambar wanita yang dizoom pada bahagian dada. "Kim Mingyu–" tajam matanya memandang wajah cemas lelaki itu.
Kamera itu ditolak kuat pada dadanya. Mingyu mengambil kameranya. "Lelaki gatal–"suaranya jelek dan berlalu pergi dari situ. Mingyu mengejarnya. "Yoona-ah–tu bukan apa yang awak sangka"
💑
Yoona memejamkan matanya rapat. Sungguh tenang apabila berendam di dalam jakuzi yang penuh dengan buih dan airnya yang suam. Selepas seharian berjalan, ianya memang memenatkan. Sedikit sebanyak kepenatannya hilang.
Tok tok tok
Bunyi ketukan yang kuat mengejutkan Yoona. "Yoona–!!" panggil Mingyu kuat.
"Apa–?!!" balas si isteri geram. Masa orang hendak bertenang ada saja yang mengganggu. "Boleh cepat sikit? Saya nak kencing–"
Yoona mendengus geram. 'Masa ni lah nak kencing' getus hatinya menyampah. "Nantilah–saya tengah berendam" balasnya malas.
"Tak boleh–tak tahan ni" desaknya. Yoona menggigit bibir bawahnya geram.
Tiba-tiba sahaja pintu tandas dibuka. Yoona menjerit kuat. Mingyu berdiri di depan mangkuk tandas. Wanita itu terus memalingkan wajahnya. Matanya dipejam. Bunyi tidak menyenangkan menerjah rongga telinganya.
Beberapa ketika kemudian, bunyi flash kedengaran. "Huh–lega"
Yoona menatapnya jelek. "Pengotor–"
Lelaki itu menapak mendekati tab itu. Yoona terus menutup dadanya. Senyuman sinis Mingyu menakutkannya. Seperti ada maksud tersendiri. "Pergilah" halau Yoona.
"Kenapa nak tutup–?" nada suara Mingyu gatal. "Y-yaah–!!" Yoona tergagap. Sebelah kaki Mingyu terangkat seperti hendak masuk ke dalam tab itu.
Yoona segers mengambil sabun botol kecil dan baling dengan kuat ke arah suaminya. "Keluarlah–"
Mingyu mengerang kesakitan. "Yaah–jangan"
Dia terus berlari keluar selepas beberapa kali diserang. Yoona mendengus geram. "Lelaki gatal–!!!" jeritnya geram.
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15