28 ; (Just don't) Trust

99 19 0
                                    

28
(Just don't) Trust

Mingyu menoleh sesekali pada isterinya yang kekal membisu di sebelah. Wanita itu juga tidak mahu menatapnya dan asyik memandang ke luar tingkap.

Audio radio diperlahankan Mingyu. Perlahan lelaki itu berdehem. "Yoona-ah–" panggilnya.

"Nak apa–?" balas Yoona malas. Nafasnya dihembus panjang.

"Awak memang nak senyap je ke. Kita patut bincang benda ni. Bukan senyap macam ni–" Mingyu mengeluh perlahan.

Yoona mendengus geram. "Nak bincang apa?"

"Saya tau awak masih marahkan saya sebab hari tu–" suara Mingyu kesal.

"Memang. Lepastu saja lupa tak ambil saya. Satu jam saya tunggu dekat sekolah. Nasib baik ada Jun." sambung Yoona dengan nada marahnya. Tangannya disilangkan.

"Saya memang terlupa, Yoona-ah. Bukan saja tak nak ambil–" belum sempat Mingyu menyambung ayatnya, Yoona memintas. "Saya telefon awak beratus kali dari tengahari. Mesej awak yang saya balik awal. Awak langsung tak balas."

"Saya minta maaf. Tapi telefon saya tertinggal dekat rumah. Petang tu baru saya baca mesej awak."

"Jadi–macam mana boleh terlupa?" Yoona menaikkan suaranya.

"Lepas masak, saya tertidur sekejap sebab terlupa yang awak baik awal. Saya sedar je, awak dah sampai.

Yoona memutarkan bola matanya. "Alasan–"

"Saya tak tipu. Saya memang betul-betul terlupa. Maafkan saya." wajah Mingyu meminta simpati.

"Cakap je lah yang saya memang menyusahkan awak–"

Mingyu mengetap bibir. Perlahan kepalanya menggeleng. "Tak–saya langsung tak anggap awak macam tu."

"Sudahlah–saya memang beban untuk awak. Saya faham yang awak rasa tak bebas sebab kahwin dengan saya. Dan sepatutnya awak tak setuju masa kita kahwin hari tu."

Lelaki itu menggigit bibir bawahnya. Langsung dia terasa dengan kata-kata Yoona.

"Kenapa awak yakin sangat, Park Yoona–?"

"Perkahwinan ni memang dirancang. Saya tahu awak dipaksa juga." nada  wanita itu mengendur.

Mingyu tersenyum senget. Yoona mengeluh panjang lalu menggeleng. "Kita tak sepatutnya bersama."

"Macam mana kalau kita memang ditakdirkan?" soal Mingyu sambil menatap isterinya sebentar.

Yoona mengalihkan pandangannya pada Mingyu. "Kita sama-sama tak saling menyayangi, Kim Mingyu–"

💑

Mingyu kekal berdiri di bawah pancuran air itu. Dibiarkan air mengalir di seluruh tubuhnya.

Perbualan antaranya dengan Yoona tadi masih segar di ingatan.

'Kita tak sepatutnya bersama.'

Rambutnya yang sudah basah itu disebak ke belakang dengan kedua-dua tangannya.

'Kita sama-sama saling tak menyayangi, Kim Mingyu.'

Perlahan bibirnya menarik senyum senget lalu dia tertawa kecil. Kepalanya didongakkan. Pancuran air itu jatuh ke mukanya.

💑

Dengan berkaca mata, Yoona membaca novel tebalnya di atas katil. Walaupun begitu, fikirannya masih tak lari dari berfikir tentang perkara yang disebutnya di dalam kereta tadi.

Buku itu diletakkan di atas peha dalam keadaan terbuka. Pandangan matanya beralih pada satu susuk tubuh tinggi yang sedang berdiri di tepi anjung.

"Tak mungkin aku nak cintakan dia–" geleng wanita itu yakin.

Mingyu menjawab panggilan telefonnya. Wajah lelaki itu yang pada mulanya sugul bertukar ceria. Senyumannya lebar.

Dahi Yoona berkerut memerhatikannya. "Mesti dari kawan gay dia tu–" duganya.

"Sah-sah lah dia pun tak cintakan aku–dah ada 'kawan'." kepala Yoona terangguk-angguk.

💑

"Kau yakin ke dia gay?" soal Minji untuk kepastian. Yoona yang duduk di hadapannya mengangguk laju.

Memandangkan hari itu hari cuti, Yoona berjanji dengan rakannya untuk berjumpa di kafe.

"Kau pasti–?" soal Eunni pula. Wanita itu masih berpakaian jururawat kerana belum habis waktu kerjanya. Masa rehat itulah digunakan untuk melepak sekali dengan rakan baiknya.

"Ye–"

"Tapi aku tak rasa dia macam tu." geleng Minji. Yoona mengangkat sebelah keningnya.

"Takkanlah lelaki kacak macam tu–gay." tambah Minji lagi.

"Tapi aku tak percayakan dia. Dia langsung tak cakap yang dia cintakan aku."

"Lelaki wey–mana nak faham apa yang dia fikir." sampuk Eunni geram. "Kau pun dah kenapa ni–?" pelik Minji.

"Haritu aku nampak tunang aku dengan perempuan lain dalam kereta. Mesra betul–" Eunni memutarkan bola matanya.

Terbuntang mata rakannya yang lain. "Seriusly–?" terkejut Yoona.

"Ye ah. Bila aku tanya, dia kata dia cuma tumpangkan perempuan tu balik rumah je." Eunni mendengus geram.

"Ye lah tu tumpang je–" geleng Minji tidak percaya. Eunni menyilangkan tangannya. "Tu lah–sekarang kitorang tengah gaduh."

"Eii–teruknya." jelek Yoona.

"Kita tak sepatutnya percayakan lelaki." tambahnya yakin. Eunni dan Minji mengangguk laju.


♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now