19
EnsureDi dapur, Minseo sedang mengelap meja kerja yang kotor semasa menyediakan bahan memasak untuk tengahari tadi.
Yoona pula mencuci segala perkakas yang digunakan tadi. Puan Kim terlebih dahulu ke biliknya untuk membersihkan diri.
Minseo berdiri di sebelah Yoona untuk mencuci kain itu. Selepas menyidainya, remaja itu membantu mengelapkan perkakas yang sudah bersih dicuci.
"Minseo-ah-" panggil Yoona lalu berdehem perlahan.
"Nae-?" pandangan gadis itu beralih pada kakak iparnya.
"Hmm-eonnie nak tanya sikit."
"Apa dia?" wajah Yoona ditatapnya. Wanita kurus itu mengigit bibir bawahnya.
"Tentang Mingyu-" sengihnya kecil.
"Ouh-eonnie nak tau apa? Tapi orang tau sikit je pasal oppa." Minseo memandang semula perkakas yang dilapnya.
"Minseo kenal tak kawan-kawan dia?" soal Yoona selepas berdiam seketika.
"Hmm-" remaja itu berfikir sejenak. "Tak kenal sangat-tapi taulah sikit." angguknya perlahan.
"Jadi minseo kenal tak Jeon Wonwoo?" selidik Yoona. Tersenyum Minseo mendengarnya. "Ouh-kenal."
Aktiviti mencucinya terhenti seketika. Wajahnya sungguh teruja saat gadis itu mengetahuinya. "Siapa dia sebenarnya?"
"Dia tu kawan baik oppa sejak sekolah."
"Tapi eonnie tak pernah kenal pun masa sekolah dulu?" pelik Yoona.
"Wonwoo oppa pindah ke sekolah lain masa sekolah menengah. Walaupun dia pindah, diorang tetap rapat dan keluar setiap kali hujung minggu." cerita Minseo. Yoona melopong dan mengangguk.
"Sampai sekarang diorang kawan baik-" tambahnya lagi. "Ouh-"
"Kadang-kadang Minseo ingatkan diorang tu pasangan sebab diorang rapat sangat-" minseo tertawa kecil.
"Ye-?" Yoona cuba mencari kepastian. Kalau benar, sangkannya yang suaminya itu gay adalah tinggi.
"Memang rapat eonnie-" angguk Minseo laju.
"Ah-" nampaknya sangkaannya itu tidak dapat disangkal lagi. Adiknya juga turut meraguinya.
💑
Yoona mengemas pakaiannya yang sudah dilipat ke dalam bagasi di bawah sisi katil sambil bersila. Pakaian suaminya juga turut dimasukkan.
Drrt drrt drrt
Serta merta matanya beralih pada telefon bimbit yang sedang bergetar di hujung katil. Tubuhnya diangkat sedikit untuk melihat kontak nama yang tertera pada telefon bimbit suaminya itu.
"Kawan dia lagi-"
Baru sahaja dia hendak mencapai alat itu, satu tangan lain mengambilnya terlebih dahulu.
"Eish-sibuk je." jeling Mingyu lalu menapak keluar dari bilik dengan tergesa-gesa.
Yoona mencebik bibirnya. "Tak nak bocor rahsia lah tu."
💑
Mata tajam Mingyu fokus pada laptopnya di ruang tamu. Petang tadi, mereka berdua telah pulang semula ke apartmen kerana esok kerja. Memandangkan dia di rumah ibu bapanya semalam, tiada masa untuk menghabiskan kerjanya itu.
Lelaki tinggi itu menguap besar. Sesekali lelaki itu menggaru lehernya yang tidak gatal. Matanya kelihatan hendak tertutup kerana sudah agak lewat malam.
Dari pintu bilik, Yoona sedang mengintai suaminya dari belakang itu. "Kalaulah dia betul-betul gay, mesti dia tak suka kalau aku goda dia."
Hujung bibirnya menarik sinis. Langkahnya dituju ke dapur.
Mingyu yang sudah hendak terlelap terkejut apabila terdengar bunyi di sebelah. "Saya buatkan air-" Yoona tersenyum pendek. Lelaki itu segera mencapainya lalu meneguk.
Yoona mengambil tempat di sebelah Mingyu. Mug besar tadi diletakkan semula. Airnya sudah tinggal separuh. Kerjanya diteruskan.
"Mingyu-ah-" panggil Yoona sambil jari telunjuknya bermain di peha suaminya.
Mingyu menatapnya pelik. "Kenapa-?"
Yoona memuncungkan bibirnya seperti hendak mencium. Mingyu terus menjarakkan kepalanya. "Eii-gila ke?" jelek lelaki itu.
Yoona menarik tangan Mingyu dan masih cuba hendak mencium pipi suaminya. Mingyu pula berusaha mengelakkan diri.
"Yaah-" dahi isterinya ditolak sehingga yoona terdorong ke belakang.
"Awak demam ke-?"
Wanita itu mencebikkan bibir. "Saya cuma nak cium awak-tak boleh?"
Lagi berkerut dahi Mingyu melihat perangai tiba-tiba isterinya itu. "Choo-" Yoona mendekatkan dirinya dengan bibir memuncung.
Mingyu meletakkan tapak tangan pada bibirnya lalu menolaknya. "Eii-" lantas tangan itu ditepis Yoona.
"Awak jangan menggedik boleh tak. Saya tengah banyak kerja sekarang. Esok ada meeting." omel lelaki tinggi itu lalu menjelingnya.
Yoona mencebik lagi. "Okay-" wanita itu bangkit dari situ dan melangkah ke bilik utama.
"Sah dia gay-" yakinnya.
♥ To Be Continued ♥

YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15