42
Je t'aimeSudah beberapa kali Yoona mengubah kedudukan baringnya. Baring kiri salah, baring kanan salah, baring menelentang salah.
Akhirnya dia duduk sahaja. Kakinya dirapatkan ke dada. Tangannya memeluk kaki dengan dagu diletakkan pada lutut.
"Kenapalah aku masih fikirkan dia–nak tidur pun susah." rengeknya geram.
"Kenapa aku rasa benda ni bila dia tak ada." atas dada kirinya dipegang. "Lepastu nangis je–padahal aku tak rindu dia pun."
Bibir bawahnya digigit perlahan. "Tapi betul ke aku tak rindu dia? Kalau tak kenapa aku selalu ingat dia?"
"Eish–" kepalanya diserabutkan. Kakinya dihentak lalu wanita itu terbaring semula.
"Entah-entah aku memang sayangkan dia–" memikirkan perkara itu, Yoona merengek. "Ah–!!! bencinya."
💑
"Tunang aku dah janji dah yang dia takkan rapat sangat dengan perempuan tu."
Malam itu, tiga sahabat itu makan malam bersama di gerai tepi jalan itu. Tempat itu tempat kegemaran mereka apabila bertemu waktu malam.
"Baguslah tu–" balas Yoona dengan mulut penuhnya.
"Kekadang aku pelik jugak, korang ni asyik bergaduh perkara remeh je–" Minji meneguk sojunya. Eunni menuang minuman keras itu dalam cawannya sendiri.
"Entahlah–dugaan nak kahwin agaknya." sekali teguk, air itu diminumnya.
"Tapi aku tertanya-tanya. Siapa tunang kau selama ni–" pernyataan Yoona dianggukkan Minji. "Haah beb–"
Eunni tersenyum lebar. "Masa aku kahwin nantilah korang tau–"
Yoona pasrah dengannya. Sudah beberapa kali tanya, ayatnya pasti itu. "Suka hati kau lah–" Yoona meneguk sojunya pula.
Eunni menuang soju ke dalam cawan rakannya."Bila suami kau balik–?" soalnya sambil menuang.
"Esok–" balas Yoona ringkas. Hidangan sampingan itu disuap ke dalam mulut.
"Ouh–"
"Tapikan–korang boleh tolong aku tak. Aku sebenarnya keliru sangat."
"Apa dia?" Minji tidak sabar mendengarnya.
"Selama Mingyu tak ada ni, aku sedih tau tak. Aku macam tak ada mood nak buat kerja. Bila dia telefon aku, hati aku lega dengar suara dia. Lepastu fikiran aku asyik ingat dia je. Tapi aku tak sayang dia pun–"
Minji tertawa kecil lalu meneguk minuman keras itu. "Kau yakin ke kau tak sayang dia–?"
Yoona mengetap bibirnya. Jarinya bermain pada sisi cawannya yang penuh dengan soju. "Aku keliru–" nadanya mengendur.
"Mesti kau rindu dia kan?" soal Eunni pula. Yoona menggeleng perlahan. "Tak–aku tak cakap pun."
"Habistu buat apa kau sedih sangat?" sebelah kening Eunni terangkat.
"Entah–"
"Itu namanya kau rindu dia lah–kau sedih bila dia tak ada. Gembira bila dia ada. Selalu teringat pasal dia. Itulah tandanya kau dah sayangkan dia." balas Minji panjang.
Yoona tidak tahu hendak memberi reaksi apa. "Wah–nampaknya kau dah memang sayangkan dia." Eunni menolak lengan rakannya itu.
Yoona cuma meneguk minuman itu. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.
"Aku sayangkan dia?"
Minji mengangguk perlahan. "Ye beb–"
💑
Mingyu berjalan dengan pantas ke arah isterinya yang sedang berdiri membelakanginya. Kelihatan Yoona sedang mencari-carinya.
Tubuh kecil itu dipeluknya dari belakang. "Sayang–"
Yoona terkejut dengan pelukannya. Hampir sahaja dia hendak melatah. "Mingyu–?" kepalanya menoleh ke belakang.
"Rindu peluk awak–" pelukannya dieratkan lagi. Dagunya diletakkan pada bahu wanita itu. Yoona tertawa kecil dengan tingkah comel itu.
"Jomlah balik–malu orang tengok." tangan Mingyu ditepuk perlahan.
"Jom–"
💑
Khusyuk Yoona membaca novel tebalnya itu. Sudah lama tidak dibacanya. Malam itu disambungnya.
Mingyu melompat ke atas katil dan membaringkan kepalanya di atas perut isterinya. Terasa katil itu bergegar, Yoona mendengus geram. "Kim Mingyu–"
Tersengih lelaki itu apabila namanya disebut. "Sorry–"
Yoona mengeluh perlahan. Kepala itu dibiarkan sahaja di atas perutnya. "Saya tengok awak macam tak suka je saya balik–" jari sebelah tangannya bermain pada perut Yoona.
"Ye ke–habistu awak nak saya buat apa?" balas Yoona mendatar.
"Layanlah saya–" lelaki itu tersenyum gatal. Yoona menurunkan bukunya untuk melihat wajah suaminya.
"Bolehlah–" matanya dikelipkan beberapa kali. Yoona memutarkan bola matanya.
"Esok saya sekolah–" novelnya kembali dibaca. Mingyu mencebik bibirnya.
"Awak pun memang tak reti penat ke?" jelek Yoona bertanya.
"Bukannya selalu pun–"
"Gatal–"
Mingyu berdehem perlahan. "Hujung minggu ni awak memang nak balik rumah omma?"
"Mestilah–awak pun dah janji kan."
"Tak apa ke kalau kita buat dekat rumah omma?" soalan Mingyu membulatkan mata Yoona. Novelnya diturunkan serta merta.
"Awak ni dah kenapa? Gila eh–?"
"Tak boleh eh? Mungkin awak takut diorang dengar–" Mingyu memegang dagunya.
"Ergh–" matanya dijelingkan ke atas. Susah ada suami gatal macam ni.
"Okaylah–saya tunggu minggu depan." senyum Mingyu manis. Yoona meraup wajahnya. "Oh tuhan–"
♥ To Be Continued ♥

YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15