16
Believe (or not)Lelaki tinggi lampai itu termenung sebentar semasa menyemak failnya. Bibirnya menarik senyuman lebar saat mengingati semula wajah isterinya secara dekat itu.
Bibir merah wanita itu diamatinya. Bibir itu sangat menggodanya. Matanya dipejam bagi mengimbas semula cara dia mencium wanita itu.
Senyumannya makin lebar. Tapi alangkah malangnya, peluangnya untuk bersama wanita itu tidak kesampaian lagi.
Tanpa disedarinya, seorang lelaki kurus tinggi masuk ke dalam biliknya. Tanpa izin.
Wonwoo melabuhkan punggung atas kerusi yang tersedia di hadapan meja rakan baiknya. Tertawa lelaki itu melihat bibir Mingyu bergerak ke depan seperti hendak mencium dengan mata yang masih tertutup.
"Woi–" sebelah tangan wonwoo menepuk kuat meja kerjanya itu. Lelaki tinggi itu terkejut. Bulat matanya melihat wonwoo berada di hadapannya.
"Sejak bila kau dekat situ–?" soalnya pelik.
"Kau apahal tadi? Tak tahan sangat ke?" soal wonwoo kembali lalu tertawa besar. Mingyu mengusap belakang lehernya. Wajahnya seperti hendak memerah.
"Tak ada apa-apa–" gelengnya laju.
"Hee–" lelaki kurus itu tersengih sambil menyeringai.
"Apa tujuan kau dekat sini? Dahlah main masuk je–" Mingyu menaikkan sedikit suaranya. Wajahnya bertukar pada marah.
"Datang lawat member lah–" wonwoo bersandar dengan tangannya berada pada penghadang kerusi kulit itu. Kakinya dinaikkan pada meja kerja Mingyu. "–tak boleh?"
"Eh–fikir kaki kau ni suci sangat?" kaki kurus itu dipukul kuat dengan fail di tangannya.
Wonwoo mencebik lalu menurunkan kakinya. "Berkira–"
"Cepatlah cakap–aku banyak kerja ni" mata Mingyu beralih pada kertas kerja yang bersepah di atas mejanya.
"Ada apa-apa berlaku ke sampai kau macam nak cium tadi?" soal wonwoo lagi dengan tawa kecilnya.
"Semalam sikit lagi wey aku rasa kitorang nak ehem ehem–" cerita Mingyu kecewa. Bibirnya muncung ke depan.
"Ouh–kau ada cium dia." wonwoo mengangguk tanda mengerti.
"Haah–aku tak boleh lupa bibir merah dia tu. Merecik gila sampai mengancam nafsu aku tau tak–"
"Woa–rileks bro" tangan wonwoo memberi isyarat supaya lelaki itu bersabar. "Aku faham kau memang tak tahan sekarang–" tawa lelaki kurus itu.
"Aku tak sangka, dia tampar aku lagi." pipi kirinya ditunjuk. Pipi yang sama dia ditampar pada kejadian sebelumnya.
"Tabah bro–aku yakin tak lama lagi tu." wonwoo menepuk sebelah dadanya. "Percayakan abang wonwoo ni–"
Mingyu memutarkan bola matanya.
"Okaylah. Sebenarnya, aku ada berita nak bagitahu–" wonwoo tersenyum lebar. Keningnya pula terangkat beberapa kali.
"Apa–?" balas lelaki tinggi itu tanpa melihat sahabatnya. Nadanya seperti tidak berminat.
"Kalau aku cakap, kau mesti tak percaya–"
"Apa dia Jeon Wonwoo–?"
"Hyera mengandung–"
Wajah lelaki tinggi itu serta merta menatap rakannya itu. Matanya membulat. "Serius ke–?" Mingyu seperti tidak percaya.
"Mestilah–" dengan wajah bangganya, wonwoo mendepakan tangannya.
"Aku tak percaya–"
"Tak percaya kan?" sebelah kening wonwoo terangkat.
"Aku yakin kau mandul wey–"
"Bodoh punya Kim Mingyu–!!!"
💑
Buku tulis pelajar yang bertimbun itu dibawa Yoona untuk ke bilik guru dari keretanya. Memandangkan tengahari nanti dia akan menggunakan buku itu, terpaksa dia membawa buku yang banyak itu.
Langkahnya perlahan bergerak ke sana. Tidak jauh dari situ, dua orang pelajar lelaki berlari sambil diikuti rakannya seorang lagi.
"Lembaplah kau." pelajar lelaki di hadapan tertawakan rakannya sambil menoleh ke belakang.
Tanpa sengaja, pelajar itu terlanggar guru muda itu. Buku tulis di pegangan Yoona terjatuh. Mereka berdua terkejut. Pelajar seorang lagi turut berhenti berlari.
"Saya minta maaf." pelajar yang melanggar Yoona menunduk padanya beberapa kali. Nadanya sangat serba salah.
Yoona menggeleng kepala perlahan sambil membaca tanda nama pelajar itu.
'Oh Kang Min'
"Saya betul-betul minta maaf." pelajar bernama Kangmin itu mengutip segala buku tulis yang berterabur itu.
"Kenapa ni?" suara besar yang terasa bersuara berdekatan membuatkan Yoona menoleh. Jun memerhatikan pelajar yang sedang membongkok itu.
Seorang lagi rakannya turut membantu. "Dia tak sengaja terlanggar saya tadi–" balas Yoona.
"Kami tolong cikgu hantarkan buku ni." Kangmin berdiri tegak bersama pelajar seorang lagi. "Tak apa. Saya bawakan–" Jun mengambil buku tulis dari pegangan mereka.
Pelajar itu tidak membantah. "Kamu berdua pergi masuk kelas sekarang–" arahnya. "Minta maaf, cikgu–" sekali lagi Kangmin menundukkan tubuhnya sebelum berlalu pergi dengan rakannya.
"Ke bilik guru–?" Jun mengangkat sebelah keningnya. Yoona balas dengan anggukan.
"Selamat pagi, cikgu–" sekumpulan pelajar lelaki yang berjalan melalui mereka menyapa.
Yoona mengangguk sekali dengan senyuman. "Pagi–"
Jun pula sekadar tersenyum. Apabila sudah agak jauh dari kumpulan itu, dia berdehem perlahan. "Saya rasakan yang pelajar sekolah ni memang sukakan awak."
"Ye–?" wanita itu tertawa kecil. Jun mengangguk laju. "Yup–pertama kali saya nampak pelajar senior ucap begitu pada guru."
"Mungkin awak je yang tak pernah nampak–" Yoona tidak percaya lalu menggeleng.
"Agaknya–" lelaki itu tertawa sendiri.
♥ To Be Continued ♥

YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15