45
Additional classGuru-guru mula bersurai dari sebuah bilik selepas tamat mesyuarat itu. Jun melangkah keluar diikuti dengan Yoona di belakangnya. Kemudian mereka berjalan bersebelahan ke bilik guru.
"Awak masih buat kelas tambahan dengan pelajar kesayangan awak tu–" Jun memulakan bicara dan tertawa kecil dihujung ayat.
Yoona tersenyum senget. "Masih–" angguknya sekali.
"Tapi rasanya lebih baik kalau awak ajar pelajar kelas awak ramai-ramai sekali–"
Mendengar itu, kening Yoona hampir bertaut. Difikirkannya sebentar. Tapi bagus juga kalau dia dapat membantu pelajar yang lain. Jikalau yang lain tahu, mungkin dianggap Minjung sahaja yang difokuskan.
"Haah kan–" baru wanita itu terfikir.
"Awak dengar kan pengetua kata tadi–peperiksaan lagi 2 bulan." saja Jun mengingatkan.
"Saya tahu–mungkin betul cakap awak tu. Nanti yang lain kecil hati pulak."
Jun tersenyum lebar. Kini mereka berdua sudah tiba di bilik guru. Guru lelaki itu membukakan pintu dan memberikan Yoona masuk terlebih dahulu.
Wanita itu mengucapkan terima kasih sebelum menuju ke meja masing-masing.
💑
Para pelajar di kelas 5-2 itu membaca satu-satu perkataan yang ditulis oleh guru kelas mereka itu. Selesai menulis, kapur putih itu diletakkan di tempatnya semula.
"Peperiksaan?" tertanya-tanya pelajar dihadapan sekali itu.
"Kamu semua mesti tahu kan peperiksaan akhir lagi 2 bulan. Dan untuk satu bulan tu, kamu akan jawab peperiksaan yang akan menentukan hala tuju kamu selepas tamat sekolah."
Pelajar-pelajar di situ cuma diam mendengar gurunya berkata. Sesekali juga mereka mengangguk mengiyakan kata-katanya.
"Saya harap sangat kamu semua belajar betul-betul dan dapat keputusan yang cemerlang nanti."
"Amen–" balas penghuni kelas itu serentak.
"Jadi, kamu kena lupakan segala gajet-gajet, kurangkan buat perkara tak berfaedah dan fokus pada pelajaran. Faham?"
"Faham, cikgu–"
"Jadi–cikgu rasa cikgu nak bantu kamu untuk skor dalam sains dan matematik. Kamu semua setuju kalau cikgu buat kelas tambahan?"
Laju pelajar-pelajar kelas itu mengangguk. "Setuju–"
Tersenyum Yoona dengan balasan itu. "Tapi bila, cikgu?" soal pelajar lelaki di belakang sekali.
"Lepas habis sekolah sampai pukul 10 malam. Okay?"
Serta merta kelas itu riuh ketika berbincang hal itu bersama rakan yang lain. Yoona cuma menunggu jawapan pelajarnya di hadapan.
"Saya tak boleh, cikgu–omma suruh saya balik awal."
"Saya pun–"
"Saya tak ada pengangkutan nanti–"
"Rumah saya jauh dari sekolah dan saya jalan kaki. Omma appa saya akan risau–"
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15