43 ; Stubborn

89 20 2
                                    

43
Stubborn



Tiba sahaja di rumah keluarga Park, Yoona terlebih dahulu ke pintu rumah. Puan Park membuka pintu apabila terdengar bunyi kenderaan memasuki kawasan perumahan tadi.

"Omma–!!!" pelukannya erat di tubuh wanita berusia itu. Puan Park membalasnya. "Rindu omma sangat–"

Beberapa ciuman diberikan pada wajah anak tunggalnya itu. Mereka kekal sebegitu buat beberapa ketika.

Puan Park yang tersedar menantunya sekadar berdiri di belakang anaknya meleraikan pelukan. Giliran Mingyu menyalam ibu mertuanya. "Omma sihat?"

"Sihat–" senyumnya pada menantu lelakinya itu. "Jomlah masuk–panas dekat luar ni." pelawa wanita berusia itu.

Yoona dan ibunya masuk dahulu dan terus ke dapur. Mingyu pula membawa bagasi terus ke bilik isterinya di tingkat atas.

Puan Park menyambung kerja memasaknya yang tergendala sebentar. Yoona menyandarkan belakang pinggangnya pada meja kerja sambil menghadap sisi ibunya.

"Omma–ni appa tak ada, dia pergi bawa teksi lagi ke?" soal Yoona dengan riak risaunya. Puan Park mengeluh perlahan. "Dia tu degil, Yoona. Lagi dilarang lagi dibuat."

"Appa ni pun–duit pencen kan masuk setiap bulan tapi masih nak kerja bawa teksi lagi." omel Yoona dengan gelengan. Tangannya disilangkan bawah dada.

"Omma pun tak tau nak cakap apa lagi dekat appa. Kalau omma cakap, dia buat tak tahu je lah. Berbuih dah mulut ni bagi nasihat."

"Kenapa omma–?" soal Mingyu yang baru tiba di dapur. Gelas dari meja makan diambil. Jag air di samping barisan gelas itu dituangkan ke dalam gelas.

"Appa kamu kerja bawa teksi." balas Puan Park sambil menatap menantunya. "Lah–kenapa pulak?" pelik lelaki tinggi itu sambil mendekati mereka berdua. Pinggangnya turut disandarkan seperti isterinya.

"Dia bosan duduk rumah tak buat apa-apa. Omma suruh cari hobi yang elok sikit tapi dia keras kepala sangat nak jadi pemandu teksi." leter Puan Park geram.

"Kesianlah dengan appa–umur dah masuk 66 dah." tambah Yoona dengan keluhan.

"Appa sama macam Yoona, omma–dekat rumah susah betul nak ikut cakap Gyu." mata tajam Mingyu melirik pada isterinya di sebelah.

"Eh–bila masa pulak?" balas Yoona tidak berpuas hati. "Main cakap je–"

Puan Park mengangguk setuju. "Betul tu gyu–omma sokong. Menurun agaknya."

Yoona menghentak kakinya sekali. "Omma–"

Puan Park tertawa bersama dengan menantunya. "Dulu gyu, Yoona ni susah sangat nak mandi masa hujung minggu–" cerita wanita berusia itu.

"Omma–" Yoona mendekati ibunya. Jarinya diletakkan pada bibir supaya ibunya menutup mulut. "Janganlah omma–"

"Lepastu gyu–waktu pagi, tak reti nak gosok gigi terus makan sarapan."

"Omma–!!"

Mingyu pula suka ketawa mendengar cerita itu. Yoona berusaha merayu supaya ibunya tidak membuka cerita yang buruk lagi tentangnya.

"Ha lagi satu–dia suka sangat pakai baju dalam je bila orang tak ada dekat rumah. Mentang-mentang dia anak tunggal."

"Erghh–omma." mahu sahaja mulut ibunya itu ditutup tetapi seperti tidak beradab pula.

"Omma ingat lagi masa dia 15 tahun–"

Yoona pun mengalah dan terus menapak pergi dari situ dari terus mendengar ibunya menceritakan kisah silamnya yang tidak senonoh itu.

💑

"

Appa–" panggil Yoona sewaktu dia sedang mengurut bahu ayahnya di sofa.

"Kenapa yoon?" hampir terpejam mata lelaki berusia itu semasa diurut anak perempuannya itu. Lega rasanya tubuhnya itu.

"Sebenarnya orang kesian tengok appa kerja keras ni–" permulaan ayat Yoona itu membuat ayahnya mengeluh.

"Kalau nak cerita pasal kerja appa, kamu lupakan je–"

Yoona pula mengeluh. "Tapi appa–appa dah tua. Appa boleh jatuh sakit bila terus pandu teksi tu. Nanti sakit kan susah."

"Sakit apa je yoon–? Appa sihat lagi ni. Nak angkat benda berat pun boleh lagi." kata-kata ayahnya itu tidak dapat disangkal Yoona. Sememangnya tubuh ayahnya sasa lagi. Itupun hasil masuk tentera dulu.

"Ye appa–tapi kalau appa buat benda lain boleh kan."

"Tak payah dicakap lagi Yoona–appa kamu tu memang degil." sampuk Puan Park dari dapur sambil membawa sedulang air kopi dan cawan ke ruang tamu.

Dulang itu diletakkan di atas meja. Yoona membantu ibunya menuangkan air itu ke dalam cawan. Secawan diletakkan di hadapan ayahnya.

Puan Park melabuhkan punggungnya di sofa sebelah lain. "Omma dah banyak cakap juga yoon–memang tak jalan." sambungnya sambil melirik pada suaminya yang sedang menghirup sedikit air kopi buatannya.

Yoona mampu mengeluh sahaja. "Mana Mingyu? Ajaklah dia minum sekali." sengaja Encik Park bertanya sambil meletakkan cawannya di atas meja. Tidak mahu dia terus membincangkan perkara itu lagi.

"Dia dekat atas–buat kerja." balas Yoona lalu menghirup air kopinya juga.

"Appa tertanya-tanya ni yoon–bila nak mengandung?"

Terus tersedak wanita itu mendengarnya. Cawannya diletakkan semula di atas meja sambil terbatuk. "Apa–?"

"Macam tu pun dah tersedak–" geleng Puan Park dengan kerenah anak tunggalnya.

Yoona tersengih-sengih. "Maaf–"

"Kamu je satu-satunya anak appa–bagilah banyak sikit cucu."

Yoona mengetap bibirnya. "Sebenarnya–" liurnya ditelan. "orang tak sedia lagi nak ada anak."

"Lah–kenapa pulak?" soal si ibu bingung.

"Entahlah–tapi rasanya yoon memang tak sedia lagi."

Encik Park menepuk tangan anaknya perlahan. "Tak apalah kalau macam tu–appa tak paksa."

"Mingyu macam mana?" soal Puan Park lagi. "Macam mana apa?" keliru Yoona.

"Dia tak kisah kamu tak sedia lagi?"

"Dia faham–dia tak kisah." angguk Yoona perlahan.

"Kalau suami kamu tak kisah baguslah."

Yoona tersenyum kekok. Terasa janggal pulak bila persoalkan isu itu.




♥ To Be Continued ♥

Double update. And pagi nanti aye post. 😂 skang kol 2;43 a.m

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now