15
CigaretteLelaki tinggi lampai itu meletakkan hujung rokok di antara bibirnya. Segala benda kandungan rokok itu disedut lalu asap dihembuskan keluar dari mulutnya.
Sengaja dia memilih tempat di luar kedai supaya senang hendak merokok sewaktu tengahari itu. Ternampak seseorang berjalan dari jauh, dia mengangkat tangan.
Lelaki kurus itu juga mengangkat tangan. Tiba di meja itu, wonwoo duduk berhadapan Mingyu.
Tanpa meminta keizinan, kotak rokok dan pemetik api rakan baiknya itu dicapai. Masing-masing sibuk menghisapnya.
"Isteri kau tak marah ke kau hisap rokok?" soal wonwoo lalu tertawa kecil.
"Lantaklah dia–" bola mata mingyu berputar. "Asal bro–?" wonwoo bertanya lagi.
"Aku masih tak puas hati sebab dia lempang aku masa aku cakap nak tidur dengan dia–" mingyu menghembus nafas kasar dan sedikit asap keluar dari hidungnya.
Wonwoo tertawa besar. "Yang kau gelak beria ni kenapa?" kosong wajah Mingyu menatap rakannya.
"Kesian–" kepala lelaki itu menggeleng perlahan. "Aku rasa kau ni memang tak ada daya tarikan langsung." tawa wonwoo lagi.
"Dia tu mana nak layan aku sebab sibuk tengok 'oppa seventeen' dia tu." dengus Mingyu.
"Hek eleh–setakat tu je apa barang" puntung rokoknya diketuk sedikit sebelum menghisapnya semula.
Mingyu menekan rokoknya pada tempat abu rokok dengan geram. "Aku rasa dia tak suka lelaki lah–"
"Kau rasa dia lesbian?" hujung bibir wonwoo tersenyum. Mingyu mengangguk laju.
"Kalau dia lesbian buat apa dia minat seventeen bodoh–" herdik wonwoo.
💑
Yoona berlari anak ke sebuah gerai di tepi jalan itu. Eunni dan Minji melambai ke arahnya. "Maaf lambat–jalan sesak tadi" sengihnya sambil duduk di kerusi plastik itu.
"Tak apa–aku tau kau sibuk dekat sekolah." balas Minji sambil menepuk perlahan lengan rakannya itu.
"Malam ni aku belanja kau orang berdua." Eunni mengangkat keningnya dengan senyuman lebar.
Minji dan Yoona saling berpandangan lalu menatap Eunni serentak. "Macam ada apa-apa je–" duga Yoona. "Mesti ada benda ni–" tambah Minji.
"Okaylah–langsung tak boleh nak selindung dengan korang ni" cebik Eunni.
"Kitorang kenal kau lama kot."
"Yoona, kau pesan dulu. Baru aku cerita."
Selesai wanita itu memesan makanannya, Eunni mendekatkan dirinya. "Teman lelaki aku dah janji nak kahwin dengan aku musim bunga nanti." ceritanya lalu menjerit kecil.
Kedua rakannya melopong. "Waah–jinjja?" wajah mereka seperti tidak percaya. Laju Eunni mengangguk.
"Aku tak sabar nak tunggu dia lamar aku–" sengih wanita berambut hitam itu.
"Tahniahlah–aku masih lonely" cebik Minji cemburu. "Ala–nanti ada lah tu. Jangan putus asa." Yoona menepuk bahunya. Eunni menyokong dengan anggukan.
"Nanti mesti susah nak hangout sebab masing-masing dah ada keluarga." nada Minji mengendur.
"Aku boleh teman kau–lagipun aku malas nak menghadap si rakun gila tu." Yoona memutarkan bola matanya.
"Aik–dah ada nama baru." tawa Eunni dan diikuti Minji. "Ye ah–dia pulak panggil aku sotong katik. Jahat kan?" omel Yoona.
"Sweet lah tu–ada panggilan manja." usik Minji. Sikunya menolak lengan Yoona. "Sweet kejadahnya–dia tu asyik sakitkan hati je."
"Tak lama lagi berputik lah cinta tu–" senyum Eunni gatal. Yoona menggeleng. "Eii–tak adanya."
Wanita itu mengibas tangannya saat asap rokok dari pelanggan di meja belakang mereka bertiup ke situ. "Ish–benci betullah dengan bau ni"
💑
Yoona di atas katil khusyuk membaca novel yang tebal itu bersama kaca matanya. Fokusnya berada di situ sahaja.
Mingyu mengambil kotak rokok dan pemetik apinya dari laci almari perhiasan lalu menapak ke anjung. Pintu kaca itu disorong ke tepi.
Pemetik api dinyalakan dan membakar hujung rokok. Sebelah tangannya berpaut pada penghadang anjung dan sebelah lagi memegang puntung rokoknya. Lelaki itu pun termenung jauh.
Angin dari luar itu telah membawa masuk asap itu ke dalam. Hidung Yoona bergerak-gerak saat menghidunya. Terus sahaja tangannya menutup hidung.
Matanya beralih pada suaminya yang berada di anjung itu. Tangan lelaki itu sedang memegang rokok. Yoona mendengus dan bangkit dari situ.
"Mingyu–" panggilnya sambil menapak ke sana. Lelaki itu tidak menyahut.
Yoona terus merampas rokok itu dari tangan suaminya. Mingyu terkejut dengan itu. Dia terus melempar rokok itu ke bawah.
"Yaah–"
Yoona mencekak pinggang. "Sejak bila awak hisap rokok?" kepalanya menaik sedikit.
"Suka hati saya lah nak hisap bila pun–" mingyu menjelingnya dan mengambil kotak rokoknya. Belum sempat dia hendak mengeluarkan sepuntung, Yoona terus merampas darinya.
"Yaah–bagi balik"
Tangan wanita itu dibawa ke belakang. Mingyu mendengus geram. "Awak ni kan–"
"Saya tak suka orang merokok. Saya benci bau asap tu." balas Yoona.
"Tutup je lah hidung–" Mingyu cuba mencapai kotak rokoknya tetapi Yoona melarikannya.
"Rokok tak elok untuk badan. Lebih risiko kalau orang yang hidunya–" nada Yoona menaik sedikit. Mingyu tidak membalas dan masih lagi mencuba mengambilnya.
"Macam mana kalau ada budak kecil nanti. Tak elok lah." suara Yoona sambil melarikan kotak itu dengan tangannya.
Mingyu tersenyum. "Jadi awak dah setuju nak tidur dengan saya–?" langkahnya didekatkan dengan isterinya itu.
Yoona terdiam dan mengundur ke belakang. Dirinya kaku saat tubuhnya berlanggar dengan dinding. Mingyu menaikkan sebelah tangannya pada dinding.
Wajah polos isterinya ditatap setiap inci. Kini matanya tidak beralih pada bibir merah wanita itu. Yoona turut terpukau dengan mata tajam suaminya. Mingyu mendekatkan lagi wajahnya. Mata Yoona terkatup sendiri. Bibir mereka bertaut rapat.
Lelaki itu menggerakkan bibirnya perlahan. Si isteri tidak membalas. Makin lama lelaki itu melajukan bibirnya.
Terasa perkara itu salah, mata Yoona terbuka. Pipi lelaki itu ditampar. Kotak rokok itu ditolak pada tubuh Mingyu. Laju sahaja wanita itu berlari ke luar bilik dengan wajah yang merah padam.
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15