12 ; Another

115 21 0
                                    

12
Another

Maklumat-maklumat terkini pelajar-pelajar yang kini dibawah pimpinannya ditaip dengan laptopnya. Baru sahaja 5 orang pelajar, kepalanya sudah pening menatap skrin itu.

Cermin matanya ditanggalkan lalu dahinya diurut perlahan.

"Ehem–"

Kepala Yoona menoleh ke arah suara yang kedengaran di sebelahnya. Wanita itu tersenyum pendek pada Jun. Sebenarnya meja mereka bersebelahan.

"Awak okay ke?" soal Jun. Yoona mengangguk. "Saya okay–pening sikit tengok skrin laptop ni lama-lama."

"Isi maklumat murid eh–?" lelaki itu cuba untuk melihat kerja rakan sekerjanya. "Hmm–baru je 5 orang." sengih Yoona.

Jun mengangguk. "Ouh–"

"Oh–awak guru kelas 5-2 ye?" soal Jun selepas melihat maklumat di laptop Yoona. "Nae–ganti Cikgu Yoon" angguk  wanita itu.

"Dengar cerita pelajar kelas tu nakal-nakal. Susah jugak nak kawal diorang" berkerut bibir Jun bercerita.

"Ye–?" Yoona seperti tidak percaya.

"Tapi saya rasa awak boleh handle mereka–" duga Jun. Jarinya telunjuknya diletakkan di dagu.

"Saya rasa saya terlalu baik dengan diorang–" tawa Yoona kecil. "Cikgu Yoon garang tau–kalau awak lalu sebelah dia boleh rasa aura dia" cerita Jun bersungguh-sungguh.

"Walaupun dia garang, budak-budak tu langsung tak takut" Jun menggeleng. "Ye ke?" pelik Yoona.

"Sebab saya masuk kelas, diorang fokus. Senyap waktu saya ajar–" tambahnya.

"Agaknya diorang suka kan cikgu yang baik–" balas Jun. "Mungkin–" bahu Yoona terjungkit.

"Secara jujurnya, saya baru kenal cikgu yang baik macam awak–" senyum Jun. Yoona menggeleng perlahan. "Ye je–" wanita itu tidak mempercaya.

"Saya cakap betul–tak pernah tipu" Jun mengangkat tangan seperti berikrar.

"Okaylah saya percaya–" tawa Yoona kecil.

Kriing!!!

"Ouh–dah loceng" Jun menjeling jam tangannya. "Sekarang lunch–jom pergi makan" ajaknya lalu bangkit dari kerusinya.

"Nae–" setuju Yoona dan turut bangkit.

💑

Selesai bermesyuarat, Mingyu menapak keluar bersama dengan rakan sekerjanya yang lain. Tanpa menunggu, lelaki tinggi itu terus sahaja ke biliknya.

"Ingat ye makan malam dengan klien pukul 8 malam ni. Sharp–!!" suara lelaki muda yang merupakan ketua yang menguruskan projek kali itu dengan kuat.

"Nae–" balas mereka yang lain termasuk Mingyu.

Lelaki itu duduk di tempatnya dan menyandarkan belakangnya untuk menyenangkan badan. Kepalanya disengetkan kiri kanan bagi meregangkan urat lehernya.

Matanya tertutup rapat. "Ha–" keluhnya panjang.

Teringat mengenai makan malam penting itu, telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar.

'Sotong Katik 🐙💕'

Tawa kecil dihamburkannya. Kontak nama itu ditekan. Alat nipis itu ditekapkan pada telinga kirinya. 

Sementara di sekolah, Yoona sedang bersungguh-sungguh mengajar murid kelasnya di hadapan. Beberapa perkataan ditulis pada papan hitam itu.

Drrt drrt drrt

Tidak mempedulikan panggilan itu, dia meneruskan penulisannya. Deringan itu berhenti seketika.

Yoona berdiri menghadap pelajarnya semula. "Baikl–" belum sempat hendak menuturkan ayat, telefon bimbitnya berdering lagi.

Disebabkan tidak mahu mengganggu fokus pelajar, panggilan itu dijawab. "Sekejap ye–" wanita itu menapak keluar kelas.

'Rakun Gila 🐷💩'

Melihat nama kontak itu, dia mendengus perlahan. "Nak apa?" soalnya sebaik sahaja mendekatkan telefon pada telinganya.

Mingyu tertawa kecil. "Amboi–garangnya sotong katik ni"

"Kalau sekadar nak sakitkan hati saya jangan telefon. Saya ada kelas sekarang." balas Yoona geram. Nasib baik nada suaranya dapat dikawal. Kalau tak, dah ditengking lelaki itu.

"Gurau sikit pun tak boleh–" Mingyu mencebik bibirnya.

"Cepatlah nak apa"

"8 malam nanti saya ada makan malam dengan klien–" balasnya. Yoona sekadar menunggu ayatnya. "Mungkin balik lambat. Awak pandai-pandai lah makan sendiri." sambungnya.

"Okay–tu je pun" jelek Yoona berkata.

"Kalau saya tak cakap awak ingat saya pergi jumpa perempuan lain–lepastu merajuk"

Bibir Yoona menarik sinis. "Heh–tolonglah. Saya tak kisah pun awak nak buat apa. Asalkan awak bahagia."

"Bagus lah tu–memang saya bercadang nak pasang satu lagi" mingyu tertawa senyap. Sengaja menguji kesabaran isterinya.

Yoona memutarkan bola matanya. "Pergilah pasang–pergi pergi pergi pergi"

Terus sahaja panggilan itu dihentikan. Mingyu tertawa besar apabila isterinya terus menghentikan panggilan itu.

Yoona menggigit bibir bawahnya geram. "Aku seorang tak terkawal ada hati nak pasang lagi satu–" hembusan nafasnya kasar. "Dasar lelaki gatal–"

♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now