52
Mon CoeurPada waktu petang, pasangan manis itu berjalan-jalan di Merlion Park. Memandangkan Mingyu hanya lapang pada waktu itu, jadi mereka mengambil masa itu memanfaatkan kedatangan mereka ke Singapura.
Sudah masuk hari ketiga mereka di sana. Dan ianya masih berbaki empat hari.
Seperti biasa, perkara yang sering suaminya lakukan ketika berbulan madu dahulu iaitu mengambil gambar. Dan Yoona yang berasa tertekan dengannya, menapak sedikit laju meninggalkan suaminya di belakang.
Kesempatan itu diambil bagi mengambil gambar isterinya walaupun belakang badannya. Dan tidak dinafikan Mingyu, memang Yoona kelihatan seksi apabila dilihat dari belakang.
"Wah– tengok tu." Yoona bagaikan terpukau dengan air pancut singa berbadankan ikan itu.
Mingyu mengikutinya ke sana. Dan mengambil sebanyak mungkin gambar Yoona yang sedang gembira melihat patung singa yang memancutkan air dari mulutnya itu.
"Awak tau tak apa nama benda ni?" soal Yoona tanpa mengalihkan pandangannya.
"Patung Merlion kalau tak silap–" Mingyu turut tidak menurunkan kameranya.
Wanita itu menoleh sebelah kerana bunyi klik berkali-kali itu. "Ish awak ambil gambar saya ke?" berkerut dahi Yoona memarahinya. Dan memang sukalah lelaki itu menangkap gambar itu.
"Sayang–apa kata sekali je awak buat mulut macam singa tu." mingyu mengerlipkan matanya bagi menarik perhatian Yoona.
"Tak nak–awak dahlah tak boleh percaya. Nanti gelakkan saya je–"
"Jebal–sekali je." mingyu mengeluarkan jari telunjuknya.
"Tak nak–"
"Sekali je–saya takkan gelak." tangannya kini mengangkat ikrar.
Mata Yoona mengecil menatapnya. "Jangan gelak eh–kalau awak gelak, saya patah patah kan badan awak."
"Okay–saya janji." mingyu tersenyum lebar. Lens kameranya kini difokuskan pada Yoona dengan berlatarbelakangkan patung itu.
"Satu–dua–tiga."
Wanita itu membuat gaya yang sama dengan mulut singa itu. Mingyu pula sudah hendak tertawa tetapi ditahannya. Mati kalau isterinya patah riukkan badannya.
"Ini kalau buat wallpaper telefon cantik–" Mingyu melihat semula gambar isterinya tadi. Yoona menapak ke arahnya.
"Jangan gelak–"
"Mana ada saya gelak–"
"Dahlah–jomlah." lengan Mingyu lantas ditariknya.
💑
Keesokan petangnya pula, mereka ke sebuah taman tema yang besar. Yoona ternganga luas melihat glob besar di hadapannya. "Wah–besar nya." terkedek-kedek wanita berlari anak mendekati benda itu.
"Sayang–" panggil mingyu yang sedang memegang kamera itu. Wanita itu menoleh dan membuat gaya sambil tersenyum pada lens itu.
Tersenyum lelaki itu melihat tingkah laku yang comel itu.
"Jom kita masuk–saya tak sabar." tangannya bergerak ke udara memanggil suaminya yang sedikit jauu itu.
"Waaaa–" Yoona ternganga lagi sebaik sahaja memasuki tempat itu. Mingyu juga begitu.
Kemudian, terdengar bunyi orang menjerit. Tetapi makin perlahan apabila roller coaster itu bergerak menjauhi tempat mereka berjalan.
"Gyu–roller coaster lah. Jom kita naik tu dulu." lengan suaminya dipeluk dan diheretnya ke sana.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15