25 ; Forget

99 20 3
                                    

25
Forget

"Cikgu Park—"

Yoona menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil. Baru sahaja dia hendak berlalu pergi dari kelas 5-2 itu.

Minjung menutup semula pintu kelasnya lalu menunduk hormat pada guru muda itu.

"Ada apa—?"

"Saya minta maaf, cikgu. Hari ni saya tak boleh datang ke kelas tambahan." pelajar lelaki itu mengusap belakang lehernya dengan sengihan.

"Kenapa?" selidik Yoona.

"Ada hal keluarga—"

Wanita itu mengangguk faham. "Tak apa–kita boleh tunda kelas tu." senyumnya.

"Sekali lagi saya minta maaf–" Minjung menundukkan tubuhnya lagi.

"Tak apa, Kim minjung–"

💑

Poket di kedua-dua belah seluarnya diperiksa. Mingyu merabanya betul-betul. "Eh–mana telefon aku?" bingungnya.

Alat canggih itu dicari di seluruh poket kotnya. Walaupun sudah diterbalikkan, ianya tetap tidak jumpa.

"Alamak–mana ni" kepalanya yang tidak gatal digaru. Meja kerja serta laci-laci turut digeledah.

Rambutnya disebak ke belakang apabila tidak menjumpainya. "Aduh–tinggal ke?"

💑

Buat kali yang keberapa, Yoona sudah menelefon nombor suaminya. Hanya deringan sahaja terdengar tetapi tidak jawapan.

"Meeting ke?" jam tangan di sebelah kirinya dikerling.

Yoona mengambil keputusan untuk menghantar mesej ringkas sahaja. Harap yang lelaki itu akan membacanya kerana dia pulang awal hari itu.

"Cikgu Park—" suara Jun memanggil di sebelah.

"Ye—?" alat canggih yang nipis itu diletakkan di atas meja.

"Awak tahu tak esok ada apa?" soal Jun. Yoona cuba mengingatinya.

"Ada apa–?" soalnya kembali. Dia langsung tidak dapat mengingati satu pun.

"Esok ada latihan sukan, Cikgu Park. Latihan untuk kejohanan sukan bulan depan." terang guru lelaki itu.

Yoona menampar perlahan dahinya sendiri. "Haah–saya terlupa."

"Aktiviti tu dari pagi hingga petang. Jangan lupa pakai pakaian sukan." Jun berkata sekadar mengingatkan.

Yoona mengangguk laju. "Nae–saya ingat."

"Awak ditugaskan di mana?" soal Jun ingin tahu. "Aktivit lumba lari–" senyum wanita itu nipis.

"Samalah kita–" sengih Jun lalu tertawa kecil. "Ouh–ye?" terkejut Yoona mengetahuinya.

"Nae–" angguk Jun perlahan.

💑

Mingyu melangkah masuk ke dalam rumahnya. Terus sahaja dia menuju ke bilik. Butang kemejanya dibuka satu per satu. Sambil membukanya, anak matanya ternampak sebuah telefon bimbit di meja sisi katil.


Butang tengah pada alat itu ditekan. Berkerut dahinya melihat beberapa panggilan dari isterinya. Mesej ringkas yang diterima, dibacanya.

"Balik awal pulak–" omelnya. Sebaik sahaja membacanya, skrin itu tiba-tiba sahaja gelap. Sekali lagi butang tengah itu ditekan.

Melihat ianya tidak aktif, Mingyu meletakkan semula telefon itu di atas meja. Kakinya ditapak masuk ke dalam bilik air bersama tuala di bahu.

Selesai membersihkan diri, Mingyu menuju ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka. Segala bahan mentah yang hendak digunakan dikeluarkannya. Kini dia hendak menyediakan makan malam.

💑

Yoona mengerling jam tangannya buat kali yang keenam. Sudah dekat sejam dia menunggu di hadapan bangunan sekolah.

Pelajar-pelajar dan guru sudah pun beransur pulang. Hanya tinggal beberapa buah kereta yang tinggal di tempat letak kereta guru.

Kontak nombor Mingyu ditekan. Kali ini, sudah masuk kali yang keseratus dia menghubungi suaminya itu hari ini.

"Ish–buat apa lah dia ni. Selalu pegang telefon je." dengus Yoona geram.

"Saja tak nak angkat ke apa?" ikon merah ditekannya kasar apabila panggilan itu masuk ke peti suara.

"Eh–Cikgu Park?" Jun yang dari jauh menegur. Yoona tersengih kecil menatapnya.

"Kenapa tak balik lagi?" soal Jun apabila sudah berada berdekatan dengan wanita itu.

"Suami saya tak sampai lagi–" Yoona melihat skrn telefonnya sekejap.

"Dah cuba telefon?"

Yoona mengangguk laju. "Banyak kali saya cuba tak tak berangkat. Tapi tengahari tadi saya dah hantar mesej yang hari ni balik awak."

"Cuba call lagi–" 

Tanpa membantah, Yoona menurut arahannya. Tiga kali nombor suaminya itu ditelefon dan tetap tidak dijawab. Perlahan wanita itu menggeleng pada Jun.

"Agaknya dia sibuk–" duga Jun. "Tapi dia balik petang–" pintas Yoona.

"Tak apalah–saya hantarkan awak balik." pelawa Jun dengan senyumannya. Yoona mengetap bibir. "Tak apa ke? Macam menyusahkan je–"

"Tak apa–lagipun tak elok perempuan tunggu lama-lama seorang diri. Malam-malam pula tu–"

Yoona tersengih kecil.

"Jom–saya hantarkan." ajak Jun sekali lagi. Dia pun melangkah ke keretanya. Wanita itu cuma mengikutnya dari belakang.


♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now