37 ; Lust or Love

120 20 0
                                    

37
Lust or Love

Selesai dengan makanan utama, aiskrim pisang yang dipesan tadi dijadikan sebagai pencuci mulut.

"Saya tak tau kenapa kebelakangan ni awak dah jadi baik–" kata Yoona selepas menyepi tadi.

"Jadi sebelum ni saya jahat lah–? Okay." nada Mingyu seperti hendak menangis. Wajahnya juga masam dengan bibir muncung.

"Bukanlah jahat sangat–cuma perangai awak yang suka menyakitkan hati tu. Tak berhabis dari sekolah dulu."

Mingyu tersenyum lalu tertawa. "Saya suka tengok awak marah sebenarnya–" perlahan sahaja nadanya.

"Gedik–"

Wajah Mingyu berubah sedikit serius. Bibirnya terketap. "Yoona-ah–"

"Nae?" wanita itu berasa sedikit gelisah dengan pandangan dari mata tajam suaminya.

"Saya–" nada Mingyu makin tenggelam dan tidak dapat didengari orang di hadapannya. Yoona masih menunggunya untuk berkata.

Tangan Mingyu bermain-main dengan aiskrim yang sudah cair itu selepas dikacaunya dari tadi. Melihat lelaki itu tidak mahu berkata, yoona pula yang bersuara. "Sebenarnya Mingyu, saya nak tanya sikit–"

Pandangan Mingyu dari aiskrim itu beralih pada Yoona. "Hmm–"

"Saya cuma nak tahu tapi awak jangan salah faham."

"Tanya lah–"

Champagne yang telah dituang ke dalam gelasnya tadi diteguk separuh bagi membasahkan tekaknya yang basah. Bibirnya diketap sekejap.

"Pasal malam semalam–" wanita itu mengambil nafas seketika. Wajahnya berona merah dengan berkatanya sahaja. Wajah Mingyu pula kekal sebegitu.

"Kita buat–" sekali lagi Yoona terhenti. Matanya dipejam rapat. Bibirnya digigit kuat. Tangannya turut digenggam.

"Memang kita bersama semalam–" balas Mingyu dengan lancarnya. Mendengar itu Yoona menaikkan wajahnya.

"Tapi sebab cinta atau nafsu semata-mata, Mingyu?" laju wanita itu menutur ayatnya. Jelas matanya kelihatan keliru ketika itu.

Lelaki tinggi itu berdehem perlahan bagi melegakan tekaknya. Pandangan matanya dilarikan dari ditatap Yoona.

Melihat tingkah itu, Yoona menggenggam kedua-dua tangannya lagi. "Jadi awak memang ikut nafsu–"

"Saya–" mingyu terus memotong percakapannya tetapi tidak dihabiskan. Bibirnya yang terasa kering dibasahkan.

"Awak cintakan saya–?" selidik Yoona.

"Lebih baik awak tanya diri awak dulu. Bila dah tahu jawapannya, beritahu saya." mingyu pun bangkit dari tempatnya.

"Kita balik sekarang–" langsung kakinya menapak pergi meninggalkan isterinya yang masih terpinga-pinga di situ.

💑


Perlahan Yoona menggigit kuku ibu jarinya yang panjang itu. Wajahnya keliru. Wanita itu tidak dapat tidur lagi malam itu kerana dari tadi hanya satu yang difikirkannya.

'Lebih baik awak tanya diri awak dulu. Bila dah tahu jawapannya, beritahu saya.'

Dia turut keliru dengan perasaannya sendiri. Baginya Mingyu amat menyakitkan hati dan suka mengganggu ketenteramannya. Tapi pada masa yang sama, lelaki itu ada juga sisi manja dan baiknya.

Dia tidak dapat tafsirkan perasannya pada lelaki itu. Lagi mengelirukannya selepas mereka bersama semalam. Adakah dia sudah dapat menerima mingyu dalam hidupnya?

Ianya memang sukar ditentukan.

Yoona membalikkan tubuhnya supaya menghadap suaminya. Lelaki itu sudah tidur dengan nyenyak. Dengkuran halusnya juga kedengaran.

Dengan itu, berani dia menatap lama wajah polos itu. Melihat sahaja lelaki itu membuatkan hatinya rasa sebak. Tidak tahu bagaimana perkahwinannya dengan Mingyu sudah mengubah hidupnya.

Dengan adanya lelaki itu, tidak dia berasa sunyi. Ada saja yang hendak digaduhkan. Ada juga yang hendak dibicarakan.

Sebelah pipi Mingyu dipegangnya. Perlahan diusapnya. Kemudian ibu jarinya bergerak ke bibir suaminya.

Masih dapat dirasakan lagi sentuhan antara bibirnya dengan bibir lelaki itu. Lembut dan hangat. Buat pertama kali mereka bercumbuan selepas kahwin dua bulan lalu.

"Saya keliru–Mingyu-ah." suara Yoona seperti hendak tidak hendak keluar.

"Tapi awak cintakan saya?"

💑

Vakum hampagas yang sedang menyedut itu terpaksa ditutup apabila telefon bimbit yang berada di sisi katil bergetar.

Panggilan dari rakan baiknya, Minji dijawab. "Helo, beb–" sapa Yoona dahulu.

"Beb lepak jom–"

"Hmm–okay. Tempat biasa?"

"Yup–aku pun tengah on the way."

"Ye ye–setengah jam lagi aku sampai."

💑

Mingyu menyandarkan belakangnya pada kerusi kulit itu. Kepalanya dipicit perlahan selepas terlalu fokus pada laptopnya. Matanya dipejam bagi merehatkan minda sebentar.

'Jadi awak memang ikut nafsu–'

'Saya–'

'Awak cintakan saya–?'

Hujung bibir lelaki itu menarik senyum. Perlahan dia tertawa dan makin lama tawanya sedikit kuat.

"Kenapa dengan aku ni–" wajahnya diraup kasar. Tawanya tadi berubah menjadi rengekan.

💑

"Geramlah–kawan aku nampak tunang aku dengan perempuan lain masa dia makan bingsoo." Eunni mendengus geram. Wajahnya masam sungguh ketika itu.

Minji dan Yoona terkejut dengan rakannya yang tiba-tiba sahaja menyergah mereka sebegitu. Jururawat itu duduk di antara mereka yang saling berhadapan.

"Bagi salam dulu lah lain kali–buat terkejut je." minji mengurut dadanya. "Kau ni datang lepak je mesti ada masalah dengan tunang kau tu–" yoona menggeleng perlahan dengan perangai wanita itu.

"Mana tak geram–baru 2 hari dah berbaik, hari ni aku dengar dia dengan perempuan lain lagi. Panas tau tak panas." dengan tangannya, dia mengibas wajahnya yang kian memerah itu. Serupa orang yang nak keluarkan asap dari hidung dan telinganya.

"Ke kawan kau tu salah tengok–entah bukan dia." saja Minji hendak menyedapkan hati rakannya itu. Yoona mengangguk setuju. "Jangan buruk sangka sangat."

Walaupun dia tidak pernah bertemu dengan tunang rakannya itu, dia tahu yang lelaki itu mesti orang yang baik. Eunni kata mahu memberi kejutan pada hari perkahwinan mereka nanti. Malah namanya juga tidak kasi tahu.

"Aku tak sangka betul dengan dia tu." Eunni menghembus kasar nafasnya. Dadanya berombak kerana cara pernafasannya itu.

Kedua rakannya yang lain hanya mampu menggeleng sahaja.

♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now