20 ; Help

103 19 6
                                    

20
Help

"Terima kasih, Cikgu Park."

Guru muda itu mengemas alatan mengajarnya selepas masanya tamat untuk kelas itu.

Seorang pelajar lelaki bangkit lalu menapak ke sana. "Cikgu–" panggilnya dengan nada perlahan.

Yoona mengangkat wajahnya. "Oh–Minjung" senyumnya nipis. "Ada apa–?" soalnya lembut.

"Saya nak minta tolong–" makin mengendur nada remaja itu. Yoona mengetap bibir. Pertama kali dia melihat wajah murid itu sayu. Selalunya dialah orang yang sering menyakatnya dengan kata-kata manis dan sentiasa ceria.

"Tolong apa, Kim Minjung–?"

"Ah saya tak nak cerita di sini–" Minjung menoleh ke belakang. Mungkin dia tidak mahu rakan-rakan yang lain mendengarnya.

"Okay–mari ke meja saya." balas Yoona. Minjung mengangguk perlahan.

💑

Wonwoo tersenyum melihat rakan baiknya sudah berada di kafe yang sering menjadi tempat pertemuan mereka sejak tamat sekolah.

Mingyu tidak menyedari kehadiran lelaki kurus itu kerana dia membelakangi wonwoo.

"Lama tunggu, sayang–?" bisik wonwoo sebelum mengambil tempat di hadapan Mingyu.

"Kau kenapa gila–? Buang tebiat?" lelaki tinggi itu menatapnya jelek. Wonwoo tertawa suka.

"Melawak dengan member sendiri takkan tak boleh–?"

"Melawak otak kau–nanti orang ingat kau gay."

"Bukan aku seorang–" geleng wonwoo dengan senyuman sengetnya. "–tapi kita."

Mingyu menyeringai geli. "Eii–makin hari makin creepy kau ye"

Wonwoo ketawa lagi. "Ye ke–?"

Laju Mingyu mengangguk. "Ye ah–semenjak isteri kau mengandung, kau makin menggatal dengan aku."

"Eh–aku masih boleh bezakan mana bunga mana kumbang."

Rakannya itu menatapnya percaya tidak percaya. "Tak perlulah pandang macam tu, bodoh–" wonwoo menjelingnya geram.

💑

"Jadi, apa masalah kamu?" soal Yoona pada pelajarnya yang sedang duduk di sebelahnya. Minjung yang tertunduk itu bermain dengan jarinya.

"Sebenarnya–"

Yoona menunggunya dengan sabar. "–saya risau, cikgu" kata Minjung perlahan.

"Sebab peperiksaan lagi 3 bulan?" sebelah kening Yoona terangkat. Minjung mengiyakannya dengan anggukan.

Yoona menggenggam tangannya sendiri sekali. Tubuhnya dipaling betul-betul menghadap Minjung. "Apa kamu nak saya tolong?"

Minjung mengangkat wajahnya. "Saya kesiankan omma saya. Dia dah banyak susah payah untuk besarkan saya. Kebelakangan ni saya nampak lintah darat datang rumah sebab nak kutip hutang  mereka–"

Yoona mendengarnya setia. "Tapi omma tak pernah cakap yang omma tak ada duit. Semua yang saya nak omma tunaikan. Baru sekarang saya tau, dia memang tak ada duit. Saya tersedar selama ni saya belajar main-main dan tak bagi langsung balasan dekat dia."

Cecair jernih kini mengalir dari mata Minjung. Wajahnya ditundukkan kembali. Menitik air matanya sehingga seluarnya sedikit basah.

"Saya selalu buat masalah sebelum ni. Saya dah malukan dia. Setiap kali peperiksaan, saya antara yang paling rendah." teresak-esak Minjung bercerita. Yoona menepuk tangannya perlahan. Dia sungguh faham murid itu sehinggakan dia turut hendak menangis.

"Lagi 3 bulan, peperiksaan besar. Saya  dah berazam nak dapatkan yang terbaik dan masuk universiti. Saya nak sangat banggakan dia dan bagi dia duit. Omma buat banyak kerja sekarang ni."

"Cikgu faham perasan kamu–" balas Yoona simpati.

Minjung mengelap air matanya dengan belakang tangan. Barulah dia dapat memandang wajah guru muda itu. "Cikgu–saya dah banyak ketinggalan. Saya minta sangat cikgu ajarkan saya–"

"Saya tak kisah kalau saya kena bayar cikgu sekalipun–asalkan saya dapat yang terbaik untuk omma." rayu Minjung.

Yoona mengeluh perlahan lalu tersenyum. "Saya akan tolong kamu, Minjung–" bahu anak muridnya ditepuk.

Minjung tersenyum lebar lalu bangkit. "Terima kasih banyak cikgu–" dia menunduk hormat beberapa kali.

"Saya lega kamu sedar tangungjawab kamu–" balas Yoona. Lelaki itu tersengih.

"Baiklah–mulai minggu depan, saya akan ajar kamu lepas habis sekolah. Tak perlu bayar saya. Okay?"

Laju Minjung angguk. "Baiklah–"

💑

"

Saya bangga dengan awak–" Jun yang sedang berjalan bersebelahan Yoona tersenyum. Waktu itu mereka berdua sedang menuju ke kantin untuk makan tengahari.

"Kenapa–?" keliru Yoona.

"Saya tak sangka awak sanggup nak tolong pelajar paling bermasalah tu."

Yoona menatapnya pelik. "Awak dengar?" duganya. Jun mengangguk dengan sengihan. "Sorry–"

"Sebenarnya saya nak dia jadi lebih baik. Sebab saya tau dia mampu pergi lebih jauh."

Jun mengangguk erti. "Tapi bagus juga dia hendak berubah–" balas lelaki itu.

"Tindakan yang betul sebagai seorang anak–" tambah Yoona.

"Betul–" setuju Guru Bahasa Cina itu.

"Sebagai guru, kenalah kita bantu pelajar macam tu–" senyum Yoona pada Jun.

♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now