22
Sick (of love)Selimut tebal yang berada di atas katil diletakkan pada badan isterinya. "Achoo–" Wanita itu terbersin buat kali yang keberapa.
Mingyu duduk di samping wanita itu. "Tulah–siapa suruh tunggu dekat luar. Macam tak boleh tunggu dalam kereta."
"Mian–achoo" Yoona bersin beberapa kali sehingga hidungnya memerah. Sapu tangan yang diberikan Mingyu tadi dihembuskan dengan hingusnya.
"Achoo–"
Mingyu menjauhkan wajahnya supaya tidak berjangkit dengannya. Yoona memeluk tubuhnya. "Sejuk–"
"Saya buatkan bubur dengan sup. Rehatlah–" belakang isterinya yang diliputi selimut diusap sekejap. Wanita itu akur lalu membaringkan badannya.
"Achoo–"
Mingyu menggeleng perlahan sambil bangkit dari katil. Langkahnya menuju ke dapur.
💑
Sesudu bubur yang digaul dengan sup disuakan pada mulut Yoona yang masih berselubung dengan selimutnya. Perlahan-lahan dia membuka mulut. Mingyu menatap isterinya.
"Merahnya hidung–" pucuk hidung Yoona dicubit. Wanita itu merengek. "Macam hidung sotong–" sengaja mingyu mengusiknya sambil tertawa.
"Eish–" peha Mingyu ditumbuk geram. Lelaki itu lagi tertawa suka. Yoona membuka mulut, meminta disuapkan lagi.
Mingyu menyuapkan lagi sesudu bubur. "Esok kita pergi klinik. Nanti melarat susah–"
"Awak kan kerja–" balas Yoona pelik.
"Takkan tak boleh cuti–"
Dia cuma mengangguk perlahan. "Okay–"
"Lagipun, takkan saya nak tinggalkan awak seorang sakit-sakit macam ni. Apa gunanya saya jadi suami kan–?" Mingyu tersenyum nipis sambil menyuapkan Yoona.
"Hmm–" kening wanita itu terangkat mengiyakannya.
Semasa sedang menyuap, wajah Yoona berkerut seperti hendak bersin. "Telan dulu baru ber–"
Kata-kata Mingyu tidak berhabis apabila isterinya sudah pun bersin dan bubur di dalamnya mulutnya tersembur keluar.
"Mianhae–" wajah Yoona serba salah melihat sisa buburnya terkena wajah dan pakaian suaminya.
Mangkuk bubur itu diletakkan di meja sisi katil. Dia bangkit dari katil dan melihat pakaiannya. Yoona tersengih malu sambil separuh wajahnya ditutup dengan selimut. "Sorry–"
Mingyu mengeluh panjang. Lengan bajunya digunakan untuk mengelap sisa bubur di wajahnya. "Makanlah ubat tu lepastu tidur–" arahnya sambil senyum pendek.
Lelaki tinggi itu menapak ke bilik pakaian. Yoona tahu yang lelaki itu sedang marah. Pandangannya tidak lari dari melihat suaminya yang sedang membuka bajunya. "Sorry–"
💑
Pasangan itu masuk ke dalam kereta selepas selesai berurusan di klinik. Plastik yang berisi ubat diberikan pada Yoona oleh Mingyu.
Enjin kereta dihidupkan. "Nak pergi makan tak?" Mingyu memandang isterinya.
"Saya nak makan kalguksu–" sengih wanita itu. Jarinya bermain sesama sendiri.
"Yelah–"
"Achoo–" Yoona segera menutup mulutnya dengan sapu tangannya. Wajah Mingyu bertukar geli.
"Boleh tak awak berhenti bersin–geli lah."
Yoona mencebik dan menjelingnya. "Bersin dekat dia kang–"
💑
Selimut tebal yang menutupi badan, dieratkan lagi Yoona. Sepanjang hari itu, dia menghabiskan masa dengan menonton televisyen di ruang tamu.
Sesekali matanya melihat kerja yang dilakukan Mingyu di sebelah. Langsung satu pun dia tak mengerti. Semuanya seperti lukisan.
Entah kenapa wanita itu tersenyum melihat wajah lelaki itu dari sisi. "Mingyu-ah–" kepalanya disandarkan pada lengan sasa itu.
"Awak memang saja nak kacau saya buat kerja ke? Haritu minta cium–" balas Mingyu tanpa memandangnya.
"Sejuk–" Yoona mengangkat lengan suaminya dan bersandar pula pada dada Mingyu.
"Eii–janganlah. Saya sibuk ni." Mingyu mendongakkan sedikit kepalanya untuk melihat skrin laptop kerana kepala Yoona.
"Awak ni sombong lah–" cebik wanita itu geram. Kini pinggang Mingyu dipeluknya.
"Park Yoona–" nada Mingyu tegas. "Kim Mingyu–" ajuk Yoona lalu tertawa suka.
Lelaki tinggi itu mendengus perlahan. "Awak ni kan–"
"Saya bosanlah–" Yoona mendongak untuk melihat suaminya. Bibirnya pula dimuncungkan. Si suami menunduk ke bawah.
"Sejak bila awak manja macam ni–?"
"Entah–" bahu Yoona terjungkit. Dia tersenyum lebar melihat wajah berkerut suaminya.
"Awak salah makan ubat ke–?"
"Mana ada–" rengek Yoona. Kepalanya disandarkan pada dada Mingyu semula. "sejuk–"
Mingyu mengeluh berat. "Macam mana saya nak siapkan ni?" omelnya perlahan.
"Awak buat je lah–saya tak kacau." sengih wanita itu dan mengeratkan lagi pelukannya pada pinggang suaminya.
"Awak buat saya terganggu, Park Yoona–"
💑
Mingyu menundukkan wajahnya. Matanya melihat isterinya yang seperti tidak mahu melepaskannya. Yoona sudah pun tidur dengan nyenyak di dadanya.
Sejak petang tadi, wanita itu tidak hendak berenggang dengannya. Tubuhnya sentiasa dipeluk. Kerjanya juga tidak dapat disiapkan banyak.
Sehinggakan ke malam, tubuhnya masih di peluk. Walaupun terasa lemas, dia juga sukakannya. Tidak pernah dia melihat Yoona begitu manja dengannya.
Tetapi pelik juga dia melihat perubahan mendadak itu. Selama ni hendak pegang tangan pun tidak boleh. Lagikanlah peluk.
"Dia memang macam ni ke bila demam?" duga Mingyu. Terherot bibirnya memikirkannya.
♥ To Be Continued ♥
축하해 세봉아 😜
Best Dance Performance 2017
Tengok MAMA punya pasal sampai lupa nak update 😂😂 sorry.
btw ada satu gambar yg jeonghan panjat depan mingyu 😭 jeles ai...nak jugak panjat 😫 nak hantar sini, line tk kuat 😙
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15