26 ; Some (thing)

111 18 4
                                    

26
Some (thing)

"Kenapa suami awak yang ambil awak malam ni–?" sesekali Jun memandang rakan sekerjanya sambil memandu di jalan raya.

"Kereta saya rosak tiba-tiba– dan masih di bengkel." jawab Yoona dengan pandangannya kekal di hadapan.

"Ouh–" Jun mengerti.

"Saya rasa dia memang sengaja tak nak ambil saya agaknya–" Yoona mengetap bibir geram.

"Gaduh ye?" sebelah kening lelaki tu terangkat. Yoona menjungkit bahunya. "Agaknya–perang dingin lah."

"Masing-masing tak nak cakap. Saya pun cuba elak dari dia–" senyumnya pendek. "Tapi bila nak tidur, dia mesti nak sebelah saya. Walaupun saya tidur bilik lain, esoknya mesti dia ada." sambung Yoona lagi.

Jun tertawa kecil. "Saya tahu yang dia sayangkan awak–"

"Mengada je dia tu–" geleng Yoona dengan bibir dimuncung sedikit. "Lagipun dia tak pernah cakap yang dia sayangkan saya–"

"Itu saya akui–"

Yoona menatapnya pelik. "Apa maksud awak–?"

"Lelaki selalu akan tunjuk kasih sayang dia dengan perbuatan. Tak mudah kami nak cakap secara perkataan–" senyum Jun lebar.

"Ye ke–?" Yoona seakan tidak mempercayainya. Wajah Jun diselidiknya.

"Percayalah kata-kata saya ni, Cikgu Park–"

💑

"Ini apartmen saya–" senyum Yoona lalu menekan kata laluan rumahnya. Jun sekadar menunggunya di sebelah.  Belum sempat dia hendak menekan nombor yang terakhir, pintu itu sudah terbuka dari dalam.

"Yoona-ah saya–" kata-kata Mingyu terhenti apabila ternampak seorang lelaki di sisi isterinya.

"Ah–anyeonghaseyo" Jun menunduk sedikit kepalanya. Teragak-agak Mingyu hendak tersenyum.

Yoona menyuruh Mingyu ke tepi dengan jelingan tajamnya. Lelaki itu pun mengundur untuk memberi laluan.

"Masuklah–" pelawa Yoona. Jun membuka kasutnya dan masuk.

"Tandas ada di sebelah mesin basuh. Awak boleh guna tu–" kata Yoona sambil menapak ke ruang belakang bersama Jun.

"Ah nae–terima kasih."

Mingyu yang sudah berada di ruang tamu menyilangkan tangannya melihat Yoona di laluan ke dapur. Wanita itu menapak ke dalam semula.

"Siapa tu–?" soal Mingyu seperti tidak berpuas hati.

"Awak jangan nak anggap bukan-bukan. Saya masih marahkan awak sebab tak ambil saya–" jeling Yoona tajam. 

Mingyu yang teringat tentang tu menurunkan tangannya. Tubuhnya didekatkan dengan isterinya. "Yoona-ah itu saya betul-betul minta maaf."

"Saya telefon awak banyak kali dari tengahari sampai malam. Kenapa satu pun awak tak angkat?" Yoona menahan nadanya dari meninggi kerana takut tetamunya terdengar.

"Sebenarnya telefon tu ter–" Mingyu berhenti bersuara saat Jun melangkah ke ruang itu.

Yoona menoleh ke belakang. "Terima kasih sebab tumpangkan tandas sekejap–" senyum Jun pada pasangan itu.

"Tak apa–"

Mingyu cuma tersenyum pendek. Pandangannya dialihkan ke tempat lain. Tidak mahu dia melihat lelaki itu.

"Saya balik dulu lah–" kata Jun selepas melihat lelaki tinggi itu.

"Nae–" Yoona mengiringi Jun ke pintu depan. "Terima kasih sebab hantarkan saya pulang–" ucapnya sambil lelaki itu memakai kasutnya.

Selepas bayangan Jun hilang dari pandangan. Pintu rumah ditutup semula.

Wajahnya terus berubah masam. Matanya tajam pada Mingyu. Langkahnya laju dibawa ke bilik. Mingyu mengeluh berat.

💑

"Mari kita mulakan latihan sukan ini. Sila ikut tempat yang telah ditetapkan seperti yang diberitahu tadi. Guru-guru juga boleh tuju ke tempat latihan masing-masing."

Selesai ucapan dari pengetua iaitu Encik Han Baejin, semua murid dan guru bersurai.

Yoona dan Jun tiba dahulu di padang untuk latihan lumba lari. Senarai nama murid yang mewakili setiap rumah itu dipegang oleh Yoona. Manakala Jun mengaturkan kedudukan pelajar.

"Kita akan mulakan dengan larian 100 meter dari pelajar gred 1. Lelaki dahulu." kata Yoona pada seluruh pelajar terpilih yang sedang duduk di pinggir trek larian.

"Seungwoo, Daehwi, Jihoon, Daniel, Jinyoung, Jaehwan, Woojin dan Minhyun."

8 orang pelajar itu pun berdiri lalu beratur di trek larian mengikut susunan dari Jun.

"Ke garisan–"

"Sedia–"

"Mula–" wisel yang tergantung di lehernya ditiup kuat.

Yoona dan Jun melihat larian pelajar itu. "Wow–lajunya woojin." ternganga Yoona melihat pelajar itu meninggalkan rakannya yang lain.

"Mesti aktif bersukan–" duga Jun dengan anggukan.

"Psst psst–" seorang pelajar perempuan berambut pendek yang sedang duduk di atas padang itu memanggil rakannya.

Beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan di hadapan menoleh padanya. "Kenapa?" balas rakan sebelahnya.

"Korang tengok Cikgu Park dengan Cikgu Jun–" tunjuk remaja itu pada dua orang gurunya yang sedang berdiri bersebelahan itu sambil berbual.

"Korang tak rasa ke diorang ni ada sesuatu?" soalnya.

"Haah lah. Selalu jugak aku nampak diorang ke kantin sekali." angguk pelajar lelaki berambut coklat di hadapannya.

"Betuk betul–" angguk yang lain. "Tapi semalam kan, aku nampak Cikgu Park balik dengan Cikgu Jun–" sampuk pelajar lelaki berambut blonde pula.

"Serius lah–" membuntang mata mereka. "Ye–" laju remaja itu mengangguk.



♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now