39 ; Naughty

107 23 6
                                    

39
Naughty

Dengan menggunakan belakang tangan, rambutnya yang terjuntai ke hadapan di tolak ke belakang Yoona. Walaupun rambutnya sudah disanggulkan, terdapat juga anak rambut yang terkeluar.

Sukar baginya untuk membetulkan kerana kedua-dua tangannya bersabun kerana sedang membasuh pinggan.

"Nampaknya awak perlukan bantuan–" Mingyu yang baru tiba di dapur meletakkan cawannya di sisi sinki lalu menyelitkan rambut Yoona itu ke telinga isterinya.

"Terima kasih–" senyum wanita itu nipis. Mingyu turut tersenyum melihat wajah berseri isterinya.

Lelaki tinggi itu masih berdiri di belakang Yoona. Kedua-dua tangannya disandarkan pada sisi sinki. Dan ianya memerangkap Yoona di tengah.

"Tak ada kerja ke–?" soal Yoona apabila terlihat tangan suaminya itu.

"Ada sikit–" balas Mingyu malas.

"Dah tu–pergilah buat. Tak perlu sibuk sini. Awak bukannya tolong apa-apa pun."

"Kalau saya kerjakan awak je boleh–?" tersengih Mingyu sambil menyeringai suka.

"Tolong jangan gatal sangat–saya cuci otak awak dengan sabun ni nanti." ugut Yoona sambil menunjukkan tangannya yang bersabun itu.

"Berani nak buat–" sengaja Mingyu mencabarnya. Belakang leher isterinya yang terdedah itu ditiup lembut.

"Yaah–" mengeliang liut lehernya menahan geli. Hampir sahaja dia hendak menjerit.

Lelaki itu lebih suka dengan reaksinya. Ditiup lagi tanpa mempedulikan Yoona yang sudah seperti cacing itu.

"Janganlah–" sikunya ditolak kuat pada lelaki belakang itu. "Okay okay–" barulah Mingyu hendak mengalah selepas terkena siku tajam itu pada abdomennya.

Muncung bibirnya mencebik. "Semua nak marahlah awak ni–tak boleh ajak gurau langsung."

"Saya tak kisah–tapi jangan kacau tempat sensitif tu. Saya geli tau tak–"

"Okay–kalau saya kacau sini tak apa lah." perut isterinya pula menjadi tempat tangannya bermain. Yoona tidak memberi sebarang reaksi kerana tidak merasa apa.

Tangan Mingyu laju menggelikan perut wanita itu. "Ouh tak geli eh–"

Selamba tangan itu masuk ke dalam helaian baju isterinya. Terkejut Yoona apabila merasakan sesuatu yang hangat di perutnya.

"Yaah–!!!"

💑

Tangan kiri Mingyu ligat menulis nota penting dalam buku notanya semasa mesyuarat untuk projek terbaru itu.

"Seperti yang saya cakap tadi, klien yang mahu bekerjasama dengan syarikat kita ini dari Singapura. Jadi, saya nak kamu Kim Jongin, uruskan segalanya dengan dia di sana."

Kata-kata pengerusi, Encik Choi Minho mengejutkan lelaki yang duduk di hadapan sekali itu.

"Saya akan ke Singapura?" soal Jongin bingung. "Yup–saya minta sebab kamu kan setiausaha."

Jongin mengangguk perlahan. "Baiklah–" tiada sebab dia hendak membantah.

"Jangan risau. Segala tiket penerbangan dan penginapan ditanggung syarikat. Saya nak kamu ke sana minggu depan."

"Tapi–takkan saya seorang? Susah juga kalau saya uruskan seorang diri."

Minho tersenyum lebar. "Sebab itu saya hendak arkitek utama kita ikut sekali." matanya melirik pada pekerja itu.

Jongin menoleh ke sebelah. Mingyu berasa cemas apabila dipandang oleh seluruh penghuni bilik mesyuarat itu. "Saya–?" soalnya dengan sengihan kekok.

"Ye–" angguk Minho. "Saya agak awak lapang minggu depan. Kan–?" soalnya pada Mingyu. Tetapi wajahnya berharap sangat yang pekerjanya itu tiada masalah.

"Ah–nae."

"Good–" senyum Minho lega. Mingyu pula sudah tertawa kekok. Sebolehnya dia tidak mahu pergi.

💑

"Minggu depan–?" dengan wajah yang penuh dengan sabun pencuci muka, kepala Yoona terintai keluar untuk menatap suaminya.

"Ye–" balas Mingyu yang sedang berbaring di atas katil. Sebelah tangannya ditopang pada pipinya.

"Lama ke–?" terdengar suara isterinya bertanya dari dalam tandas. Kemudian terdengar bunyi paip sinki dibuka.

"3 hari 2 malam je–tak adalah lama."

Tiada balasan lagi dari Yoona. Mungkin sedang mencuci wajahnya. Beberapa ketika kemudian, wanita itu melangkah keluar dari situ.

"Ingatkan pergi seminggu–" wajahnya yang basah itu di lapkan dengan tualanya yang tersidai di ampaian.

Mingyu mencebik. "Lama sangat tu–"

Yoona melangkah ke katil lalu membaringkan badannya. "Sekejap je lah–bukannya sebulan."

"Yelah–tapi saya tak sanggup nak tinggalkan awak lama-lama dekat rumah seorang." pucuk hidung Yoona dicubit perlahan dengan senyuman manisnya.

"Takut rindu lah tu–"

"Eh–tak adanya. Bukannya lama pun–" geleng Mingyu yakin.

"Eleh–tengok je lah. Awak akan selalu telefon saya nanti."

"Yakin sangat–"

Yoona mengiringkan tubuhnya menghadap Mingyu. Lama mata tajam suaminya dipandang. Mingyu juga turut menatapnya.

Bagaikan gam, mata mereka langsung tidak lari dari melihat satu sama lain. Seronok Yoona dengan pandangan redup itu.

"Awak sayang saya tak–?" soalan itu yang tertanya dari bibirnya. Entah kenapa, mulutnya tiba-tiba mengikut apa yang berlegar di fikirannya.

Sebelah lagi tangan Mingyu dipautkan pada pinggang isterinya. Matanya ditenung untuk mencari jawapan oleh Yoona.

"Awak cintakan saya, Kim Mingyu?" soalnya sekali lagi. Mingyu mendekatkan wajahnya dengan Yoona.

Terpejam mata Yoona apabila terasa bibir suaminya itu terlekap pada bibirnya sekejap. Terasa wanita itu tidak melawan, perlahan bibirnya digerakkan.

Tanpa berfikir dahulu, Yoona membalasnya. Perlahan bibir mereka bergerak.

Makin lama temponya berbeza. Ianya lebih laju dari tadi. Dari awal wanita itu sudah membuka mulutnya, membenarkan rongganya diteroka.

Ciuman itu membuatkan dirinya terbuai dari keadaan sekeliling. Mingyu menyengetkan kepalanya dan mendalamkan bibirnya.

Perlahan tangan Yoona memegang belakang kepala suaminya. Dia mengeluh perlahan saat bibirnya digigit. Belakang badannya juga diusap lengan sasa itu.

Mingyu kini menindih tubuh kecil itu. Lehernya lantas dipaut Yoona. Bagaikan dirasuk, tangan wanita itu berani membuka butang baju tidur suaminya.

Mingyu melepaskan tautan bibir mereka. Tidak sampai separuh butang bajunya sempat dibuka. Mata mereka terbuka serentak. "Awak sekolah esok, budak nakal."

Dahi Yoona dicium sekali sebelum dia merebahkan tubuhnya ke katil semula.

♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now