2 tahun sebelum...
Dengan langkah yang laju dan pantas Arissa berlari ke arah kaunter pembayaran, ditangan nya terdapat 2 botol air mineral dan sebungkus roti. Jam yang terlekat di dinding 7Eleven dipandang.
Hatinya mula gelisah, lelaki yang beratur dihadapan nya dipandang olehnya. Arissa mengigit bawah bibir, jam yang tertera di skrin telefon dipandang lama.
Arissa mencuit bahu lelaki yang beratur di hadapannya. Lelaki itu memandang wajah Arissa dengan wajah tidak puas hati.
"Lama lagi ke ? Saya nak cepat ni." Ujar Arissa.
"Ada aku kisah ke kau nak cepat ke apa ke. Bukan masalah aku pun."
Arissa tersentak. Jelingan maut dari lelaki itu diterima padu olehnya.
"Memang lah bukan masalah kau, tapi masalah aku. Aku nak cepat. Bas aku kejap lagi gerak." Balas Arissa semula.
Lelaki itu tidak menjawab. Dia terus berbual dengan cashier tersebut. Arissa menahan rasa amarah. Botol mineral yang dipegang olehnya di acah seperti ingin mengetuk kepala lelaki di hadapan nya.
"Tak pelah kak. Saya cancel semua barang ni." Ujar lelaki itu tanpa ada sedikit rasa serba salah dan terus berlalu keluar tanpa memohon maaf.
Arissa menggelengkan kepala. Wajah perempuan yang berkerja sebagai cashier itu dipandang oleh Arissa. Tampak jelas wajah perempuan itu sedang menahab geram.
"Dia beli apa kak ?" Soalku.
"Macam-macam dia beli. Tengok lah ni, banyak tau. Dia boleh cancel last minute ? Sakitnya hati akak."
Arissa mengetap bibir. Apa spesis lah mamat tu ? Suka suki je menyusahkan orang lain.
"Tak apalah kak, barang-barang dia tu saya bayar."
"Terima kasih ya."
Arissa senyum dan mengangukkan kepala. Arissa memandang ke arah luar kemudian memandang pula ke arah jam. Hatinya kembali gelisah.
Jari nya mula memintal hujung bajunya. Hatinya bertambah gelisah apabila telinganya menangkap suara wanita dari corong pembesar suara yang mengatakan bas yang akan bertolak ke Kuala Lumpur akan bergerak lagi 5 minit.
Akhirnya...
"Terima kasih kak." Ujar Arissa.
Dengan laju Arissa berlari keluar dari kedai tersebut. Namun larian nya perlahan dek kerana dia terpaksa menjijit 2 beg plastik yang penuh dengan makanan.
"Apa pasal lah mamat ni beli makanan banyak sangat ? Menyusahkan betul lah !!." Arissa merungut.
Lagi beberapa tapak, beg plastik yang dijinjit olehnya terkoyak dan menyebabkan isinya terkeluar dan serentak itu mata Arissa terpandang sebuah bas yang sudah keluar dari platform.
Arissa terduduk di lantai. Dia mengeluh sendiri. Barang-barang yang bersepah di lantai dipandang penuh benci.
"Kalau bukan sebab mamat last minute tu, tak adalah aku kena tinggal dengan bas." Arissa monolog sendiri. Terlepas keluhan berat di bibirnya.
"Dik ? Jatuh ke ?"
Arissa memandang ke arah pemilik suara. Hatinya semakin membara menahan geram. Wajah lelaki itu ditenung dengan tajam. Terus, Arissa bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan lelaki itu.
"Sebabkan kau, aku kena tinggal bas tahu tak ?" Marah Arissa.
"Tak. Aku tak tahu, dan kalau aku tahu sekalipun itu bukan masalah aku tapi masalah kau."
Arissa mengigit bawah bibir. Wajah tidak bersalah yang terpampang di raut wajah lelaki itu menambahkan lagi rasa sakit hatinya.
"Dasar spesis ayam !!." Marah Arissa dengan suara yang sudah cecah satu oktaf.
"Apa kau panggil aku ?" Soal lelaki itu dengan nada tidak puas hati.
"Ayam ! Pekak ke ?"
Lelaki itu mendengus kasar. Wajah Arissa direnung tajam olehnya.
"Kalau kau bagitahu awal-awal kau tak jadi beli segala barang ni kan senang. Ini tidak, suka suki hati kau je cancel last minute. Sudah nya apa ? Aku yang kena tinggal dengan bas."
Lelaki itu meraupakan wajahnya. Sengaja dia mengaru cuping telinga nya. Lelaki itu mendekatkan dirinya ke arah Arissa hingga menyebabkan Arissa terpaksa mengundur setapak.
"Kau dulu beranak dalam kereta api ke ? Cakap sikit punya laju."
Arissa menjeling. Beranak dia panggil ? Eee... geramnya aku !!
"Dah tu kau dulu beranak last minute ke ? Sampai ke tua ada habitat last minute."
Sengaja Arissa membalas balik. Wajah lelaki itu tampak sungguh marah.
"Habitat ?! Kau tahu tak habitat tu untuk haiwan ?" Soal lelaki itu.
"Kau tak tahu ke kau tu ayam ? Malas lah nak sembang ayam. Sekarang, aku nak balik. Barang kau semua ni, kau ambil balik. Aku harap aku takkan jumpa dengan kau lagi."
Arissa terus berlalu meninggalkan lelaki itu sendirian di situ. Kini yang berlegar di minda nya ialah bagaimana dia ingin pulang ke KL ?
"Aku harap, aku dapat berjumpa dengan kau lagi"
Bisik satu suara hati yang tiada siapa ketahui siapa pemiliknya.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.