Doktor Hamid membelek jam tangannya. Pukul lima petang. Hampir setengah jam dia menunggu kedatangan Arfa. Habis secawan kopi jugak dia minum, namun kalibat Doktor Arfa Eshal tetap tidak kelihatan.
"Maaf doktor saya lambat. Akhir kena keluarkan tadi.", sampuknya tiba datang dari arah kanan ku. Arfa datang dengan suara termegah-megah. Hampir sahaja dia terlangar kucing tadi, nasib baik tak.
"Hmm takpe. Saya faham, memang tugas awak kena ikut masa yang kena tentukan.", katanya dengan memberi senyum nipis.
"So, macam mana keadaan Hariz hari ni? Sambung Doktor Hamid. Senyuman Arfa yang manis tadi kini pudah. Ceitt.. panggil aku nak tanya pasal Hariz je.
"Hmm.. dia okey je. Tak banyak kerenah, cuma dia memang macam tu ke?", tanya ku tiba-tiba. Bila mengingatkan tadi aku rasa kasihan dengan Hariz.
"Macam tu yang mana?", soalnya Hamid tidak tahu. Pen di letakkan atas meja menunggu sambungan dari Arfa.
"Lah macam tu, selalu ada luka-luka. Lepas tu kan dia banyak diam je, degil tu pun adalah sikit".
"Keadaan dia teruk ke pada pandangan awak?"
Arfa mengangguk. Kemudian dia mengeleng. Tidak sampai tiga saat dia mengangkat bahu. Tidak tahu bagaimana hendak beritahu tahap keadaannya. Dari segi luka memang teruk tapi dari reaksinya tak seteruk sangat. Entahlah.. lama sembuhlah tu nanti.
"Doktor dah lama kenal dengan keluarga Hariz ke?"ujarku mahu tahu lebih lanjut.
"Emm.. boleh lah since saya habis belajar dah pun"
"Dengan Hariz pulak?"
Doktor Hamid berpeluk tubuh. "Tak sangat sebab saya dengan dia tak sama umur. Lagipun saya jarang nampak Hariz ni sebab dia kan belajar kat overseas."
"Habis doktor pun tak tahu kenapa dia jadi macam tu?" Doktor Hamid mengeleng.
"Datin tak beritahu ke?" Hamid tersenyum dan mengeleng lagi.
"Tapi apa yang saya tahu dia jadi macam tu lepas sahaja Hariz balik dari belajar. Hariz mula menoreh tangannya sendiri dan kadang-kadang diluar jangkaan sampai hendak terjun dari beranda. Sebab tu beranda tu tak dibuka langsung. A few lepastu Datok cari jururawat untuk jaga dan pantau keadaan anaknya. Banyak jururawat yang tidak sanggup sebab takut sampailah Datok nak ambil doktor je jaga. Jadinya awak ni doktor kedualah selepas saya yang akan jaga Hariz", jelas Doktor Hamid.
Aku menggeleng .Aku mendengar penuh khusyuk. Tak sangka dia pernah buat sampai tahap tu. Patutlah pintu beranda tu tak kena buka malah kena kunci dengan kunci mangga. Aku pun pelik awalnya. Aku fikirlah sebab tak nak pencuri masuk.
"Doktor tak pernah nak tanya ke kenapa?", soalku untuk kali keberapa entah.
"Tak. Saya tak nak masuk hal peribadi Datok. Nanti diorang sedih" Aku mengangguk. Simpan sahaja lah hasrat nak bertanya. Biarlah masalah peribadi mereka sahaja yang tahu, tapi urusan kerja tetap aku lakukan.
"Jangan hairan tau.. kalau Hariz ni tak bercakap langsung. Sebab dengan Datok dan Datin pun dia tak cakap"
Arfa melopong kecil. Patutlah kalau dengan aku pun dia tak mengeluarkan suara, dengan mak bapak dia pun tak. Inikan pulak orang luar macam aku.
"Hmm.. buat masa ni tak ada perubahan ke? Bukannya dah setahun tak kan tak ada improvement?"
"Still the same. Hanya keadaan dia yang tak terkawal. Dalam hal Hariz ini dia bukan bergantung kepada ubat atau doktor sahaja tapi keinginan hendak sembuh tu mesti ada", sambungnya lagi.
"Untuk beberapa hari ni mungkin Hariz susah nak terima awak. Tapi bagi makan ubat, rawat dan bawa berbual. Jangan putus asa nak sembuhkan dia."
Aku menganguk tanda mengerti. Akan aku cuba untuk tidak berputus asa, dalam masa ni mestilah aku berusaha lebih ni.
****
Selesai memarkir keretanya, Arfa masuk kedalam kediaman Datok Ramli. Mulutnya panyas memberi salam.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam, tepat pada waktunya. Silakan masuk non. Tuan mahu jumpa sama kamu", bicara pembantu rumah itu dengan pelat bahasanya."Datok dan Datin mahu jumpa saya?". Arfa cuba memastikan lagi.
"Ya", jawapnya ringkas dengan tersenyum. Arfa terus menuju ke ruang makan dengan di iringi pembantu rumah itu.
Dari jauh lagi Datin melambai tangan ke arah ku. Dia berdiri dan menguntum senyum buat ku. Apa agaknya hendak mereka tanyakan? Kerusi bersebelahan Datin Rania ditarik lantas punggungnya dilabuhkan ke kerusi.
"Mahu makan apa? Nasi goreng ada, mee goreng, roti pun ada atau nak makan lain? Arfa tersenyum kecil. Lebih-lebih pulak kalau nak makan lain selain atas meja ni.
"Takpe Datin. Saya makan mee goreng je". Tak nak kena cop mengada-gada.
"Mari saya sendukkan", ujarnya menarik pinggan ku. Bersungguh Datin ni melayan aku. Aku hanya mengangguk dan melayan sahaja kerenahnya. Walaupun sedikit kurang selesa lagipula makan semeja bersama mereka.
"Macam mana awak boleh balut luka Hariz semalam?" Suara Datok Ramli menerjah deria pendengaran ku. Minuman nescafe sebelah ku hirup perlahan sebelum menjawap.
"Kenapa tak boleh ke?, tanya ku polos. Soalan apa tu? Dah kerja aku memanb lah aku balut, nanti berkuman kalau dibiar lama.
Datin Ramli ketawa. "Boleh. Tak cuma hairan awak baru je mula tapi dah dah dapat rawat luka dia. Kalau doktor atau jururawat lain memang mengambil masa nak balut". Aku tersenyum sengih. Aku buruk sangka tadi.
"Abang ni pun bertanya macam orang nak marah. Dia fikir lain". Sokong Datin Rania. Selepas menuang kopi dalam cawan suaminya.
"Tak payah takut dengan saya Arfa. Saya cuma tanya je", ujarnya ramah.
"Eh boleh. Saya salah faham tadi tu je. Semalam saya rawat dia kejap je dan dia okey tak marah pun", kataku dengan memberi senyum.
"Mungkin awak berani tu yang buat dia tak marah", celah Datin Rania mengajukan kenyataan kepada suaminya.
"Datok Ramli mengangguk tanda setuju. Mungkin ada betulnya dengan kenyataan isterinya itu. Selalu kalau orang baru melihatnya pasti takut dan terkejut. Dengan keadaan Hariz yang suka menyendiri apabila berada di bawah katil. Kadang-kadang mengamuk dengan membaling barang-barang apa saja di depan matanya.
Tapi mendengar penjelasan Arfa buatkan dia yakin Arfa dapat menangani kelakuan anaknya.
####
Aku excited nak update double hari ni. Saja nak promo awal. Walaupun cadang nak tunggu banyak2, baru publish sepenuhnya.
Vote. Comment.😚
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...