"HELLO, Datok. Thank God, finally saya dapat call Datok jugak akhirnya", ucap Arfa dihujung talian. Dia mengeluh lega apabila panggilan telefon akhirnya terjawap jugak. Dari semalam lagi tak dapat-dapat. Entah kenapa susah betul nak dihubungi.
"Hah ada apa Doktor Arfa? Ada yang boleh tolong ke?", soal Datok Ramli menutup mata. Penatnya belum lagi hilang bila terpaksa outstation secara mengejut.
"Hariz masuk hospital. Datok tak datang ke sini ke?", tanya Arfa menunggu bicara selanjutnya.
"Ya Allah, kenapa tak seorang pun beritahu pasal hal ni? Saya baru je datang flight ke Jakarta. Baru sampai", keluh Datok Ramli perlahan.
"Jadi Hariz macam mana? Dia baik-baik saja kan?", tanyanya risau. Hariz selalu mengelak darinya semenjak mereka bertikam lidah. Serabut dia memikirkan hubungan dengan anaknya ini.
"Taklah serius sangat tapi tengkuk dan kaki Hariz patah. Ambil masa nak pulih."
"Baik dalam dua hari lagi saya balik sana. Buat masa ni boleh tak Doktor Arfa jaga dia semula? Kali ni biar saya bayar gaji awak sepatutnya"
"Saya okey je tapi Datok kenalah telefon Doktor atasan saya lagi", ujar senang hati.
"Itu awak tak perlu risau, biar saya uruskan"
"Hmm baik, nanti saya sampaikan", talian diputuskan sebaik saja kali terakhir Datok Ramli memberi pesanan buat Hariz.
'Alaa kenapa aku setuju tadi.. memanglah aku nak tapi aku ni siapa nak jaga. Jalan pun tak laju ada hati nak jaga otang sakit lagi',detiknya dalam hati. Dahinya di tepuk beberapa kali.
Kini dia bersendirian dengan Hariz yang masih belum sedar. Abang long awal pagi tadi sudah balik sebab ada kerja. Nasib masuk separuh hari. Pada mulanya abang bertegas jugak suruh balik sekejap berehat tapi aku sendiri yang degil tak nak kan dah merana kesejukkan kat sini. Huhu.
#####
"Arghh!". Arfa terjaga dari tidurnya apabila mendengar erangan seseorang. Serta merta matanya kembali segar semula. Letih dan mengantuk di buang ke tepi sekejap.
"Eh dah sedar. Nak kemana? Kaki tu kan patah, duduk jelah", jelas Arfa.
"Aku nak ke tandas. Dah penuh ni, sebenarnya aku malas bak ganggu kau. Mesti kau penatkan?",terang Hariz bersimpati masakan tidak Arfa tertidur. Kaki pun belum lagi surut dari bengkak.
"Awak tu baru je sedar dari dibedah, tak boleh gerak sangat. Tunggu sekejap saya ambil botol kencing awak", katanya berjalan terjinjit-jinjit keluar meminta kepada jururawat yang bertugas. Kesian Hariz melihatnya hendak ditahan tak dapat sebab dia pun tak tahan nak kencing.
"Nah, saya tunggu luar", ujarnya berlalu pergi setelah menyerahkan botol itu. Arfa berdiri berpeluk tubuh menunggu. Seminit berlalu, pintu ditolak sedikit.
"Awak dah siap ke?"
"Err dah", jawapnya janggal. Arfa masuk dan duduk bersebelahan katil. Suasana diam seketika.
"Datok tak dapat datang sebab terpaksa outstation", ucap Arfa memulakan bicara.
"Dia ada ke takde sama saja"
"Tak baik awak cakap macam tu. Dia pergi urusan kerja dan dia pergi pun sebelum awak kemalangan lagi. Tak dapat elak juga masa tu", jelas Arfa tidak mahu Hariz berfikir negatif lagi.
"Kau tak balik ke? Tak penat?", tanyanya menukar topic.
"Siapa nak jaga awak kalau saya balik?"
"Pandai-pandai aku lah macam mana",katanya bersahaja. Aku menggeleng. Cakap besar. Kaki patah larat ke jalan sendiri. Nanti kebulur kalau tak kena layan walaupun hospital sudah menyediakan.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...