"TAK GUNA! Jahanam! Rosak plan aku!". Datin Rania memghentakkan sterengnya banyak kali. Dia sengaja menghentikan keretanya di bahu jalan. Tak mampu menahan marahnya di dada, kalau dia teruskan takut kemungkinan kemalangan akan berlaku akibat dirinya.
Apa yang menyakitkan hatinya setelah rancangan di susun rapi, tak menjadi gara-gara bibik seri. Bibik seri memberitahu kepada Datok Ramli turun dari tangga. Memang dasar mulut tempayan! Aku ingat hanya aku sahaja yang diberitahunya. Habis semua tak menjadi.
"Apa aku kena buat ni?" Dia menyandarkan kepalanya. Rancangannya untuk berhentikan Arfa tak jadi setelah keadaan Hariz diketahui oleh Datok Ramli. Mana mungkin Doktor Arfa tu akan dibuang tanpa alasan munasabah. Hal Arfa diketolak tepi kemudian hari boleh buat.
Hariz macam tahu-tahu saja ubatnya ditukar. Kalau salah langkah mungkin akan terbongkar. Mulai hari ni aku kena buat baik. Aku tak nak kena suspek.
"Kau tunggu Hariz. Aku tak akan biar kau lama pun. Bila dah ada chance.. Tak mungkin aku biarkan saja" Senyum sinis meniti di bibirnya. Keretanya laju pecut meninggalkan bahu jalan.
*****
Afiz menyangkutkan kunci keretanya di dinding sebaik sahaja masuk ke rumah. Matanya melilau mencari penghuni rumah. Kosong dan sunyi.
"Ibu, Esha!". Laungnya dari dalam lalu ibu menyahut dari dapur. Kemudian kakinya melangkah ke arah dapur, ibunya sedang memasak manakala adiknya Esha sedang menyapu luar rumah.
"Baru balik, Afiz?"Soal Puan Aina sambil memasukkan bahan-bahan yang tersedia.
"Baru aje bu. Siapa makan keropok tu bu. Habis bersepah tumpah, tudung bekas entah ke mana." Afiz menarik kerusi makan dengan menuang air dalam cawan.
"Eshalah tadi tu, lupa nak tutup. Lagipun ni hah ibu suruh sapu. Jadi Esha tolonglah", akui Arfa dengan membawa penyapu.
"Makan aje tahu. Asyik lupa je kerjanya. Bersemut nanti, Esha cari sampai dapat."
"Berloyar buruk pulak abang ni. Ingatnya semut ni macam orang kot senang di cari"
"Tahu pun",bidasnya. Aku mencemik. Segera aku siapkan menyapu dari berlama bawah terik ni. Panas membahang.
"Eshaa.. telefon kamu berbunyi ni ha. Angkat cepat." laung ibu dari dapur. Cepat saja aku capai lalu pergi ke ruang tengah.
"Oh okey, okey". Kata ku sebelum mengakhiri perbualan kami. Doktor Hamid nak jumpa. Sebab apa? Tak tahu, tunggu je lah.
"Ibu, Esha nak keluar jap. Petang Esha balik",pesan ku kepada ibu. Tanpa berlengah lagi Arfa naik keatas untuk bersiap.
"Pergi dating ke?, teka Abang Afiz. Suaranya nyaring itu kedengaran.
"Tak", sahut ku.
PERTEMUAN ringkas kami memakan dalam masa sejam sahaja. Segala perbualan hanya berkisarkan Hariz. Masih ingat lagi apa yang dikatakan Doktor Hamid kepadanya...
"Saya dengar Hariz dah sembuh?",tanyanya kemudian menyisip perlahan kopi.
"Umm.. Ya. Dari mana Doktor tahu?" Arfa langsung belum buka cerita lagi dengan rakan sekerjanya di hospital.
"Datok beritahu. Dia ucap terima kasih sebab rekomen awak kat anak dia." Dia merenung gadis ini seketika.
"Macam mana awak sembuhkan dia sekejap mata aje. Saya dengar pun mula.. I'm quietly shocked." Tak sangka semudah itu aje Arfa boleh rawat Hariz. Well kerja doktor ni bulan mudah. Tetap ikut tahap mentally seseorang jugak.
"Saya hanya buat tugas saya saja, selebihnya Hariz sendiri yang lakukan." Arfa tersengih. Tak perlu nak ceritakan bagaimana proses peyembuhan Hariz. Rasa was-was terhadap Doktor Hamid masuh ada.
"Well.. thanks to you then."
Arfa senyum lalu berkata "Semua ini kerja Allah". Selepas saja berjumpa aku singgah kedai beli barang nak buat cornflakes madu. Lama tak makan. Satu-satunya biskut yang senang dan ringkas nak buat. Tak macam buat kek chess. Dibakar lagi gaul lagi kan makan masa tu.
Suasana ruang legar Plaza Alam agak lenggang petang itu. Membolehkan aku mencuci mata dengan aman dan tenang tanpa berebut dan bunyi orang ramai. Buat-buat jalan tu troli ku isi sedikit macam untuk barang dapur di rumah.
Ketika sedang beratur untuk membuat pembayaran. Ada deheman seseorang yang hampir dengan ku. Aku berpaling. Aku melepaskan keluhan perlahan apabila pandangan kami bertaut. Senyumannya menjengkelkan aku. Lalu aku membalas dengan jelingan tajam. Tak payah nak tunjuk senang kat lelaki ni.
"Jangan nak tuduh saya ikut awak pulak eyh",ujar Amir seolah-olah tahu dalam fikiran ku.
"Habis tu apa?",jawap ku tak puas hati disambut dengan ketawanya.
"We called it's considence",balas Amir dengan riak wajah nakal. Aku malas menjawap dan teruskan jalan depan untuk membayar.
"Banyak banyak beli barang. Nak saya tolong?",sambung Amir lagi.
Aku memerhatikan barang di tangan Amir tak banyak. Hanya minuman hundred plus dan keropok twister. Di tangan ku pula dua kotak cornflakes besar, madu, perisa vanilla, gula-gula candy dan macam-macam lagi. Memandangkan aku keberatan sikit, lantas aku hulurkan dua kotak cornflakes.
"Amboi, yang besar bagi kita pegang pulak. Yang kecik-kecik dia aje pegang." Aku tertawa. Tak tahu sama ada ianya runggutan atau gurauan daripada lelaki itu.
"Takut orang malu aje nanti orang cakap awak lelaki tak budiman..."
"Sebab biarkan girlfriend angkat yang berat, sedangkan boyfriend berlenggang",pintas Amir sebelum aku menyambung balik.
"Baguslah kalau awak tahu malu",kata ku bersahaja walaupun tak menyenangi gurauan ini.
"Kita couple eyh",ujarnya meleret. Ada riak nakal pada wajahnya. Perasannya. Mujur saja aku tak minum kalau tak memang lama dah tersembur.
"Kira sekali ke?",tanya wanita kaunter pembayaran tu sambil melihat kami bergilir-gilir.
"Haah bayar sekali",jawap Amir pantas mengeluarkan wang dalam dompetnya. Aku hulurkan wang not lima puluh tapi ditolak mentah dari Amir.
"Minuman hundred dan keropok ni plastik lain",arahku kepada juruwang itu. Setelah selesai urusan pembayaran, kami berjalan keluar pasar raya.
"Ambil ni",ujarku kepadanya dengan menghulurkan duit lima puluh ringgit.
"Eh tak payahlah. Saya belanja.",ujarnya menolak.
"Tak boleh macam tu. Saya tak nak terhutang budi",kata ku tegas. Tak sewenangnya aku menerima pemberian daro orang lain dan Amir kena tahu saya tak nak termakan budi.
"Tak payah,"kata Amir menolak huluran ku lagi.
"Kalau macam tu awak belanja saya minum awal ni. Awak teman",katanya membuat keputusan.
"Tapi saya kena balik sebelum pukul enam petang ni",alasan ku apabila jam pun dah menunjukkan empat setengah petang.
"Jadi cepat sikit sempat ni",balasnya. Aku mengangguk setuju. Bermakna aku tak perlu berlama-lama dengan dia. Amir tersenyum puas.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...