AE 48

7.9K 349 1
                                        

HARIZ memandang sayu kepada Datok Ramli yang sudah menanggalkan songkok dari kepalanya sebaik melabuhkan punggung di sofa. Mereka berdua baru sahaja pulang dari tanah perkuburan.

Jam satu lebih petang pengurusan pengebumian Datin Rania baru selesai. Untuk pertama kalinya dia terpaksa menurunkan ego dan marahnya untuk ikut serta dalam pengebumian tersebut. Dia tahu akan kesunyian tu sebab dia pernah rasakan bila adiknya tiada disisinya.

Rasa kehilangan sementara itu lebih baik daripada kehilangan buat selamanya. Sekarang apa yang tinggal cuma kenangan dan rasa bersalah semata-mata.

"Umm.. nak minum tak?", pelawa Hariz secara mengejut. Susah sebenarnya hendak memesrakan ketika waktu ini. Berat mulutnya bila bercakap dengan Datok Ramli.

Datok Ramli mengangkat muka lalu memandang Hariz yangasih menunggu jawapan darinya. 

"Hariz ada cakap sesuatu ke tadi?", soal Datok Ramli takut jika dia tersalah dengar. Buat pertama kalinya Hariz bercakap dengannya tanpa terpaksa. 

"Nak aku buatkan minum tak?", ulangnya. 

"Tak. Kalau ayah nak minum boleh mintak kat bibik." Datok Ramli tersenyum lalu menggeleng. 

Hariz mengangguk dan senyap semula. Dia mula mengangkat kaki bergerak naik keatas. Tak perlu rasanya lagi dia berada di samping ayahnya. Mulutnya berat tidak tahu apa yang dibualkan lagi. Mungkin Hariz sudah biasa dengan keadaan begitu. 

"Hariz"

Hariz menoleh dan memandang Datok Ramli. Baru saja telingannya mendengar namanya dipanggil olehnya. 

"Ayah nak cakap sikit", ucap Datok Ramli. 

Hariz tak banyak soal. Dia hanya menurut dan melabuhkan punggung di sofa yang berhadapan dengan Datok Ramli. 

"Tadi Inspektor Adli berjumpa dengan ayah selepas pengebumian Rania"

Hariz hanya diam membisu. Cuba mendengar lebih apa yang hendak ayahnya cakapkan. Dia memang perasan Inspektor Adli ada berjumpa dengan Datok Ramli bila dia menggulung tikar. Cuma melihat tapi ikut sama mendengar tu perkara yang jarang dia akan lakukan. 

"Mengikut keterangan Inspektor Adli pembunuh Rania sudah diketahui melalui CCTV bila kali terakhir bila Doktor Hamid ada datang berjumpa di ruang lobi."

Hariz masih lagi dengan membisunya. Rasanya perkara mengenai kematian Rania bukan sesuatu yang dia ingin ketahui. Bukan dia kisah pun. Buat apa Datok Ramli memberitahu semua ini kepadanya? 

"Dan baru tadi pagi pihak polis berjaya menangkap Doktor Hamid. Dan semestinya dia sudah memjadi buruan polis selama ni. Ayah tak tahu pun Hariz buat report?", soalnya tidak tahu. 

"Ayah minta maaf,  baru saja tadi Inspektor Adli bagitahu. Kalau ayah tak kawin dengan Rania pasti Hariz selama ni tak menderita kan?", keluh Datok Ramli.

Sungguh dia menyesal dan rasa dikhianati bila isterinya sendiri merancang hendak membunuh anaknya. Yang dia tak dapat terima dia bersubahat dengan Doktor peribadi mereka.

Ketika Inspektor Adli menjelaskan kesemuanya rasa kehilangan Rania jadi pudar. Disebalik wajah yang baik tu punya agenda sendiri. Betul cakap Hariz selama ni dia dibutakan dengan cinta. Dengan cinta itu jugak dia kehilangan isteri pertamanya, anak kedua mereka begitu jugak rasa kebahagian yang dulunya utuh sekarang ni makin dingin. 

Datok Ramli menutup mata. Rasa bersalah makin menebal terhadap Hariz. Dia membiarkan air matanya mengalir. 

"Ayah minta maaf Hariz",rayunya tidak dapat menanggungnya.

© Arfa Eshal Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang