AE 4

12.8K 642 4
                                    

Seperti biasa aku akan menghantar sarapan pagi buat Hariz. Kali ni semua kelihatan baik sahaja. Tidak ada lagi harta benda yang berselerakkan di lantai. Arfa memanggil Hariz yang duduk di sofa dengan menonton TV. Dia tidak menyahut bahkan menoleh pun tak. Diam seribu bahasa.

"Saya bawa kan awak chocolate mousse dengan air susu". Arfa meletakkan dulang itu di hadapan Hariz. Namun tidak menarik perhatiannya. Suasana kembali senyap.

"Mari saya tukar balutan tu dengan baru". Arfa berlalu mendapatkan kotak rawatan.

"Awak tak rasa bosan ke Hariz? Tak rasa sunyi? Setiap hari tak bersuara, tak rasa nak bercakap?", soalku banyak-banyak. Aku tahu Hariz tak akan jawap, saja aku nak ajak berbual sama. Mungkin kerongkong dia tak fungsi baik. Pasal tu tak cakap langsung. Arfa menggeleng. Pandai aku membuat andaian sendiri mengatakan kerongkong tak berfungsi masakan boleh menelan makanan.

"Saya suka nyanyi tau. Kalau tak nyanyi pun buat suara gumaman pun kira irama. Saya tak cakap memang tak sah, lima saat macam terbuang masa tanpa mengeluarkan suara", bebel ku. Amboi ayat aku, padahal tak pandai menyanyi pun.

Hariz tetap diam membisu mendengar petah perkataan gadis itu. Gadis itu tetap menjalankan tugasnya walaupun mulut tidak henti bercakap.

"Tengok televisyen pun tak bersuara. Macam tengok gambar je", omelku dengan bersahaja. Tekun dia menyiapkan tugasnya tanpa sedar mata Hariz merenungnya.

Hariz mengambil alat kawalan yang di letakkan disisinya lalu menekan pembesar suara. TV yang senyap kini bersuara. Arfa melihat televisyen yang berada di hadapannya. Kemudian pandangannya beralih kapada Hariz. Lelaki itu jugak memandangnya.

"Awak dengar cakap saya?", luah ku dengan tersenyum. Mata mereka tidak bertentangan lagi. Hariz mula melihat semula kaca TV semula.

"Okey dah siap. Makanlah sarapan awak tu", arah ku kepadanya. Arahan ku dibiar sepi begitu saja. Masanya berjalan bagai meluangkan masa bersendirian. Tidak sampai lima minit Arfa bersuara lagi. Tidak putus asa.

"Jalan kat luar nak tak?" Arfa mengajak Hariz untuk menghirup udara luar. Walaupun sebenarnya Datok dan Datin tidak membenarkan bimbang Hariz lari.

****
Suasana restoran hingar- bingar dengan gelak tawa beberapa pelanggan yang sedang menjamu salera. Arfa masih duduk termenung. Rasa nyaman setiap kali angin bayu bertiup, menyentuh lembut pipinya. Suasana yang jarang-jarang dia dapat apabila kerja memanjang.

Dia memandang sekeliling melihat beberapa pengujung yang sedang rancak berbual. Hampir lima belas minit dia melepak menunggu seseorang yang di nantikannya. Aku memandang sekilas ke arahjam tangan yang sudah menunjukkan pukul satu petang. Masih awal lagi.

"Kak yah!", teriak Arfa. Kemudian dia pantas menutup mulutnya. Dia tak sengaja memangil nama Suriah begitu kuat. Berapa hari tak jumpa, teruja lah. Disebabkan dengan suaranya macam tarzan baru keluar hutan, setengah pengunjung di sana melihatnya. Tak pasal-pasal menarik perhatian pelanggan itu. Apa yang mampu aku buat masa ini? Hanya senyum dan melambai tangan kepada kak yah.

"Teruja ke nak jumpa akak?" Soal Suriah apabila punggungnya sudah di henyakkan ke kerusi. Sempat kepalanya mengeleng beberapa kali melihat gelagat gadis ini.

"Tak jugak", balas ku bersahaja. "Hari ni ada masa sikit tu yang ajak akak nak jumpa sebelum sibuk melanda" Arfa menghulurkan bungkusan plastik yang diletakkan nya disebelah kerusinya.

"Apa ni? Tangannya mengambil plastik yang di hulurkan sambil matanya cuba melihat isi dalamnya.

"Ada makanan sikit. Tadi pagi buat kek lebih.Nanti bagilah dengan kak syu dan lee. Bagi dengan yang lain jugak" Suriah mengangguk faham. Bungkusan plastik di letakkan semula di kerusi sebelah.

"Kenapa tak jumpa kat klinik je? Soal kak yah sambil mencicip minumannya.

"Tak naklah kak"

"Ni sebab Syuhada kan? Tekanya tiba-tiba. Matanya masih melihatku. Aku dengan Syuhada memang tak ngam sikit. Dia macam tak suka aku rapat dengan Doktor Lee.

"Hmm"

"Buat tak kisah jelah Arfa. Bukan dia tu bini Doktor Lee pun" Pujuk Suriah. Arfa hanya mengangguk.

"Nanti lawat-lawatlah akak kat sana. Bosan tak ada Arfa" katanya dengan muka sedih. Aku tersenyum. Memang tugasnya akan bekerja di rumah pesakit. Macam kerja luar lah jugak. Gaji dia pun lumayan.

"Alaa.. siannya akak ni. Nilam kan ada"

"Nilam je. Arfa ada lagi seronok", tambahnya dengan mata di kenyitkan sebelah.

"Ada-ada je kak yah ni", sempat aku mengeleng dengan perangainya. Suasana tiba-tiba menjadi senyap apabila mendengar suara nyaring dari arah depan kami.

"Kau memang saja kan?" Tengking lelaki itu kepada wanita yang sedang duduk dengan wajah selamba. Tidak dihiraukan padangan di sekelilingnya. Aku jugak turut menyaksikan, pandangan simpati aku lontarkan kepada lelaki tersebut yang jatuh terlentang.

"Macam-macam orang ni. Dahlah jom makan Arfa. Makanan dah sampai ni", pintas kak yah kembali duduk.

Kami makan tapi telinga tidak dapat lari dari mendengar. Bunyi tempikkan dan barang jatuh sangat menganggu para pengunjung yang hadir. Suasana kembali senyap apabila pemilik restoran ini ikut campur. Mestilah dia meleraikan sebelum perkara ini semakin kecoh.

"Lepas ni Arfa nak pergi mana?", tanya Suriah mengelap tepi mulutnya dengan napkin. Aku mengunyah dengan minda ligat berfikir. Tidak tahu lagi nak pergi, sebab hari ni kerjanya hanya separuh hari. Balik rumah bosan ibu takde.

"Hmm entah. Tak tahu lagi, ibu takde kat rumah. Kenapa akak tanya?" Soal ku.

"Saja tanya. Sebab lepas ni akak dah nak masuk kerja balik, waktu rehat dah nak habis. Mana lah Arfa nak ikut sama"

"Eh tak nak kak yah. Nanti je." Bukan tak nak ikut tapi bila terfikirkan Syuhada pasti dia ada.

####

Vote. Comment.




© Arfa Eshal Where stories live. Discover now