AE 15

10.9K 489 1
                                    

"Awak tak nak turun ke lepak-lepak, ni tak berkurung aje dalam bilik?" Aku turut duduk di sofa melihat TV. Cerita dihadapan tak menarik perhatian ku langsung. Hariz diam tak berkutik.

"Hariz", panggilnya masih berlembut tatkala Arfa sudah menyeru banyak kali.

"Haa apa dia?" Mukanya kebingungan. Arfa mengeluh.

"Awak tak keluar-keluar ke dari bilik ni?", tanya ku sekali lagi. Alat kawalan beralih tangan mencari cerita yang menarik.

"Buat apa? Nanti bibik tahu aku dah mula bercakap. Aku belum sedia lagi nak jumpa orang lain selain kau, faham?", balas Hariz dengan matanya beralih kepada ku.

"Sampai bila?"

"Sampai aku sedia. Tolong jangan paksa aku", ujar Hariz. Aku hanya mengangguk tak memaksa aku hanya sekadar bertanya.

****

"I want marcy chocolate, cuppicato tea, hot milo milky cream, carrot milk dan four nasi lemak", ujarku kepada pelayan sambil mengembalikan buku menu kepadanya. Sudah sebulan lebih aku berkerja di bawah Datok Ramli dan baru hari ini aku belanja keluarga ku makan sarapan diluar.

Abang-abang nya pun tak ada kerja ni pada awal pagi ni, jadi tak ada masalah nak mengajak sama.

"Along selalu jugak singgah sini, konfom sedap kat sini", ucapnya sambil menayangkan thumb up kepada kami.

"Alaa Arif pun pernah datang sini jugak, kawan ajak", sampuk Arif apabila beberapa saat aku dan ibu mengamati lokasi suasana kafe ini. Arfa memandang ibunya yang duduk sebelah hanya diam.

"Ibu okey ke?", aku mengajukan soalan kepada ibu yang masih lagi tak bersuara.

"Ibu okey". Puan Aina tersenyum. Arfa jugak tersenyum sama. Saat matanya menghala hadapan seorang lelaki menyapa abang longnya.

"Hey bro!". Mereka bersalam dengan menemukan bahu masing-masing. Ala macam gaya orang zaman ni. Arif jugak turut sama melakukan apabila abang mengenalkan kami kepadanya.

"Kenalkan ni kawan along, Amir". Aku hanya senyum. Mata kami bertembung, wajahnya macam kenal tapi tak ingat.

"Datang dengan siapa?", tanya ibu mula beramah. Kami hanya memerhatikan.

"Datang nak minum-minum je sementara ada masa sikit"

"Kalau macam tu marilah duduk dengan kita. Seat kosong masih ada", pelawa Arif mula bersuara.

"Tak menganggu ke?", tanya Amir. Takut tak selesa pulak kalau dia ikut serta sama.

"Tak apalah bro, kitorang okey je", kata Afiz tolong jawapkan.

"Siapa nama adik perempuan kau ni, bro?", soalnya menoleh abang selepas itu kembali melihat ku. Arfa dah tak senang duduk. Dah kenapa dia ni tanya.

"Nama dia Arfa Eshal, kami panggil Esha aje", balas abang long sambil sengih yang tersirat. Aku dah menunduk tak tahu nak buat apa. Ibu baru sahaja ke tandas tapi dia merasakan sudah lama.

"Dah kenapa kau tanya pasal adik aku ni ha?"

"Tak macam aku pernah jumpa pulak", nyatanya dengan dahi berkerut. Aku jugak tapi tak ingat.

"Kita pernah jumpa ke?",tanya Amir seraya menoleh ku. Aku terkaku sekejap. Lantas aku menggeleng.

"Eh jap laa awaklah yang saya tarik masatu, ingat tak?". Amir masih lagi bertanya tak putus asa.

"Hmm yang mana?" Tersepit mataku cuba mengingati iras wajahnya. Kepala ligat berfikir. Arif dan Afiz hanya memerhatikan gelagat kami.

"Hahh awaklah yang tarik tangan saya tu kat luar shopping complex tu kan?". Arfa menepuk tanganya ke meja sebelum tangannya jari telunjuknya muka Amir. Dia pula hanya senyum senget dengan riak tak bersalah.

"Eh, Esha dah kenal ke dengan dia ni?", tanya abang Arif.

"Tak, masatu kan Esha dah ceta ada mamat ni tarik tangan selepas balikkan troli tu". Cuba menerangkan agar tidak berfikir jauh lagi. Mereka hanya mengangguk. Ibu pula baru saja sampai. Senyap buat seketika. Rasa jangal mula terasa.

Arfa melemparkan pandangan ke luar cermin kafe tersebut. Tak selesa sebenarnya kalau ada orang luar ikut serta macam tingkah lakunya kena perhatikan je. Makanan pun lambat sampai.

"Awak tak selesa ke?",soalan itu ditujukan kepada ku. Memang pun jawapku dalam hati. Baru sahaja Amir hendak berdiri, Arfa mula membuka mulut.

"Takpe, duduk jelah. Lagipun pesanan dah sampai",ujar Arfa menunjukkan pelayan restoran mula menghampiri mereka. Amir pantas duduk semula. Dia acah je tadi, nak tengok reaksi Arfa.

#####

Maaf sikit. Enjoy.

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now