AE 38

7.9K 347 3
                                    


"PENATNYA,  kaki saya dah lenguhlah, " keluh Arfa. Dia menumbuk kakinya perlahan-lahan. Penat kakinya berjalan dari jam sepuluh hingga tiga petang ini melawat tempat-tempat bersejarah. Walaupun pakai teksi tetap jugak memenatkan. Walk non stop. Panas lagi tak terhingga, dah berapa kali dah ni kesat peluh. 

"Aku nak angkat, kau tak nak," Hariz berdiri di sebelah Arfa. Kasihan. 

"Tak naklah. Awak ingat saya bini awak suka hati nak angkat saya ni"

"Tahan ajelah esok dah nak balik. Lepas ni kau tak berpeluang lagi nak cuti mana dah"

"Dah kenapa pulak?", Hairan. Cuti aku haknya lah nak tentukan.

"Sebab lepas ni kau akan sibuk dengan kerja dan hal aku. Ada faham?" Hariz memandang sekilas ke arah Arfa sebelum menangkap gambar permandangan yang berada hadapannya. Tenang je rasanya. Dah lama dia tak rasa setenang ni. Arfa hanya mampu mengangguk.

"Jom kita pergi sana lagi," ujar Hariz menunjuk ke arah sungai terjun yang terletak tidak jauh dari mereka. Memang menarik kalau ambik gambar sana.

"Penat.. ", rintih ku menahan sengal kaki dari tadi. Nasib baik pakai baju flat shoes kalau pakai heel tadi lagilah sakit.

"Kuat merengeklah kau ni macam budak-budak", jujur Hariz. Dia terpaksa menadah telinga mendengar renggekan Arfa sepanjang jalan. Bunyi macam kena paksa jalan aje. Dah di beri peluang duduk sekejap pun berbunyi jugak.

"Mana ada saya merengek kat awak," Arfa berpeluk tubuh.

"Hmm..  tak merengek" Hariz berdehem. 

"Awak, duduk kejaplah kaki saya dah lenguh.  Awak, jauh lagi ke nak sampai? Awak, kaki saya dah lenguhlah.. kaki awak tak lenguh ke? Bla..  bla", ajuk Hariz. Dia mengulangi kembali kenyataan yang di keluarkan dari mulut Arfa.

"Hihi.. itu bukan merengek", sengihnya masih tidak mengaku.

"Habis apa?"

"Soalan", jawapnya perlahan. Hariz dah ketawa kecil. 

"Kalau aku cakap kau banyak tanya mesti kau tak percaya",ujar Hariz. Arfa menarik muka. Banyak tanya tu bagus apa.. benda yang kita tak tahu boleh tahu. Lagipun sudah terbiasa nak soal-soal orang kalau buat dia keliru ke apa. Mana boleh nak ubah.

"Aku nak beli air. Kau ada nak apa-apa tak?", soal Hariz apabila terlihat gerai berdekatan. 

"Awak nak belanja ke?"

"Pernah ke aku pakai duit kau"

Arf menarik muka lagi. "Nak aiskrim"

"Mana ada. Lagi?"

"Nak coklet"

"Haihh perempuan ni,  nanti aku cakap bengap kau marah. Itu gerai bukan kedai runcit nak cari aiskrim bagai. Agak-agaklah kalau nak beli, cepat nak apa?", gesa Hariz.

Arfa muncung mulut pulak dah. "Nak air je"

"Dah, tu aje?", tanyanya memandang Arfa.

"Makan tak nak?"

"Tak"

"Betul?", soalnya bagi memastikan. Bukan apa tadi minta benda nak makan dah ni minum air je. Air kosong pulak tu.

"Awak terjangkit bengap dekat saya ke apa sampai tak faham cakap ni?," perlinya dengan muka monyok.

Hariz terpempam sesaat kemudian tergelak. 'Nampak benor marahnya perempuan ni'

"Bila masa aku cakap kau bengap? Kalau kau bengap takdenya kau jadi doktor aku",ujarnya seakan memujuk.

"Tahu pun.. ", balas Arfa dingin.

Hariz hanya senyum sengih tak ada niat lagi nak bidas apa-apa. Cakap banyak nanti dia sendiri yang susah hati nak pulihkan keadaan. Hari ni biar sendiri yang mengalah untuk melayan kerenah Arfa. Bukan sesukar mana. Jadi dia ikutkan saja, luangkan masa dengan orang tersayang. Sayang ke?


AFIZ mengelap cermin keretanya. Hari cuti sahaja dia berkesempatan untuk membasuh kereta. Hendak di hantar ke tempat cuci kereta,  terasa membazir pulak. Waktu cutinya bukan ada agenda selain menyemak kertas-kertas pelajarnya pun sudah aeal selesaikannya. Jadi inilah masanya nak buat peluh mengalir. Erkk!

"Kereta kau dah kilat tu dikk oiii", usik Arif. Dia duduk di kerusi luar memerhatikan adik ke duanya mencuci kereta. Hendak ditolong rasanya Afiz tak perlukannya.

"Biarlah berkilat. Tu yang aku mahu,  kau apahal long",ujarnya sengaja cari gaduh. Orang yang selalu dengan bergaduh tiada jadi dengan Afiz sajalah dia layan. 

"Nanti berkilat sangat payah kau dik..  ramai nanti perempuan berderet nak naik kereta dengan kau", usiknya lagi. Kali ni dia ketawa membayangkan imaginasinya tadi sendiri.

"Suka hatilah",ucap Afiz. Malas mahu balas apa-apa lagi. Lebih baik dia menyambung mengelap.

Arif mengeluh kecil. Tak seronok betul bergaduh dengan Afiz. Adik lelakinya itu orangnya serius dan tak boleh bawa bergurau langsung. Bosan. Kalau ada Esha baru boleh dibawa gaduh. Bilalah kau balik eshaaa.., keluh Arif dalam hati.

"Esok lusa Esha baliklah tu", ujar ibunya menatang teh dan karipap panas-panas yang baru saja digoreng.  Petang macam ni memang sesuai dihidang.

"Bila Esha call ibu?", Afiz menghentikan kerja sementara lalu mendekati ibunya. Dia tidak mahu menunjukkan hati sensitifnya. Hati lelaki kena kental!

"Semalam Esha call ibu. Dia okey saja.  Tak ada masalah, kamu dua tak risaulah"

Afiz tersenyum sendiri. Arfa adalah adik bongsunya walaupun riaknya nampak biasa tapi gelagatnya tentu dapat dikesan.



"DUDUK HARIZ ayah nak cakap sikit,"ujar Datok Ramli sebaik sahaja kalibatnya kelihatan. Masuk empat hari Hariz tidak pulang ke rumah. Risau jika Hariz membuat perkara yang luar kawalan.

Kedua-dua kaki Hariz terhenti buat seketika. Langkahnya mahu naik lurus sebentar tadi tak jadi. Dia baru saja balik dah kena hadap benda ni. Dah cukup baik dah dirinya balik kalau tak memang menetap teruslah dia kat sana. 

"Tak payahlah nak cakap apa-apa. Aku malas nak dengar," Hariz melangkah lagi. Bagasi ditarik cepat. 

"Tunggu Hariz. Ayah memang nak cakap," ucap Datok Ramli. Sekali lagi dia berjaya menghentikan langkah Hariz. Tapi entah untuk berapa lama langkah itu akan berhenti. Hariz menarik nafas panjang.

"Apa benda yang penting sangat tu?" Hariz menyoal malas. Dia tidak berganjak di tempatnya berdiri tapi masih lagi membelakangi Datok Ramli. Matanya masih terhala tangga di hadapan. 

"Ayah nak minta maaf pasal tampar Hariz.. Ayah tak sengaja semua dan tak boleh di kawal"

"Tu je?"

"Hariz, Ayah.. "

"Kalau kau nak cakap pasal tu memang dari awal lagi tak akan maafkan. Tak terkawal?", soalnya sinis. Badannya yang membelakangi mula berpusing arah Datok Ramli. 

"Maksudnya kalau kau buat kat mama ku sebab tak terkawal ke atau kau dah kena tipu oleh betina tu", ujarnya sadis. Tak memperdulikan lagi akan rasa perasaan ayahnya. Sakit hatinya lagi utama. Berdosakah aku? 

"Sampai macam tu sekali Hariz bencikan ayah? Ayah tak sengaja nak tampar kenapa kena ungkit pasal mama rania kamu?", soal Datok Ramli. Kalaulah dia tak menampar Hariz mungkin dia tak dibenci anaknya, pasti dia akan akan tak buat lagi selepas ni. Hubungan mereka menjadi keruh. Sikap degil Hariz lagi sukar nak bawa berbincang.

"Aku benci dan tak suka dengan betina tu sebab dia lah keluarga aku jadi kucar-kacir. Dia bukan mama aku!", jawapnya kasar. Dah berulang kali diberitahu bahawa dia memang tak akan terima kehadiran perempuan tu.

Tanpa berlama lagi Hariz naik ke atas tanpa menoleh ke belakang. Pintu bilik di hempas sekuat hati. Rasa marahnya meluap-luap. Lima minit kemudian dia meraup mukanya kasar dan sedaya melegakan rasa marahnya. 

####
Stay tuned ngan ceta ni❤❤ Serius ni last. Hahaha. Akan di sambung bila idea saya datang mencurah-curah macam air sungai. 

[19/9/18]

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now