AE 8

12K 571 2
                                    

"Esha kerja kat mana? Asal balik tak menentu akhir-akhir ni," tanya abang long turut duduk bersarapan pagi ini. Dia mahu berbual dengan adik bongsunya terlebih dahulu. Memandangkan hari ini hari sabtu, Arfa tak kerja. Lagipun semenjak kerja ni, dia dah jarang makanan sarapan ibunya. Makan malam jelah.

"Lah Esha buat masa ni kerja kat rumah Datok Ramli, rawat anak dia". Sedap cucur ibunya buat hari ni. Cucur kegemarannya pulak tu, cucur udang campur dengan sosej. Sedap.

"Ohh.."

"Abang ada kenal doktor psiaktri tak?" Aku mengunyah menikmati makanan.

"Dah kenapa pulak ni? Takkan Esha tak kenal ramai?" Berkerut dahinya apabila soalan ni dia dah dapat jawap. Adiknya sendiri yang sebagai doktor psiaktri. Aku dokor gigi je.

"Adalah kenal. Tapi manalah tahu abang kenal jugak. Lagipun Esha perlu"

"Habis buat apa nak cari doktor psiaktri pula?" Sudah dua biji cucur yang menyinggah ke mulutnya. Dalam keluarganya ini, hanya aku dan Esha je yang makan. Yang lain tak berapa.

"Adalah esha nak buat research sikit." Arfa cuba mengelak daripada menjelaskan hal sebenar. Dia tiada masa nak mencari mana-mana doktor psiaktri. Kalau kawannya susah nak jelas nanti diorang tanya macam pulak.

"Research apa lagi? Ilmu di dada tak cukup ke nak buat. Lagipun Hariz tu di bawah jagaan Esha."

Aku mengeluh. Banyak pula soalan yang datang dari Abang Afiz. Bukan mudah nak meminta pertolongan dari abangnya ini. Kena banyak bersabar. Andai kata aku bukan doktor pun tetap orang lain jadi tempat aku buat pertanyaan.

"Memanglah. Tapi nak jugak pandangan doktor psiaktri yang lain"

"Rancak berborak. Borak pasal apa?" Puan Aina baru masuk ruang dapur. Selesai saja menyidai kain, kalau tengah hari panas nanti. Panas terik memancar.

"Pasal doktor psiaktri", jawap abang long bagi pihak ku. Pinggan berisikan cucur ku beri hadapan ibu manalah ibu pun terliur ikut makan. Kalau depan mata takut habis cepat nanti.

"Doktor apa tu?"

"Doktor untuk orang sakit mental, bu". Puan Aina menganguk faham. Teko di tuang dalam cawan berhampiran.

"Abang long boleh tolong ke tak ni?" Arfa menyoal semula. Dia tidak mahu soalan itu di tinggal sepi. Mencari perkara sebenar ini membuatkan dia berkobar-kobar hendak membantu Hariz. Itu matlamatnya.

"Hmm okey". Pantas bersinar mata ku dan bibir terukir senyum senang.

"Sayang abang long". Peluk ke belakang badannya sambil mencium pipinya. Dengan itu kaki naik keatas bersiap hendak berjumpa secepatnya mungkin. Tak mahu berlengah masa. Afiz hanya mengelap pipi rasa geli tatkala pipinya dicium. Budak ni perangai tak pandai berubah langsung,detiknya dalam hati. Puan Aina pulak hanya melayan kerenah dua orangnya ini. Bahagia je tengok.

****

"Doktor Eva Pangulan?", ucap Arfa sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Pakar Psiaktri. Hospital kecil bagi pakar psiaktri bagi orang yang mental dan psiaktri. Memandangkan aku datang mengejut tanpa membuat appointment aku terpaksa merayu agar dapat berjumpa dengannya walaupun hanya lapan minit. Nasib baik Doktor Eva orang yang bertimbang rasa. Mungkin masa ini dia tak ada perjanjian sama orang lain atau dia ada masa yerluang pada waktu ini.

"Ada hal apa you nak jumpa dengan saya? Kenapa tak buat appointment dulu?" Dia menunjukkan kerusi kosong di hadapannnya. Dia doktor bangsa Philippine. Patutlah bahasa melayu dia lain sikit.

Arfa melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia datang seorang sahaja, walaupun pada awalnya dia nak bawa abang longnya. Dalam masa sekejap je Afiz dapat mencari doktor psiaktri.

"Maaf doktor. Saya ada hal penting nak jumpa pasal berkenaan dengan ubat ni". Lantas ubat dalam beg aku keluarkan yang milik Hariz. Doktor Eva mengambil satu persatu dan dibeleknya lama.

"Awak doktor jugak kan? Kenapa awak tak tahu benda ni?" Aku mengeluh kasar. Jangan nak lekehkan kerjaya akulah, bisikku perlahan.

"Ye, tak salahkan kalau saya nak minta pandangan dari doktor. Saya teka doktor dah tahukan apa kandungan dan akibat ubat tu?", tanya ku. Sangsi dengan ubat ini masih dalam separuh ya separuh tak.

"Ya, tapi takpe saya boleh lagi memastikan lagi dengan bawa ke makmal lagi"

"Where you get this medicine?", tanya Doktor Eva dengan berkurang pasti. Sebab ubat ni tak sesuka hati diberi kepada pesakit melainkan doktor itu sendiri.

"Err.. dari Doktor Hamid sebab dia yang uruskan dulu sebelum saya"

"Okey kalau macam tu saya akan cuba discuss dengan dia termasuk awak"

"Tak boleh doktor. Ini hanya kita yang tahu. Saya tak mahu hal ini semakin di ketahui orang ramai", ucap ku bersungguh-sungguh. Dia perlu menyembunyikan identiti Hariz dari di kenali sementara hal ini belum selesai.

"Even his own doctor?", tanya Doktor Eva. Arfa pantas mengangguk.

"If you say so then I need contract information about discuss about this medicine and Hariz also". Arfa memberikan nombor telefonnya untuk maklumat selanjutnya. Kemudian berdiri.

"Terima kasih Doktor Eva. Saya hargai masa yang diluangkan, maaf menggangu sebelum tu". Tangannya ku jabat serta senyum ku lemparkan. Doktor Eva hanya mengangguk.

#####

Vote. Comments. Typo beritahu je

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now