AE 41

7.7K 322 11
                                    

TIBA MASANYA Hariz balik. Kenyang pun sudah. Hari ini masanya lebih diluangkan bersama keluarga Arfa. Segan dan tak biasa itu pada permulaan tapi apabila Arif sendiri yang selalu membuat lawak membuatkan kekoknya berkurangan.

Keretanya keluar dari halaman lalu menuju balik rumah. Sewaktu dalam perjalanan Hariz perasaan ada kereta mengekorinya. Dia buat macam biasa bergerak tanpa hala tuju tak mungkin dia balik memandangkan jarak rumahnya dengan Arfa tak terlalu jauh. Keretanya membelok sebelah kanan begitu jugak kereta yang mengekorinya melakukan perkara yang sama. Tekaanya betul.

Pedal minyak ditekan kuat. Stereng dipegang rapat. Matanya tidak lari dari melihat cermin sisi. Kereta tersebut tidak putus asa mengejarnya. Semakin rapat. Telefon bimbitnya berbunyi dicapai diangkat tanpa melihat siapa gerangannya. 

"Hariz barang awak tertinggal",ujar suara di sana. 

"Nanti aku..."

Beberapa saat Hariz mengalihkan pandangan cermin sisi kereta, kedengaran bunyi hon beberapa kali membuatkan Hariz kembali melihat ke hadapan. Brek di tekan sekuat mungkin tetapi tak berfungsi langsung. Makin panik dia dibuatnya.  Nafas terasa sesak kembali memorinya terimbau. Hariz memusing stereng ke arah kereta bertentang tanpa sedar. Tidak sempat mengelak, keretanya merempuh jalan penghadang. Hariz dapatkan rasakan kepalanya berpusing-pusing sebelum pandanganya kabur dan gelap.

"Harizz... ", pangil si pemanggil masih lagi bersambung. Nadanya sangat cemas. 

Tanpa disedari ada orang yang menyaksikan. Dia keluar dan berjalan menghampiri ke arah kereta yang terbalik. Tak sampai seminit kemudian tempat kejadian dikerumuni dengan orang ramai. Ada yang sibuk menelefon dan mengambil gambar. Dia menunduk melihat lebih jelas lelaki itu terbaring tidak sedarkan diri dan wajahnya dipenuhi darah mengalir. 

Senyuman kecil terukir dibibirnya. Lalu bergerak masuk kereta semula.  Masuk saja dalam kereta senyumnya menjadi ilaian ketawa panjang dan kuat. Lega dan senang hatinya rancangannya berjaya tanpa susah payah.

"Hariz..Hariz kenapalah selama ni aku tak buat je macam ni. Cepat dan mudah", desisnya kebingungan.

"Kalau kau jadi gila pun tak jugak kau mampus!", jeritnya. Ketawanya di sambung semula. Penantianya tercapai jugak. 

####

"Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?", Arfa berbaring mengiring.  Matanya tak boleh lelap masih lagi memikirkan Hariz. Selalunya jam begini Hariz akan menghubunginya kali terakhir pun tadi dia tutup terus. Bunyi macam sibuk. 

Telefon diambil yang terletak bawah bantal. Kali ini biar dia sendiri mencuba mendailnya. Sekali tak jawap, Arfa tak putus asa. Di cubanya lagi tetap tidak berjawap. Apabila kali kelima akhirnya dijawap tetapi yang peliknya suara orang lain yang jawap. 

"Err ni handphone Hariz kan?", tanya ku ragu-ragu. 

"Yela kot?", jawap lelaki itu tak pasti sebab dia sendiri lagi belum tahu namanya.

"Kenapa telefon dia kat awak?", soal Arfa hairan.

"Orang tu dalam bilik operation. Masih belum lagi tahu keadaannya. Memandang cik telefon ni boleh tak beritahu ahli keluarga pesakit ni sebab saya dah nak balik", ujarnya. 

"Baik terima kasih tolong, kejap lagi saya kesana", kata Arfa masuh lagi terkejut. Sayu hatinya baru saja tadi dia bertemu kali ini Hariz pulak masuk hospital. Entah teruk ke tak harap taklah. 

"Abang longg", panggil dengan suara kuat. Pintu biliknya ku tuju dengan payah. Kaki ku masih bengkak menyukarkan lagi pergerakkan ku.  Sebaik saja buka,  pintunya ku tolak kasar.

"Kenapa ni Shaa", suaranya meleret panjang. Tak suka tidurnya terganggu. Tak menyabar langsung.

"Teman Esha pergi hospital jom", ajak ku. 

"Buat apa?", jawap abang long malas. Esok dahlah kerja tidurnya pula kena kacau.

"Hariz kemalangan balik dari rumah kita tadi", jelas Arfa. Risau. 

"Hah macam mana boleh?", soalnya terkejut.

"Tak tahu sebab tu abang long kena teman Esha pergi sana"

"Hah okay, okay", ujar Arif dengan muka blurnya. 

"Ibu dah tahu tak?"

"Belum abang jelah beritahu. Abang ngah pun belum tahu tu. Esha tak boleh geral sangat masih sakit"

"Okay abang beritahu je. Esha pegi cepat siap", arah abang long. Sebelum itu Arfa mendail rumah Datok Ramli bagi memberitahunya. 'Aduhh!  waktu ni pulak tak angkat. Mana bibik ni?'Arfa masuk semula ke biliknya. Sweater dipakai dan tudung dicapai. Bibirnya dioles dengan lip balm supaya bibirnya tidak nampak kering. 

"Eh ibu ngan abang ngah tak ikut ke?", tanya ku sebaik sahaja dalam kereta. Patutlah takde bunyi diorang.

"Tak payah esok pagi je abang beritahu mereka. Dah lewat ni..  kita dua je pergi sana", cadang Arif tak nak menggangu.

"Oh okey", ujarku mengerti. 

RUANG BILIK pembedahan masih lagi dijalankan. Aku sendiri belum tahu keadaanya. Datok dan Datin masih belum dapat dihubungi. Telefon rumah pun masih belum diangkat. Mungkin bibik dah tidur kot? Ialah dah pukul dua belas lebih siapa saja yang terjaga waktu ni. Memanglah takde. 

Abang long masih lagi setia menemani ku menunggu hasil jalan pembedahan walapun sudah terlentok tidur disebelah ku. Buat-buat menunggu tu aku main game candy crush bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Tiga puluh minit telah berlalu, belum ada tanda doktor itu mahu  keluar lantas aku mengambil masa sedikit untuk tidur sekejap. Baru beberapa minit terlelap badan ku digoncang lembut oleh jururawat dan di sampingnya doktor. 

"Abang long bangun", kejutku dengan mengoncang badannya.

"Cik ni ahli keluarga pesakit ke", tanyanya. 

"Kami dia ahli keluarganya belum dapat dihubungi"

"Kalau begitu saya sini menerangkan pesakit stabil. Leher tengkuk dan kaki sebelah kiri patah kerana tersepit. Pesakit jugak tadi kekurangan darah, tadi jangan risau kini semua berjalan lancar. " jelas Doktor itu panjang lebar. Aku mengangguk faham. Tidak ada yang perlu dirisaukan lagi.

"Bila kami boleh melawat?", soal abang long yang tadi hanya berdiam.

"Sekarang pun boleh, kami segera akan menghantar wad biasa."

Bersambung....

 

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now