AE 51

8.4K 355 0
                                    

Tadaaaa!  double hari ni.

Maaf kalau banyak typo. Harap korang dapat feel. Vote sangat dialukan. 🌟🌟

"Umm nah" Hariz mengeluarkan beg kecil yang dari tadi dibawannya.

"Apa ni?", tanya Arfa bingung. 

"Perempuan memang banyak tanya kan atau buat-buat tak tahu", sindirnya masih lagi menghulurkan. 

Arfa menjeling tajam. Memang dah lelaki hadapannya ini tidak pandai romantik. Dari pemerhatiannya memanglah beg kecil tapi isi dalamnya tu yang tak tahu.

Bukanya sahaja dia melihat seutas gelang. Bibirnya terukir manis seketika tapi  hairan kenapa Hariz nak bagi lagi?

"Kenapa awak bagi? Ni tanda apa pulak?"

"Ni aku bagi sebab aku kan sayang kau. Satu lagi sebab selama ni kau dah buat macam-macam untuk aku", ujarnya dengan muka tenang.

Hampir menitis air matanya mendengar pengakuan Hariz. Dengan hadiah mahal lagi buat dia rasa terlebih terharu.

"Eh kau tak payah nak nangis lebih Tu ayat ku karang,  payah jugak nak jadi mat jiwang ni", ujarnya statik.

Okey cutt! Itu yang dia rasakan saat ini. Hariz tetap Hariz tak pandai nak serius. Buang masa je nak nangis tadi.Huh!

"Awakk ni betullah.. ", dengusnya. Hariz cuma tergelak suka dapat mengenakan Arfa Eshal. 

"Tapi aku tetap suka kau walaupun kau gemuk, berjerawat dan busuk"

"Gila dah kot awak ni", ucap ku malas melayan Hariz merepek. Kerjanya tak pandai nak berubah,  memain je. Lelaki cakap je besar. Tapi hampeh! 

"Tak percaya sudah". Kami mula berdiam menunggu makanan sampai. 

"Awak ni langsung tak romantik", Keluh Arfa menelan kunyahan dalam mulutnya. Dia sambung menyuap hidangan. Sakit hati melihat Hariz tersenyum-senyum melihat dirinya. 

"Kau suka lelaki romantik ke?", tanyanya bersandar. Mulutnya masih penuh pun bercakap. Tak senonohnya lelaki ni!

"Tak jugak", balas ku. Sebab dia suka lelaki itu jenis lembut hati dan mudah nak bagi orang senang.

"Nama je boyfriend... " kata Arfa perlahan. 

Hariz tersenyum lebar. Telingannya mendengar keluhan gadis itu walaupun secara perlahan. Arfa sudah menganggapnya boyfriend.

"Sebab aku boyfriend kaulah aku tak nak tunjuk. Bukan boleh buat lebih pun..  lainlah kau dah jadi halal buat aku", jawapnya senada tunjuk muka gatal.

"Teruknya awak ni..  atleast tunjuklah saya ni special buat awak"

"Ni dah kira special lah faa.. ", katanya mendayu-dayu memanggil ku lembut. 

"Aku sayang kau" Arfa menunduk muka. Secara tak langsung detak jantungnya berdegup. 

"Aku rasa cukup semua aku buat ni bolehlah buat kau percaya. Dalam seminggu lagi aku dah nak jadi tunang selepas setahun kau jadi isteri aku pulak", luahnya. Terasa betapa untungnya mendengar ucapan nan lembut dari bibir Hariz. Dia berjeda,  menatap wajahnya bercampur baur. Gembira, sedih dan terharu. Walaupun ayatnya tak seromantis orang berlakon ke apa tapi cukuplah dia memaknakan isi hatinya.

Permandangan di Pantai Balok pada waktu pagi memang amat cantik dan mendamaikan. Ramai yang bermandi-manda di pantai. Hariz menyusuri pantai sambil bermain ombak.

Selepas saja ke pantai Hariz mengajaknya memancing. Dia memang sudah cadang membawa peralatannya. Muncung habis mulut ku bila dia cakap nak ajar aku. Ingat dia minat? Katanya ni salah satu hobinya yang dah lama dia tinggal.

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now