ARFA menghentikan keretanya berdekatan restoran ikan bakar. Dari tadi dia mengekori abangnya Arif dari belakang. Kata abangnya, mahu mengajak makan bersama di tengah hari itu.
Entah apa yang membuatkan Arif mengajak makan sejauh ni. Hampir kawasan kerjanya ada jugak restoran ikan bakar. Harapkan Arfa, dia tak begitu mahir dengan restoran yang berada di Melaka ini. Lainlah abangnya jauh perjalanan.
Melihat Arif sudah keluar dari kereta pantas saja aku mematikan enjin kereta. Hari yang panas terik membuatkan Arfa pantas mencari tempat berlindung selepas mengunci keretanya.
"Makan kat sini ke?",tanya Arfa melihat abangnya yang mengesat peluhnya di dahi. Cepat sangat abang longnya ini berpeluh. Panas sangat dah tu.
"Makan kat sinilah. Abang teringin nak makan, Esha makan ikan kan?",tanyanya soalan tak berapa nak masuk akal. Arfa menggeleng.
"Dah berapa tahun kita hidup serumah abang? Esha makanlah",jawapku mengikut langkahnya dari belakang.
"Tahu.. manalah tahu Esha dah tukar selera"
"Tak pun." Melihat meja kosong, Arfa dan Arif melabuhkan punggung ke kerusi. Mereka membuat pesanan masing-masing dan membiarkan pelayan tersebut berlalu pergi.
"Kerja macam mana?",tanya Arif membuka cerita. Kalau tak ditanya memang adiknya tak ceritalah. Ada barang kali perlu dia buat saranan mungkin.
"Okey aje. Tak serius sangat, Hariz pun dah semakin sembuh. Abang pulak macam mana? Dah ada pakwe?",tanyaku hanya mahu mengusik abangnya yang berusia tiga puluh dua ini.
"Nak mulalah ni tanya soalan merepek",jelingnya sekilas sebelum mengeluarkan telefon bimbit dari poket.
"Aku kat tempat biasa. Kenapa? Nak join? " Arfa berdiam diri sementara memberi ruang abangnya yang menjawap pangilan.
"Aku ngan adik aku ni. Ha datanglah adik aku pun tak kisah ni",ujarnya dengan sengihan sambil melihat adiknya yang menjongketkan kening.
"Siapa bang?",tanya ku selesai sahaja dia meletakkan telefon.
"Kawan abang longlah. Dia nak ikut makan tengah hari dengan kita"
"Alaa kacaulah.. Esha baru aje nak tanya soalan-soalan panas mat abang",cebik ku tak puas hati. Ada aje orang kacau.
"Banyaklah Esha punya soalan panas",ucapnya sambil menarik hujung tudung milik ku.
"Abang!" Tamparan hinggap kat tangannya. Kuat. Bunyi lapikkan kedengaran. Habis senget bengit tudung aku buatnya. Arif ketawa besar, suka dia mengusik adiknya, Esha. Arfa yang geram lantas mencubit berulang kali.
"Er.. ehem." Deheman seseorang serta merta membuatkan mereka terhenti seketika.
"Hey.. bro hah duduk, duduk", pelawa abang menarik kerusi berhadapan dengan aku. Lah dia ni lagi. Tak ada orang lain lagi ke nak di pelawa.
"Ni la orangnya yang ikut kita ikut makan tengah hari. Dah kenalkan so tak payah abang nak kenalkan lagi". Aku mengangguk. Tudung yang senget ku betulkan.
"Panggillah waiter tu",arah abang kepada Amir. Sepanjang makan aku hanya diam, tidak tahu nak berbual dengan siapa. Abang dengan kawannya Amir memang dah rancak dah tu berbual takkan aku nak menyampuk tiba-tiba. Topik perbualan mereka pun aku tak tahu.
"Dah masuk kali ke tiga kita berjumpa saya masih lagi tak tahu apa perkerjaan awak?". Amir bertanya kepada ku apabila abang long pergi ke tandas. Sibuk nak tahu kenapa? Sedikit tak selesa dengan dia ni, dari tadi lagi matanya asyik bertembung dengannya.
Arfa senyum sumbing sebelum menjawap. "Kerja sebagai doktor"
"Doktor apa?",tanyanya lagi.
"Psiaktri". Senyap buat seketika, mungkin dia perasan aku tak selesa apabila aku hanya menjawap sepatah.
"Dah berapa lama kerja dalam bidang tu?". Belum habis lagi sesi soal menyoal ni. Penyibuk.
"Dah nak masuk dua tahun jugaklah", ujarku memaniskan muka. Dia hanya mengiyakan. Diam diantara kami berdua. Aku pun tak berminat nak tanya soalan kepadanya hinggalah kembalinya abang long dari tandas.
"Lepas ni Esha nak pergi mana? Abang dah nak masuk ofid ni". Arif bergerak di ikuti dengan Amir.
"Nak pergi kedai dulu lepas tu baru balik. Hari ni Esha minta keluar awal balik", jelas Arfa memayungi kepalanya dengan handbag. Nampak sangat takut panas. Arif mengangguk lalu kami membawa haluan masing-masing.
"APA KITA buat kat sini?". Terkejut aku apabila suara lelaki singgah di pendengaran ku. Rupanya Amir. Buat apa dia sampai sini, bukan sepatutnya dia dah masuk kerja balik ke?
"Kita? Bila masa saya ajak awak? Awak ikut saya ke sampai sini?" Hairan Arfa. Marah pun ada jugak. Dia berjalan meninggalkan Amir. Malas nak ambik tahu.
"Sebab saya nak ikut awaklah." Amir tersenyum. Dia cuba mengejar langkah Arfa. Dia berjalan seiring dengan gadis itu.
"Suka hatilah. Siapa kisah, jangan ganggu saya sudah",jawapku menuju ke destinasi membeli barang peribadi sendiri.
"Pakai minyak wangi ni. Baunya pun sedap". Minyak yang berjenama Paris berwarna merah jambu disuakan kepada ku. Aku menolak perlahan.
"Tak saya tak pakai nilah." Tangan mengambil dua botol minyak wangi Eshanteur. Memang dari dulu lagi aku suka minyak ni. Harum.
"Boleh tak jangan ikut saya lagi." Rimas pulak. Setiap langkahku diikutinya sejak dalam kedai wangi lagi. Aku acah masuk dalam baju peribadi pun dia nak ikut masuk. Tak tahu malu langsung, aku sendiri yang malu apabila pembeli dan pekerja wanita di sana memandang dirinya dengan tersenyum-senyum.
"Kenapa pulak? Sweet kan saya teman awak pergi mana-mana?". Nak je hempas kepala dia tu. Sweet apa entah.
"Sweet apa pulak? Tolong sangat jangan ikut saya nak beli barang pun tak senang. Kalau awak masih macam ni, saya repot kat abang saya."ugut ku tak mahu dia berterusan mengekori ku. Baru empat macam barang aku beli mana cukup.
"Okey, okey sorry saya dah nak balik. Jumpa lagi nanti,baby",katanya memberi flying kiss sebelum pergi. Kenal pun tak, ada hati nak ngorat aku. Gila.
####
Maaf kalau hambar. Tak tahu nak buat apa.Vote. Komen. T. kasih sebab stay dengan cerita ni. Love yaa❤. Sempena bulan julai lah saya rajin😄
![](https://img.wattpad.com/cover/144715206-288-k681280.jpg)
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...