"ADA APA BIK?"
"Datok mahu jumpa kamu?",beritahu bibik setelah baru saja siap meletakkan pinggan makan malam Hariz. Aik.. awalnya Datok balik?
"Bila Datok balik?",tanya ku tak tahu.
"Baru saja" Arfa mengelap tangannya yang basah dan melangkah meninggalkan ruang dapur. Ada apa pulak Datok nak cakap ni, bunyi macam penting saja.
"Duduk Arfa",arah Datok yang duduk bersebelahan dengan Datin Rania. Datin pun ada sekali, berjanji balik sama ke? Selalu asing-asing.
"Saya dengar Hariz dah boleh memandu. Keluar rumah pun dah okey. Jadi tak ada masalah kalau saya pecat awak, memandangkan Hariz mula dah membiasakan semua benda."
Terkelu Arfa mendengar. Sedih nak tinggalkan kerjanya sini. Macam mana Hariz nak jalankan misinya? Boleh ke tanpa aku?
"Saya bukan nak pecat awak suka hati,tapi ini untuk kebaikkan Hariz jugak. Saya nak dia berdikari. Saya harap awak faham",balas Datok lembut. Tangan isterinya digengam seketika.
"Jadi mulai esok awak tak payah datang lagi.. ",kata Datin Rania sambil menepuk lembut paha suaminya.
"Aku tak benarkan kau pecat dia. Kau tak ada hak!" Hariz bersuara kuat dari tangga. Nasib baik dia turun, kalau tak memang dia tak sempat nak halang. Kebetulan dia nak cari Arfa dan dia dengar semuannya.
"Hariz tak baik cakap macam tu kat ayah",tegur Datin Rania berlagak baik depan Datok Ramli bagi membolehkan Arfa dipecat serta-merta.
"Kau siapa nak masuk dalam hal ni haa!", ujar Hariz kasar. Matanya tajam melihat Datin Rania. Dari dulu lagi dia tak suka dengan perempuan seperti ada sesuatu yang di sorokkan olehnya.
"Ayah tak ajar Hariz kurang ajar dengan mama tiri Hariz sendiri". Berdiri tegak terus Datok Ramli memandang anaknya yang dah semakin hari makin melampau. Datin Rania tersenyum simpul. Dia pasti jugak kena bela, Hariz kena sedar bahawa dia sudah menjadi ahli keluarga ni.
"Dengan kau pun aku tak hormat apatah lagi dengan dia"
Berderau darah Datok Ramli mencanak naik. Hariz sudah semakin berubah bukan seperti yang dulu. Kalau dia marah dengan perbuatannya dia boleh terima tapi dengan mama tirinya yang selalu ambil berat ni pun dia tak hormat. Rania jugaklah yang tolong carikan doktor dan jururawat. Tapi Hariz tak kenang budi.
"Hariz jangan buat ayah hilang sabar"
"Abang bawa tenang. Jangan marah sangat, bawak duduk",kata Datin Rania mengurut dada suaminya. Jangan mati dulu harta orang tua ni belum tukar hak miliknya lagi.
"Doktor Arfa kena berhemti jugak sebab tempat kerja dia lama masih lagi memerlukan dia",ulas Datok Ramli masih lagi berlembut. Dia duduk semula.
"Ini pasti strategi kau kan? ",tunjuk Hariz tepat muka Datin Rania. Dia tak perlu lagi berselindung buat tak tahu dengan perempuan ni. Makin dibiar makin naik lemak.
Panas muka Datin Rania,tapi dia bijak mengawalnya. Terkejut dengan soalan tu. Tak sangka Hariz mampu meneka semua ini dalangnya. Tapi dia sedar Hariz tuduh tanpa bukti jadi tak payah dia nak rasa bimbang lebih. Satu dah nak settle lepas tu tahu jalankan misinya saja. Tersenyum sinis dia dalam diam.
Arfa tak senang duduk mendengar pertelingkahan mereka. Perkara kecik menjadi besar. Hariz pun bukan boleh nak sopan-sopan kalau bercakap.
"Hariz janganlah macam ni",pujukku berdiri sebelahnya.
"Habis kau nak biar je mereka ni pecat kau, macam tu? ",marahnya memandang tajam ke arah Arfa.
"Saya boleh je kerja tempat lama saya"
Hariz menggeleng laju. "Aku tak nak, siapa nak jaga aku kalau bukan kau"
"Jangan jadi budak-budaklah Hariz",marah Arfa. Laju saja Hariz langkah naik ke atas tanpa memandang Arfa semula.
"Tak apa Arfa awak boleh balik",arah Datin Rania apabila aku ingin naik ke bilik Hariz.
"Tapi.. "
"Nanti dia okeylah tu. Sebelum tu ni gaji lebih sikit untuk awak. Kejap". Rania menepuk paha suaminya untuk mengeluarkan sampul duit tertentu.
"Saya harap awak tak berkecil hati Arfa", ujar Datok memberi senyum. Arfa mengangguk dan senyum nipis. Faham dengan kehendak Datok. Sampai bila dia nak jaga Hariz kan? Ada baiknya Hariz menguruskan dirinya tanpa bantuannya.
"Terima kasih Datok dan Datin mengambil saya bekerja. Beritahu saja saya kalau Hariz perlukan saya.. "
"Tak payah kot. Biar kami sendiri yang fikirkan kalau ada apa-apa kat Hariz. Kerja awak hingga sini saja",pintas Datin Rania tak setuju. Serius mukanya bila berkata. Arfa menyambut sampul tersebut.
"Halalkan makan dan minum saya sepanjang saya berkerja dekat sini",ujar Arfa kepada Datok Ramli dan Datin Rania. Dia bersalam dengan Datin Rania.
"Jaga diri bik",pesan ku. Dia hanya mengganguk kemudian memeluk ku tanda dia jugak tahu akan ketiadaan ku kemudian hari. Sebelum Arfa balik dia sempat lagi meninggalkan nota buat Hariz kepada bibik. Sungguh dia tak terniat marah Hariz.
"Bye Hariz.. nanti hari boleh kita jumpa lagi",ucap ku dalam hati sebelum masuk ke dalam kereta. Sebak tiba-tiba.
####
Done for today. ❤ 800 words je.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
Literatura Kobieca[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...