AE 39

7.4K 336 0
                                    

"GOOD MORNING kak yah", tegur ku secara mengejut. Pada hari ini aku memulakan kerja ku seperti biasa walaupun cuti masih lagi tersisa. 

"Eh bukan Arfa masih bercuti ke?", tanyanya menerus.

"Haah, baru aje balik semalam dari Terengganu."

"Tak letih ke kan baru balik tu", tanyanya prihatin. 

"Puas dah rehatlah kak yah. Buat apa lama-lama. Nah ni Arfa bawa ole-ole dari sana", sebuah kantung beg diserahkan kepada Kak yah.

"Murah rezki Arfa kalau selalu macam ni", selorohnya dengan membodek. Arfa yang mendengar hanya mengeleng perlahan sebelum berganjak pergi. 

Sepanjang jalannya menuju ke biliknya ramai yang menyapanya. Biasalah kalau dah jarang tengok ni ada saja yang bertanya. Sampai ada sendiri yang membuat spekulasi bahawa dirinya bercuti hendak berkawin. Nak tergelak juga dia mendengar. Tapi dia menindakkan sama sekali.

"Betul ke apa yang I dengar tu?", sampuk seseorang dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Dr. Lim, doktor hot kat sini. Hot lah sangat.

"Taklah. I pergi bercuti rehatkan minda lagipun I dah lama tak ambik cuti", terang ku. Tak suka berlama-lama dengannya. Datang pula masalah lain. 

"Okaylah I mintak diri dulu"

"Hey kejap" halangnya menyekat jalan ku. Lantas saja kaki terhenti mengejut. 

"Malam ni you free tak?"

"Tak, malam ni I ada family dinner", jawapku secepat mungkin. Banyak mata yang jeling tengok kami berdua. Payah jugak jadi Hottss ni. 

"How about tomorrow night?"

Tak putus asa betullah dia ni..  agaknya ramai orang duk gataii kat dia ni sebab soft spoken, charming. Macam mana nak jawap ni eyh.. bisik ku dalam hati. 

"Tak dapat. Abang saya tak bagi keluar malam", tolak ku secara halus. Tanpa berlama lagi kaki mula meninggalkan  doktor lelaki itu dibelakang. 

Jam berjalan cepat dan tak sedar apabila sudah menunjukkan satu petang. Kerja banyak di atas meja ditambah pesakit lagi dua orang pesakit baru di dalam jagaanya. Menjadi doktor psiaktri tak mudah yang di sangka dengan melayan kerenahnya saja hingga berminit-minit.

Kepala disandar dengan mata di katup rapat. Telefon bimbitnya berdering. Pantas dia melihat ke arah skrin. Memandang nama yang tertera.

"My heart?" ucap Arfa sendiri. Siapa buat nama contact macam ni. Ah! Hariz punya kerjalah ni. Mentang-mentanglah telefonnya tak berkunci suka hati aje nak kacau.

Arfa menjawap panggilan tersebut. Walaupun masih teka-teki gerangannya.

"Hoii jom teman aku makan", ujar orang di sana. Salam tak bagi terus saja sergah. Nasib baik dia dapat cam suara tu. 

"Hello tak ada salam pun tak ada", tegur ku lebih kepada perlian.

"Ah Asslamualaikum Waharahmatullah hiwabaratuhh", jawapnya panjang berharkah.

"Turun bawah aku dah sampai ni kat hospital kau" ujarnya. 

"Saya malaslah Hariz"

"Ah takde, takde aku penat datang kau pulak tak jadi. Cepat aku tunggu ni", arahnya menggesa cepat agar aku menurutnya. 

"Hmm okey"

Kereta di buka dan duduk bersebelahan dengan Hariz. Dengan mudahnya Hariz mula bergerak menuju restoran.

"Kita makan mana ni? Nampak lain aje yang pernah kita pergi", komenku memecah kesunyian.

"Kita makan laksa hari ni. Tempat tu je yang sedap." Dalam masa beberapa minit saja kami sudah sampai.

"Aduhh ramai laa terpaksa parkir jauh pulak", keluhnya apabila matanya meliar mencari parkir yang sudah penuh. 

"Taklah nampak laku sangat", gumam ku perlahan tapi dapat di demgari olehnya. 

"Bukan yang tu tapi yang seberang ni", tunjukknya menghala sebuah kedai makan besar yang kelihatan di penuhi orang. 

"Hmm boleh tahan..  sedap ke makan kat sini ni?"

"Sedap kalau tak adalah ramai orang datang", jawapnya sarkastik.  Mereka menyeberangi jalan tanpa mereka ketahui ada sebuah kereta menunggu masa saja lagi mahu bergerak. 

Tiba-tiba..

"Heyy Arfa!", jerit Hariz lantas menolak kuat tubuhnya dari dilanggar. Arfa berjalan hingga tak nampak kereta tersebut menuju ke arahnya. Mana gadis itu meletakkan matanya? Nak cari bala ke? 

"Aww sakitt", rintih Arfa.

Hariz mendengus kasar apabila tidak dapat mengecam nombor plat lesen kereta itu. Marahnya membuak pada Arfa pula tak dapat dibendung. 

"Mana mata kau hah?! Kalau dia sampai langar kau nak aku jawap apa nanti kat ibu dan abang kau nanti", jerkahnya kuat tanpa memperdulikan perasaan Arfa sendiri. Mukanya diraup kasar sebelum mencangkung menghampiri Arfa. 

"Mana saya tahu kereta tu nak lalu", lirihnya sedikit sendu.

"Mana kau nampak kalau dah tahu nak complain. Mana yang sakit?" marahnya.

"Dah mari aku papah kau pergi klinik, kalau aku tengok-tengokkan pun bukan boleh baik", bisingnya tanpa perasaan. Walaupun dari segi penglihatan nampak luka sederhana besar sudah tentu sakit ya amat sebab dia tolak bukan tolak lembut tapi terkasar lebih.

Akibat kejadian tadi Arfa mendapat bengkak hijau kebiruan pada kaki dan kedua lututnya. Kaki belah kananya lah yang paling nampak teruk kesan hentakkan kuat pada semen jalan raya.  Nasib baik tak sampai kena jahit.

"Sakit lagi tak?"

Arfa hanya mendiamkan diri. Masih merajuk akan hal tadi. Aku tak tahu dia ni marah sangat. Bukan sepatutnya aku ke yang patut marah lebih sebab buat aku risau?

"Asal pulak ni?", tanya Arfa apabila sedar kereta ku tak membelok masuk ke tempat kerjanya. 

"Kita makan lepastu kau balik. Jangan nak degil kerja waktu kaki kau macam ni", suaranya tegas berbaur arahan.  

"Saya baru je masuk hari ni tak kan nak ponteng lagi"

"Aku bukan suruh kau ponteng tapi ambil MC"

###

Now you can read me! 😄❤

















© Arfa Eshal Where stories live. Discover now