SUDAH lima bulan Hariz meninggal. Aku masih lagi meneruskan hidupku seperti biasa dan menyibukkan diri agar tidak mudah teringat akan Hariz. Dengan bidang ku ni lagi membuatkan aku asyik membuat bandingan antara Hariz dan selalu saja nampak bayangnya. Rasa sayang dan rindu tak pernah terpadam.
Untuk melepaskan rindu ku, aku akan berjumpa atau menghubungi keluarganya. Aku pun sudah seakan terikat bila hubungan kami semakin rapat begitu jugak dengan ahli keluarga ku.
Ya, aku perlu bangkit. Tidak mahu kelihatan lemah lagi dan aku tak nak ibu dan abang-abang risaukannya. Cukup selama ni dia dibutakan mata dengan melayan perasaannya.
"Arfa!"
Suara mama Hariz dan sentuhan tangannya membuatkan aku kembali ke dalam diri. Oh aku mengelamun tentang dirinya lagi, bisik hati ku.
"Ya ma", balas ku lemah.
"Arfa fikir apa? Masih teringat pasal Hariz lagi?", soalnya nada gusar. Aku berdiam dan menunduk. Tanpa cakap sudah mamanya sendiri sudah dalat meneka.
"Jangan siksa diri kamu lagi, Arfa. Orang meninggal tak akan kembali lagi", ujarnya sendu. Aku rasa bersalah membuatkan mamanya kembali teringat. Padahal antara aku dan orang tuanya pasti lagi sudah lama. Siapalah diri ni nak nangis beriya-iya, detik ku.
"Maaf buat mama sedih lagi", Arfa mengeluh perlahan. Puan Sarah menggeleng dan mengengam tangan ku lama.
"Arfa tak nak cari pengganti?" Aku melongo dengan soalan mama. Kenapa mama bertanya begini? Aku cuba berfikir lebih lagi untuk menjawap. Apabila mata kami bertembung, mata mama seakan masih menanti dengan jawapan ku. Aku melihatnya seketika sebelum mengeleng lemah.
"Belum"
"Kenapa?", tanya seolah-olah menginginkan ku untuk mencari pengganti Hariz.
"Arfa masih sayangkan Hariz ma. Rasa tu sangat tebal nak ditapis", luahku sebak tiba-tiba. Susah sangat.
Puan Sarah melihat ku dengan pandangan hiba kemudian memeluk ke erat. Pantas tangis ku terhambur keluar, tak dapat tahan bila air matanya dah bergenang. Lebih-lebih lagi mama Hariz mungkin lebih faham perasaan ku.
"Arfa banyakkan bersabar eyh.. sayang. Banyakkan baca surah Al-Fatihah buat arwah", pesan mama lagi.
####
CUTI hujung minggu kali ni aku teringin mahu pergi pantai. Pantai pertama kali ku pergi dengan Hariz. Kali ni aku nekad aku berhenti fikir dan nangis untuk orang tiada sebab aku tahu menangisi orang tiada boleh menyebabkan arwah tak tenang.
Biarlah hari ni aku nak ingat banyak-banyak sekali pun tapi lepas tu aku akan perlahan-lahan lupakannya. Ya, aku mampu!
Aku pergi berseorang kerana aku mahu bersendirian walaupun abang long telah menawarkan dirinya untuk menemani ku. Sepanjang perjalanan aku banyak berdiam melayan peraasan sendiri. Selepas melepasi tanah tol, kereta ku terasa berat dan stereng bergoyang. Kenapa ni?
Hmm.. pasti ada yang tak kena ni?, teka ku.
Aku memberhentikan kereta dibahu jalan, keluar dan memeriksa semua tayar dengan terbongkok-bongkok. Bila saja tayar kereta belakang ku tengok meleper, elok terparkir jalan tar. Aduhaii! tayar pancit pula dah, rungut ku dalam hati.
Aku mana pandai pasang tayar. Macam mana ni nak telefon abang-abangnya tak sampai hati nak suruh datang sini semata-mata nak tolong.
Fikir, fikir..
Aku cuba mengingati cara-cara menukar tayar. Mula-mula buka skru aku cuba buat. Ku cuba sekuat tenaga habis ku penyek-penyek dengan kaki tetap tak berhasil. Kenapa keras sangat nak pusing ni? Peluh merecik ke dahi. Sedaya mungkin sudah ku lakukan namun tetap gagal. Huaaa!

ANDA SEDANG MEMBACA
© Arfa Eshal
Romanzi rosa / ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...