BIBIK SERI mengacau minuman susu koko di dalam gelas kemudian meletakkan atas dulang. Makanan tengah hari ni sekadar ringkas. Ayam goreng dengan gulayan kubis. Selangkah kaki melangkah ke tangga, pintu di buka oleh Datin Rania.
"Kok Datin balik nggak pesan?", tanya bibik masih memegang dulang. Kepulangan makan tengah hari tak di beri maklum langsung.
"Saya nak ambil barang saja yang ketinggalan tadi. Tapi saya nak minum dulu kejap". Bibik seri lega apabila kehadiran Datin Rania cuma sebentar. Mahu mengambil barang.
"Ni untuk Hariz?",tanya Datin Rania menunding makanan yang di atas dulang.
"Iya Datin untun Tuan Hariz. Saya naik hantar dulu Datin", mohon bibik mula melangkah.
"Saya ada barang dalam bilik. Bibik ambil kejap untuk saya."
"Barang apa Datin? "
"File warna merah tepi meja". Senyum Datin Rania. Bibik seri mengangguk perlahan dan meletakkan dulang semula.
Datin Rania membuka beg tangannya dan mengeluarkan botol kecil warna putih. Kandungan cecair dalam botol itu dituang habis dalam minuman dan mengacau air gelas itu. Dia bergegas ke ruang tamu dan duduk di sofa. Tak mahu berada di dapur.
Bibik seri menuruni tangga dan terus ke dapur tapi tiada. Kakinya melangkah pula ke ruang tamu. Kelihatan Datin duduk berpeluk tubuh menunggu dirinya.
"Saya tak jumpa file Datin.",kata bibik seri dengan termengah-mengah.
"Mungkin saya salah letak kot. Tak apalah saya cari kat pejabat saja. Makanan Hariz beri dia makan. Jangan pulak kau makan faham",arah Datin tegas. Dia keluar rumah dan meninggalkan rumah beberapa minit kemudian.
Bibik seri mengambil semula dulang dan menaiki tangga semula. Belum lagi habis menggahnya dah kena naik lagi. Dulang di letak depan pintu, sebelum dia pergi pintu Hariz di ketuk beberapa kali.
"CEPAT-CEPATLAH kau mati Hariz! Senang sikit kerja aku nanti",kata Datin duduk bersandar di kerusi. Baru saja dia datang. Lepas ni tunggu panggilan pulak dari bibik memberitahu Hariz dah mati.
Kalau Hariz mati senang je kerja aku yang lain. Tinggal orang tua tu je lagi untuk dia pindahkan semua hartanya pada aku. Lelaki tua tu mudah nak diperdayakan.
"Dah lama aku nak buat ni Hariz tapi Doktor Hamid yang cadangkan untuk buat kau murung tapi lambat nak berhasil. Tak salah aku nak bagi racun je terus". Senyum sinis meniti di bibirnya.
Bilik kecil ini dipandang membayangkan biliknya pejabat suatu hari nanti akan besar malah akan lebih cantik dari sebelum ni. Semuanya akan jadi miliknya walaupun cara kotor. Tak syok menumpang harta orang ni, lagi-lagi jadi kuli.
Baru saja Datin Rania ingin membelek kertas di hadapannya. Telefon bimbitnya berbunyi. Mati senyumnya apabila nombor lain yang tertera. Hampa. Lain yang di tunggu lain pulak datang.
"Helo abang, ada apa",bicara ku lembut.
"Err.. makan? Tak payahlah, Nia dah makan tadi",kata ku beralasan. Selang berapa minit kemudian Datok Ramli memutuskan panggilan setelah dia sendiri tahu aku tak ikut serta makan tengah hari bersama.
"Kenapalah bibik belum telifon lagi ni?",desis Datin Rania masih lagi menunggu. Penat menanti dia mula menekan nombor milik kediaman Datok Ramli.
"Hello bik. Hariz dah makan ke belum?"
"Dia tak makan lagi Datin.",jawap bibik perlahan.
"Minum?",tanyanya berharap Hariz akan minum sekurang-kurangnya.
"Minuman tu tumpah tadi Datin tapi bukan saya yang punya kerja",ujar bibik takut-takut. Khuatir Datin akan menuduhnya. Dari suaranya saja dia tahu Datin macam terdesak nak tahu.
"Apa?! Takkan Hariz langsung tak sentuh minuman tu? Bibik buat kerja ke tidak ni",marah Rania tak puas hati. Geram mendengar khabar yang langsung tak menggembirakannya. Dia jangkakan Hariz mati tak menjadi. Bibik seri tak salah pun jadi kemarahannya.
Datin Rania menutup panggilan. Dia menutup mata, pening apabila yang di rancangnya tak menjadi. Pen yang berada di tangannya di humban ke lantai, tak cukup dengan tu file berdekatan jugak sama menjadi mangsa balingannya. Marah. Kenapa kau susah nak mati Hariz Nasri?
"Datin ikut sama, Datok?". Badri bertanya apabila mereka sudah memasukki restoran. Tangan di angkat memanggil pelayan. Makanan sudah di pesan. Hanya menunggu saja lagi.
"Tak. Dia kenyang katannya." Fikirannya melayang mengingat kisah lamanya. Pertama kali berjumpa dengan Rania di kedai makan apabila ada perlangaran kecil. Kali kedua pula apabila Rania sendiri datang bertemu duga di dalam syarikatnya malah aku sendiri menerimanya sebagai pekerja iaitu menjadi pembantu peribadi. Lama-kelamaan mereka menjadi rapat sehingga aku mengambil keputusan untuk menjadikan isteri kedua.
Belum sempat lagi dia hendak memberitahu isterinya, mereka sudah bertengkar. Entah bagaimana Aina mengetahui lebih awal. Silapnya tak peka dengan status hubungan mereka lebih lanjut.
"Datok makanan dah sampai. Nanti sejuk". Datok Ramli mula sedar dari lamunan panjang. Keadaan menjadi sunyi menikmati makanan masing-masing. Datok Ramli menolak pinggan ke depan.
"Berselera awak makan ri". Datok Ramli bersuara dengan senyum.
"Masakkan kampong, Datok. Itu yang sedap sangat."
"Datok tak makan lagi? ",tanya Badri apabila melihat majikannya hanya menyuap tiga kali suapan sahaja. Tak kena dengan tekaknya kali kot? Sebab Datok sendiri yang menyuruhnya makan di mana saja. Selalunya Datok Ramli makan di tempat restoran mewah.
"Saya tak lapar. Saya pening memikirkan Hariz ni sebenarnya." Datok Ramli meluahkan rasanya. Dengan Badri memang dah selalu dia akan bercerita tentang masalahnya. Senang dan selesa itu dia rasakan setiap kali dia berceritakan kepada Badri yang sudah dia anggapnya sebagai kawan.
"Saya tak tahu lagi apa lagi nak di buat pada Hariz ni. Memberontak dan tak dengar kata saya. Salah saya jugak" luah Datok Ramli lagi.
"Biasalah Datok. Orang muda belum lagi matang sangat. Itu sebabnya dia tak boleh kawal marahnya. Lama-lama dia faham tu Datok." terang Badri menyisip minumanya kemudian.
Ketiadaan Puan Aina memberi impak besar jugak kepada Datok. Bukan dia saja Hariz jugak sama. Cuma kesan itu sahaja tidak mampu dilihat oleh orang ramai. Dia sendiri jugak tidak tahu status mereka sekarang ini, apa yang dia tahu Puan Aina tiada di sisi mereka.
###
Ok done for today. Jangan ingat aku nak update lepas ni.. masih tunggu lagi views dalam 1k. Then baru sambung macam biasa. Vote jgn lupa. 💋MiaSyaza__
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
Literatura Feminina[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...