"KENAPA CINTA KITA kan berakhir begitu saja haruskah aku pergi tanpa alasan yang kukuh". Arfa bernyannyi kecil. Lagu bahagia x kembali by Danish. Hanya baris lagu itu sahaja yang terpahat dalam kepalanya. Dia memandang kereta milik Datin Rania dan Datok Ramli masih lagi elok terparkir dalam garaj mereka. Lambat mereka berdua pergi hari ni? Nak ajak sarapan sama ke?
Arfa sempat mengilas pandangan ke arah sofa. Dia melihat Badri, pemandu Datok Ramli yang sibuk membelek surat khabar. Jarang dia bertegur sapa dengan pemandu Datok itu. Jika Datok kelambatan dia hanya berpandangan dan bertukar senyuman. Datok Ramli dan Datin Rania tidak kelihatan tingkat bawah ini. Ruang makan pun tak ada. Pelik.
"Bik, Datok dan Datin tengah bersiap ke?",sapa ku apabila ternampak bibik tengah membuat kerja. Aik rajin pulak bibik ni, selalu buat ala kadar aje. Ni mesti ada Datok dan Datin lah ni.
"Datok dan Datin ada di atas. Di bilik Hariz."
"Apa mereka buat kat sana?". Terkejut.
"Mereka dah tahu Hariz sembuh. Bisanya kamu ya enggak beritahu langsung berita pasal ini. Biarin kamu di marahi sama mereka",ucapnya dengan nada angkuh. Aku terkaku sekejap. Hah macam mana mereka tahu?
"Bibik ke yang beritahu?" Bibik seri hanya senyap. Matanya sahaja yang berkelip-kelip. Cuba menyembunyikan pandangannya. Aku bukan nak tuduh, tapi jika ketahuan bibik yang akan perasan kemudian dahulu dari Datok dan Datin. Buat hal lah pulak.
"Kamu di minta naik ke atas"
Arfa mengeluh berat. Arfa meninggalkan dapur segera. Tapi kakinya teragak-agak nak naik. Berat betul hatinya nak naik keatas. Seperti merasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Takut kepada Hariz tak taoi takut kalau dia kena pecat serta merta.
Tatkala kaki Arfa berhenti depan pintu Hariz, Arfa mula rasa gementar. Berfikit secara terbuka, semuanya akan baik-baik saja. Payah jugak nak simpan rahsia ni. Kecoh pulak bibik tu, rasa nak hempuk aje kepala dia tu. Buka saja pintu..
"Ha Doktor datang pun. Memang kami dah lama tunggu. Masuklah" Berderau darah Arfa ketika Dato kata begitu. Nampak gayanya kedatangannya ditunggu-tunggu. Nak cakap apa ni? Nak ucap terima sebab Hariz sembuh atau nak marah sebab rahsiakan. Garu kepala aku buatnya. Hariz pulak duduk selamba aje.
"Dah lama ke Hariz ni sembuh?", tanya Datok setelah masuk. Aku diam tak tahu nak jawap apa. Aku cuba mencari Hariz mana tahu dia nak bagi signal ke apa. Tapi langsung tak ada respon darinya.
"Datok dah sarapan?",tanya ku buat perihatin. Nak lari tak dapat baik lari dari jawapkan?
"Apa awak jawap ni. Saya tanya lain awak jawap lain pulak" Datok Ramli duduk berpeluk tubuh sambil menyandar di sofa bersebelahan Datin. Datin pulak menggeleng. Sudah sepuluh minit dia di sini, sepuluh minit tu jugak Hariz tak bercakap. Dia menonton TV.
Arfa mendekati Hariz. Dia menggoyangkan bahu lelaki itu beberapa kali. Tolonglah aku Hariz!
"Awak... " Mula Hariz buat tak layan. Tapi bila aku buat banyak kali baru nak sahut.
"Ya." Hariz menjawap.
Datok Ramli pamer wajah terkejut. Datin Rania pula memandang seketika sebelum beralih ke arah lain.
"Anak ayah dah sihat?",soal Datok Ramli tersenyum lebar. Dah lama dah dia tunggu saat ni, dia fikir dia tak akan sempat.
"Dah baik untuk cakap dengan kau" Pantas Arfa hempas bahu Hariz. Mana adab mamat ni? Cakap dengan bapak sendiri pun macam tu.
Hariz terasa akan pukulan tu mula hembus nafas perlahan. Terpaksa. "Sorry Datok.. saya dah sembuh dah pun. Jadi tak payah makan ubat dari Doktor tu. Aku tahu ubat tu dah di tukar", jawapnya kasar pada akhir katanya. Tajam matanya memandang Datok Ramli dan Datin Rania yang pandai berlakon.
"Apa maksud Hariz ni? Doktor mana pulak ni? Bukan selama ni Hariz okey-okey saja makan ubat dari Doktor Hamid tu?",celah Datin Rania terus berdiri. Dia gengam tangan Datok Ramli.
"Betulkan bang?". Datok Ramli mengangguk setuju.
"Doktor Arfa jumpa saya kat bawah",arahnya ingin keluar dari bilik Hariz. Di ikuti jugak dengan Datin. Arfa terduduk lemah. Macam mana ni?
"Hariz apa saya nak jawap ni kalau Datok dan Datin tanya macam-macam nanti ni?" Buntu nak buat apa lagi dah. Rahsia dah terbongkar.
"Jawap aje Arfa. Tapi jangan beritahu dari mana kita dapat klu. Lagi satu jangan cakap pasal ada nak cuba bunuh aku. Faham? " Arfa mengangguk faham.
"Memang bibik tu saja kan nak beritahu diaorang yang awak sembuh. Kenapalah awak ni tak peka kalau bibik tu dapat tahu, kalau tak bolehlah kita bagi amaran", keluh ku. Habis nak repot.
"Memang aku sengaja nak bibik tahu, supaya mereka dapat tahu. Well our goals can only be reached through a bad of a plan at first. Dapat jugak aku tahu siapa yang panas hati tadi". Hariz memalingkan badanya menghadap aku.
"Siapa? Datok ke Datin?"
"Bukan kau kena turun ke?"
"Nak turun lah ni. Bagi tahulah dulu, "
"Eh nanti je". Arfa mula berdiri. Nafas. ditarik sedalam mungkin. Sempat mulutnya mencebik kepada Hariz. Sebaik turun ke bawah, melangkah ke arah dapur. Melihat Datok keseorangan. Tiada kalibat Datin.
"Duduk Arfa",arahnya. Pantas Arfa menarik kerusi dan melabuhkan punggung.
"Datin mana Datok?",tanya ku melihat sekilas sekeliling. Arfa cuba berbual walaupun sudah tahu. Gemuruh tadi masih ada.
"Dia dah pergi pejabat. Ada kerja nak buat katanya." Arfa mengangguk faham. Mungkin Datin Rania banyak buat kerja manakan tak hari ni dia datang lewat tak seperti selalu. Kecoh pagi ni dengan berita Hariz dah sembuh.
"Dah lama ke Hariz sembuh?,tanya Datok Ramli sambil mengunyah nasi goreng di hadapannya.
"Bolehlah lamanya"
"Kenapa awak tak beritahu saya?"
"Hariz yang suruh saya rahsiakan Datok. Saya cuma ikut arahan dia" Arfa menelan air liur. Datok Ramli mengeluh lembut. Memang dia dah agak. Hariz dengan dia fah renggang sejak ianya kawin baru. Dulu dialah tempat lelaki itu meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
"Awak tahu ke apa maksud Hariz mengenai Doktor Hamid tu?" Aku menggeleng cepat tak tahu.
"Saya rasa Hariz perlukan masa untuk dunia luar. Sesuaikan diri dengan orang sekeliling. " Aku mengangguk setuju.
"Tapi sedikit sebanyak awak datang mengubah Hariz. Saya terhutang budi kat awak". Arfa tersenyum lebar. Lega mendengar apa yang dikatakan oleh Datok Ramli. Semuanya usahanya selama ini berbaloi jugak.
####
Done. Vote.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...