"Dah siap? Lah pakai macam ni je?",tanya ku dengan riak tidak percaya. Punyalah aku lama tunggu semata-mata tak nak bibik terbangun dari tidur. Waktu macam ni memang dia akan buat tahi mata.
Hariz memandang tubuh sendiri. Kedua-dua tanganya dimasukkan dalam poket. T-shirt warna putih dipadankan lagi dengan jean rapped.
"Habis kau nak aku pakai apa? Pakai kot macam bapak aku pakai ke pejabat? Atau baju melayu dengan songket bagai"
Panas telinga Arfa mendengar protes Hariz yang dari tadi. Dari mula lagi dia enggan mahu ikut atau keluar dari bilik ini. Aku tahu ia susah sebab masih lagi takut tentang tanggapan orang ramai kepadanya nanti.
"Hah kalau awak berani pakailah, nak jugak tengok awak pakai", kataku bersahaja. Berkelip-kelip matanya melihat wanita ini lancang berkata. Selembutnya tak tahu pulak dia ni terselit kasar.
"Tak berani ke?", provoke ku masih berdiri hadapannya. Jam dah banyak kali ku jeling, masa itu emas. Perlukan masa waktu ni, Doktor Eva pun hari ni memang dah khaskan masanya dengan Hariz sebab nak discuss.
"Dahlah malas aku nak keluar. Kau je pergi seorang"
"Alah awak saya main-main pun. Tak payah nak ambil serius", pujuk ku agar dia berlembut hati. Tertekan betul. Waktu macam ni jugak nak buat hal. Bukan senang Doktor Eva tu memberi masa untuknya.
"Tak apasal aku kena jumpa doktor tu? Kau tak boleh ke?"
"Sebab saya kena berkerjasama dengan dia dalam hal ubat-ubat awak semua ni. Jom ah?"
"Emm..", jawapnya dengan malas.
Turun dari tangga rumah, Arfa menegakkan lehernya. Meninjau dan melihat kalibat bibik seri. Doanya tidak lari dari mulut agar selamat keluar rumah tanpa di sedari dari bibik. Selamat jugak dari tidak mengagalkan misi mereka.
"Awak tunggu sini sekejap", arah ku supaya tidak berjalan terus. Hariz hanya menganguk.
Setapak demi setapak berjalan. Mata ligat melihat dan mencari kalibat bibik. Dia menuju sofa di ruang tamu, tempat selalu dia lepak. Apabila kaki menghampiri sofa, bibik seri terlentang dengan tangan masih memegang alat kawalan. Sempat dia menggoyangkan kaki bibik seri agar benar-benar lena sebelum kakinya kembali ke tangga dan keluar semula.
"Cepat turun sebelum bibik bangun, susah nanti kita". Lengannya ku heret ikut sama supaya mempercepatkan langkah.
Dia berjalan hadapan. Hariz mengikut rapat dari belakang. Selesai mengunci pintu rumah lalu di keluarkan kunci kereta pulak.
"Masuklah", ujarku kepada Hariz yang masih lagi tercegat depan kereta ku.
"Class betul kereta kau"
"Hmm.. tengok saya pemakainya lah". Mata ku jeling lihatnya sambil kening terangkat beberapa kali. Aku lanjutkan pemanduan ku menuju ke destinasi seterusnya.
Sampai sahaja di sana, dia dan Hariz di hantar penjaga kaunter depan setelah diberitahu ada perjumpaan hari ini. Hariz sepertinya tidak selesa malah hanya menunduk dan kerap main dengan jarinya. Terpaksa aku memimpinnya agar lebih yakin berhadapan dengan orang lain.
"Terima kasih", ucap ku kepada penjaga kaunter itu dengan memberi senyum.
"Ini Hariz. Anak Datok Ramli?", tanya Doktor Eva selepas perempuan itu keluar dari biliknya. Aku menganguk perlahan. Aku dan Hariz mengambil tempat duduk dihadapan Doktor Eva. File yang terletak di atas meja di serahkan kepada aku dan mula membaca dalam kandungannya.
"Seperti yang awak jangka betul-betul sama ke?", soalnya turut mengeluarkan peti ubat. Aku mengambil dan memeriksa lagi kali kedua walaupun ia warna berbeza tapi kandungannya tetap sama. Beerti ubat ini kena ubah dari yang asal.
"Ye sama seperti yang saya fikir jugak". Lepas ni senanglah kerja aku. Hanya cari siapa je yang buat kerja ni semua. Hariz masih lagi dengan halnya tak mahu menyampuk.
"Okey kalau macam tu bagi saya communicate dengan Hariz kejap, Doktor Arfa boleh tunggu luar" Aku berdiri hendak keluar tetapi Hariz jugak turut sama.
"Hariz awak kena stay, saya kat luar je"
"Kalau kau keluar aku pun ikut. Aku tak nak sini", utusnya tidak rela hanya berdua dengan doktor tersebut.
Doktor Eva menganguk memberi isyarat agar Arfa duduk semula tempat asalnya. Dia faham dengan ni, malah semasa bercakap tadi pun Hariz hanya menundukkan pandangannya.
*****
Arfa hanya mengikut belakang Hariz apabila sudah selamat sampai tanpa pengetahuan bibik. Lagipula bibik seri memang masih lagi tidur. Arfa sedikit tidak puas hati dengan perjumpaan mereka tadi, tidak sama apa yang diharapkan. Doktor Eva berkata tidak perlu berjumpa lagi manakan tak Hariz hanya memberi respon angguk dan menggeleng sahaja. Sudah tentulah Doktor Eva tu macam tak nak lagi.
"Awak okey ke Hariz?"
"Umm.." . Sayup-sayup je suaranya.
"Ada apa awak nak cakap ke? Atau saya boleh buat. Nak makan?" Aku masih lagi berdiri di hadapannya manakala dia sudah berbaring sambil menutup mukanya dengan bantal.
"Hmm tak payah"
"Kenapa awak ni sejak tadi senyap je, tak nak share?", ujar Arfa. Dia tetap memaksa lelaki itu untuk memberitahunya. Macam aku paksa dia jugak jumpa doktor psiaktri tu padahal aku boleh je.
"Aku tak nak jumpa doktor tu lagi dah"
"Kenapa pulak?". Tanya ku tak mengerti.
"Aku tak selesa lagipun apa guna kau?" Menusuk ayat tu. Macam aku tak buat kerja je bunyinya. Aku pun bersalah jugak, lepas ni biar ku selesaikan sendiri.
"Maaf, lepas ni memang kau tak jumpa lagi dah". Ye tadi tulah yang pertama dan terakhir. Masih terngiang-ngiang lagi Doktor Eva bercakap Hariz hanya perlukan sokongan moral dari aku sahaja selebihnya hanya therapy.
####
Maaf kalau ada typo.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...