AE 45

8K 300 8
                                    

"LAPAR sangat ke awak ni?", tanya ku pelik. Tak jauh jarak masa makan tadi Hariz mula meminta dia membelikan lagi makanan. Kembung perut nanti kalau nak tambah.

"Laparlah", jawapnya ringkas dan mengusap perutnya.

"Tadi bukan makan ke?"

"Makan tapi tadi tak enjoy sangat makan",jawap bersahaja. Ternganga aku mendengar. Ada jugak ke macam tu.. sama saja pun masuk perut.  Makan pun mesti rasa enjoy ke?  Berkerut dahinya cuba memikirkan lebih.

"Eh peliknya. Habis kalau tak enjoy mana pergi makan tadi. Dalam perut jugak kan?", bidasku malas sebenarnya mahu turun. Pada petang ni selalunya masakan jarang ada, ringan-ringan adalah.

"Haaa aku lapar jugak nak makan. Kalau kau malas baik aku suruh je jururawat kat luar tu",ugutnya mahu tak mahu. Nampak sangat terdesak.

"Ohh.. berani ke?", cabar ku. Nak tengok sendiri reaksi Hariz. Dengan abang-abangnya lagi Hariz masih malu-malu walaupun dah banyak kali jumpa inikan pula orang baru. Hariz mengetap bibir geram.

"Cepattt orang laparr laa",rengeknya meleret seperti kanak-kanak.

"Sekejaplah." Dengan langkah longlai aku terpaksa turun lagi ke kantin membeli makanan. Hariz dah bersorak gembira.

'Perut siapalah dia pakai, dah makan pun masih lapar lagi',gumam Arfa melangkah. Mulutnya asyik mengomel tak puas hati.

Baru sahaja dia selesai, ada seseorang memanggilnya. Pantas saja langkah terhenti dan mencari suara yang memanggilnya.

"Hey ladies, long time no see haa?", tegurnya secara kebetulan hendak membeli makanan. Adik Arif ni makin cantik tapi dia perasaan jalan perempuan depannya ini terjengkang.

"Saya kenal encik ke?", tanya Arfa berkerut. Langsung dia tak cam lelaki yang menegurnya ini.

"Sayalah Amir, kawan abang awak", ujarnya memperkenalkan.

"Siapa?", tanya Arfa bermalasan.

"Alah boyfriend awak yang tolong angkat cornflakes tu"

"Hahh awak!. Ha ye ingat dah", senyumnya senget.

"Ingat pun.. girlfriend saya ni lama tak nampak. Sihat?", tanyanya ramah.

"Saya bukan teman wanita awaklah",bidas ku tak suka. Dah lama jumpa pun masih lagi ayat dia ni. Amir tersenyum suka. Dah lama tak jumpa membuatkan dia makin rindu nak mengusiknya. Kebelakangan ni dia sibuk buat kerja sampai nak jumap Arif sendiri pun tak sempat.

"Hmm I like it. Masih lagi you ni garang", komennya nakal. Geli hatinya. Taklah dia bosan harinya bila setiap hari hadap benda sama. Muak jugak.

"Buat apa kat sini?", tanyanya. Sebab wanita itu bukan pakai kot doktor semestinya melawat seseorang.

"Jaga boyfriend sayalah", jawapnya saja tak memaksudkan pun.

"Wauu sayang dah ada abang masih nak cari lain", kata Arfa tadi disambut dengan gurauan. Terburai ketawa Amir bila dia dah sampai ketahap ni.

"Eee malas nak layan awak ni", balasnya geram hati. Dia dengan Hariz sama saja menyakiti hati. Lantas dia meninggalkan Amir yang masih lagi dengan ketawanya. Jelik dia tengok. Makin miang.

"Lamanya kau beli, beli ke masak", perli Hariz. Arfa malas mahu menjawap, nanti dijawap makin melarat menyakiti hati. Plastik makanan diletakkan atas meja yang berada di hadapannya.

Dia meraba poket seluarnya sebaik merasakan telefon bimbitnya bergetar. Pantas dia mengeluarkan, kecil matanya melihat nombor lain yang tertera bukan huruf.

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now