AE 17

10.9K 499 6
                                    

"Apa rancangan awak lepas ni?"

Hariz berdehem kecil. Ilai ketawanya sudah reda. Dia sudah merencanakan tapi tak tahu berhasil ke tak nanti. Tapi dia kena jugak buat walaupun lama-lama mereka akan syak.

"Belum lagi. Aku nak fikir dulu sebelum beritahu kau". Minuman nya dicapai lalu menyisip.

"Awak dah tahu siapa yang rancang semua ni? Awak tahukan kandungan ubat tu boleh buat awak mati?",terangnya. Hariz mengangguk. 

"Datin". Terkejut Arfa mendengar nama Datin Rania yang terpacul keluar dari mulut Hariz. Melihat Hariz yang tak endah utu membuatkan dia ragu-ragu. 

"Betul-betullah jawap",desak ku. Masih tak percaya.

"Betul. Tak percaya sudah". Arfa pandang muka Hariz sungguh mencari wajah seriusnya. Tak ada tapi dia nampak keyakinan Hariz. 

"Apa yang membuat awak terfikir Datin Rania yang rancang semua ni?",nafi Arfa. Bukan tak percaya tapi tuduh tanpa bukti tu penting.  Kalau agak-agak pun baik tak payah. 

"Selama ni semua ubat-ubat datang dari dia, samada melalui doktor atau jururawat.Faham?" Aku mengaru kepala. Tak mengerti putar belit. 

"Tak. Maksud awak?"

"Macam ni ubat tu dia dapatkan dari seseorang, lepastu dia serahkan kepada orang yang rawat aku untuk beri aku makan hinggalah kau buat kajian tentang isi kandungan ubat tu". Aku hanya mengangguk.

"Macam mana kalau dia cuba bunuh awak dengan tikam?" Terus saja Arfa mendapat jelingan tajam dari Hariz. 

"Mulut kau memang celupar kan?" Kalau mati buar dia dapat tahu dulu semuanya. Tak sesenang tu dia nak buat. 

"Tak saya cakap cuba kan belum lagi"

"Kalau dia bunuh aku,maknanya dia berjayalah. Dia dah dapat apa yang dia nak". Hariz tersenyum nipis. 

"Jangan main-main Hariz. Awak fikir ni benda mainan ke? Nyawa awak tu, kenapa nak sangat mati ke ha?!" Suara Arfa meninggi lantas saja memudarkan senyum Hariz. 

"Habis kau nak aku buat apa? Nak lapor polis tanpa bukti.  Macam tu?", jawap Hariz menasabah. Terdiam jugak Arfa buatnya.

"Orang yang rawat awak?"

"Beri keterangan bahawa ubat tu salah. Tentu tak"

"Tapi kita boleh bagikan isi kandungan ubat tu."

"Tak cukup, ubat tu belum kukuh lagi nak jadikan bahan bukti. Kena cari lagi",sungguhnya. Arfa membisu lagi. 

"Kau fikir aku takut ke kalau ada orang nak bunuh aku. Tak tapi aku mesti berhadapan walaupun berisiko. Aku tak nak dia terlepas dari disabit kesalahan. Itu pasti",ujar Hariz tanpa ragu.

MALAM itu, Arfa terperuk di dalam bilik. Dia meniarap di atas katil sambil membaca novel. Sudah dua tiga kali novel itu dibacanya sampai dia ingat jalan ceritanya. Hilang moodnya nak baca apabila teringat Hariz mengesyaki Datin Rania. 

Macam mana boleh wanita lembut tu berniat jahat. Selama ni dia pura-pura baiklah, kalau betul dialah pelakon yang terbaik.

Daripada posisi meniarap, Arfa terlentang di atas katil. Matanya tertumpu diatas siling. Aku sebagai doktor kena tolong Hariz, namun aku jugak orang kepercayaannya. Ia nampak seperti drama sinetron pulak aku rasa. Ialah bersepah dah cerita ni kat TV cuma jalan cerita lain-lain tapi tujuan sama.

Arfa mengubah posisi kali ni dia bangun duduk bersila di hujung katil. Dia mengambil bantal lalu di peluk. Fikirannya melayang sebentar...

"Awak rasa bibik tu macam mana?"

"Macam mana apa?,wajahnya bingung. Tak mengerti. 

"Manalah tahu dia pun terlibat dalam hal awak ni",agak-agak ku.  Bukan boleh percaya sangat bibik tu, entah-entah tengah spy kita orang tak?

"Tak mustahil, siapa tahu?",katanya mengangkut bahu sambil menjuihkan mulutnya. 

"Jauh termenung, dah sampai mana? Singapore?". Suara Arif mengejutkan Arfa lantas Arfa berpaling ke arah pintunya. Kelihatan abangnya berdiri berpeluk tubuh di muka pintu. Sejak bila Arif berdiri di sana, dia tak sedar pun. Tahu-tahu saja dia sudah buka pintunya. 

"Kenapa tak ketuk pintu Esha?",tegurku. Aku masih belum bergerak dari posisi tadi. Arif berjalan masuk ke dalam bilik dan duduk di hujung katil bersebelahan dengan Arfa. 

"Dia yang termenung jauh, mana nak perasan". Arfa tersengih. 

"Mengelamun pasal apa tadi?",tanya abang long masih lagi mahu tahu.

"Tak ada apa, pasal kerja je pun. Kecik punya hal lah",tunjukku dengan jari.

"Yalah tu",perlinya.

"Kata ibu Esha awal balik, awal masuk tidur lepas makan. Selalu lepak-lepak jap sebelum tidur.  Dah ni kenapa?" Lepas makan memang Arfa masuk awal, terperuk dalam bilik. Memandangkan Arfa uzur,dia tidak menunaikan sembahyang berjemaah tadi.

"Penatlah tapi mata tak mengantuk lagi. Mood baca is on",kataku ketap gigi. Tangan Arfa di tarik lembut. Tangan gadia itu dipicit perlahan. Aku hanya membiarkan. 

"Kerja apa yang tak penat ha". Arif menggeleng perlahan. Arfa hanya membiarkan gelagat abangnya yang mengurut lengan hingga bahunya. Inilah krakter abangnya yang buat dia tambah sayang, lembut dan perihatin lebih berlainan pulak dengan abang keduanya. Sedikit kasar tapi kasar-kasarnya diluar tapi baik hati. Dua-dua aku sayang.

"Abang long kalau Esha tanya kena jawap eyh. Jangan nak dalih". Aku mengerakkan bahu belah kiri untuk memberi dia urut pulak.

"Aipp.. nak tanya apa?"

"Bila abang nak kawin?",tanya ku melulu. Dah lama nak tanya baru hari ni berkesempatan nak tanya.  Memang aku teringin nak ada kakak ipar lagi-lagi anak buah comey-comey. Jelas jugak tengok orang lain kendong anak tak ada anak, anak buah pun jadilah. Haha.

Arif sudah berhenti dari menggurut. "Ni yang abang malas ni. Sibuk nak cerita pasal jodoh abang pulak"

"Cakap sikit sentap. Abang tu dah tua,dah layak pun jadi bapak orang. Hati kertas betul abang long ni".Arfa memerli. 

Laju saja tangan Arif mendarat mencubit lengan adiknya. Nak bagi perisa sikit. Baru padan muka tu, ingat cari jodoh ni macam beli tiket wayang agaknya. 

"Aww.. sakit! ",aduku mengosok tempat cubitan tadi. Kuat jugak abang ni buat. Arif ketawa sambil bercekak pinggang.

"Haa padan muka",jelirnya lidah kepada ku. Pantas saja dia keluar dari bilik Arfa. Macam budak-budak abang longnya ni. Nampak sangat nak mengelak. 

"Abang longg!",bentak ku tak puas hati. Tak lah kuat suara sangat cuma boleh di dengar oleh Arif. Ketawanya kedengaran dari hujung sana. 

#####

Vote. Komen. Daaa! Maaf kalau ada typo








© Arfa Eshal Where stories live. Discover now