"ESHA.. TAK BANGUN pergi kerja ke?". Pintunya di ketuk dari luar beberapa kali oleh Puan Aina. Sewaktu jam begini Esha akan bangun sendiri bersiap tapi hari lambat bangun ke?
"Tak bu..",laung ku dengan mata masih tertutup. Matanya masih mengantuk sebab akhir tidur sibuk memikirkan Hariz.
Setelah mendengar jawapan anaknya terus saja dia berhenti mengetuk dan membiarkan. Bergerak turun ke dapur menyediakan sarapan buat anaknya yang lain.
"Kenapa Esha tak kerja bu?",tanya Arif menyisip kopi ke mulutnya. Sebelah tangannya lagi sibuk pegang handphone.
"Entah. Esha tak cakap apa-apa pun. Cuti kot?",katanya meneka. Tepung digoncang supaya sebati dan udang di masukkan sekali.
"Hmm.. okeylah bu. Arif dah nak pergi kerja dah ni",ujarnya berdiri lalu menyalam tangan dengan ibunya.
"Eh tak nak makan dulu. Ibu goreng cucur udang ni"
"Tak payahlah bu. Along nak cepat ni. Bye bu.. ",katanya melangkah keluar.
"Esha, kenapa tak kerja hari ni?". Puan Aina melabuhkan punggung ke kerusi. Pelik dia melihat anaknya yang selalu saja kelihatan di rumah. Selalunya kalau Arif bertolak, Esha akan bersiap sama malah hari ni baru je bangun.
"Esha dah berhenti kerja ibu",jawap Arfa kemudian masuk ke dalam bilik air. Tak sampai lima minit, Arfa keluar selepas mencuci muka dan memberus gigi. Dia duduk bersebelahan dengan ibunya di meja makan.
"Aik kenapa berhenti pulak?"
"Orang yang Esha jaga tu dah sembuh. Jadi Esha berbalik kerja kat tempat lamalah jawapnya". Dia mengambil air milo yang kena tuangkan oleh ibunya baru sebentar ini.
"Dah tu kenapa hari ni tak kerja lagi?",tanya Puan Aina.
"Malaslah bu. Ingat nak mula esok",jelas Arfa sambil menyapu roti paun dengan inti kaya. Cucur udang tak di sentuh langsung sebab dia tak gemar sangat.
SEMALAMAN HARIZ NASRI berjaga. Dia masih belum bergerak dari duduk di atas sofa. Meja kopi penuh dengan makanan ringan seperti snek, gula-gula termasuklah aiskrim yang sudah cair. Tapi satu pun tidak di sentuhnya, tiada selera makan. Ingatkan dia boleh hilangkan stressnya seperti mana Arfa pernah katakan dulu.
Hariz menundukkan kepala dan bermain dengan kertas yang di tinggalkan oleh Arfa sendiri.
"Hariz! Kenapa awak sepahkan atas meja ni?"
Hariz memalingkan wajahnya. Mencari di mana suara itu datangnya. Tiada siapa yang berada di sisinya. Matanya meninjau keadaan bilik. Dari mana datang suara tu? Seperti suara Arfa. Hariz menggeleng kepalanya. Bayangan Arfaasih lagi dalam fikirannya. Malah suaranya selalu saja membayangkan suara Arfa. Parah ni!
Jam dilihat yang menunjukkan enam pagi. Tak sedar masa berlalu begitu cepat. Patutlah matanya berat menggunung sudah tunggu nak tutup saja lagi. Buat kali terakhir dia membelek nota dari Arfa lagi sebelum dia nak lelapkan mata.
Maaf Hariz, saya tak bermaksud nak marah awak. Makan elok-elok dan jangan nak escape makan. Awaklah lelaki yang tabah saya pernah jumpa, semoga awak tak buat apa-apa yang awak menyesal. Stay Handsome❤
Hariz tersenyum kecil apabila Arfa buat bentuk hati. Nampak kanak-kanak pulak. Ada sambungan lagi dibelakang kertas. Hariz menterbalik sebelah lagi untuk sambungan memandangkan kertas ni besar tapi muatannya tak mencukupi kerana tulisan Arfa besar macam anak gajah.
Memandangkan saya ni kirakan penjaga awak yang baik hati saya tinggalkan nombor telefon saya. Nanti-nanti boleh je mintak tolong kat saya. Inshaallah saya boleh bantu- Arfa :)
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...