AE 31

8.3K 384 2
                                    

SUDAH SEMINGGU LEBIH Hariz  terperuk dalam bilik. Selama itu jugaklah pintunya tak berhenti di ketuk dari mereka terutamanya Datok Ramli. Makan dan minum yang bibik hantar aku ambil tapi tak makan takut ada orang yang letak racun. Siapa tahu? Lapar tu memanglah ada tapi nasib baik air mineral dan stok makanan ringan. Arfa yang suka makan dan beli banyak-banyak. Ada gunanya jugak kat aku.

Semalam Doktor Hamid datang melawat dengan arahan Datin Rania. Dia menjenguk keadaan Hariz dan memberi ubat seperti biasa. Nasib baik tak ada orang yang memantau pemakanannya. Bibik seri tahu letak je dalam dulang. Ada masanya aku ambil bagi mengaburi orang lain bahawa aku makan ubat tersebut. Toilet lah yang tukang makan ubat tu sebenarnya. 

Hari ni dia bersiap hendak keluar berjumpa Arfa. Dia nak berbincang secara bersemuka lebih baik dari pakai telefon. Lagipula aku tidak mahu orang tahu. Semalam dia sudah berhubung dengan gadis itu. Berjanji mahu berjumpa hari ini. Hariz berdiri depan cermin, muka nampak cangkung tak di hiraukan. Rambut disisir rapi.

Pintu bilik dibuka, Hariz nampak dulang makanan serta ubat. Ubat diambil lalu di letak dalam kocek seluarnya. Kakinya laju melangkah ke tingkat bawah. 

"Tuan Hariz mahu pergi mana?",tanya bibik seri sebaik sahaja ternampak Hariz yang menuruni tangga. Seminggu dalam bilik,  hari ni baru kelihatan. Tuan Hariz sudah sembuh semula?

"Jangan sibuklah" Dia berjalan pantas ke hadapan. Bibik seri memgekorinya dari belakang. 

"Pergi mana Tuan? Nanti aku dimarahi oleh Datok dan Datin".

"Ambil angin". Kunci kereta di ambil yang berada dalam koceknya. 

"Jawap beneran dong.. Ambil angin di mana?", tanya Bibik seri tak putus asa. Hariz memandang tajam ke arah bibik. Kasut dalam rak di pakai dengan cermat. 

"Kalau diorang tanya jawap aku ambil angin dekat pantai. Faham?". Hariz keluar dan masuk dalam kereta. Kemudian beredar dengan membawa kereta Audinya. Bibik seri masih berdiri tepi pintu mengaru kepala. Tidak tahu mahu menjawap apa jika majikannya bertanya tentang Hariz. 





"Arfa nak pergi mana tu?", tanya Suriah yang baru sahaja keluar  lift manakala dia pulak baru nak masuk. Kelihatan perempuan itu bersiapa nak keluar.

"Lupa nak bagi tahu. Hari ni Arfa mintak balik awal sikit,  ada urusan nak buat",ujar ku sempat memberitahu. Lupa nak beritahu Suriah mungkin dia nak ajak makanlah tu kalau dah jam menunjukkan satu petang. 

"Kalau orang tanya Arfa, cakap Arfa sakit perut ke pening apa-apa jelah eyh kak.  Jangan lupa",kata ku tak menyempat. Janji jumpa dengan Hariz pukul dua belas tapi ni dah pukul satu. Terlupa. Adumakk!

"Lainnya awak saya tengok sekarang. Bukan macam yang awal",kata ku memulakan perbualan. Lelaki itu nampak segak dengan baju kemeja dan berseluar slek nampak orang kerja kat pejabat pulak. 

"Lama kau tengok aku. Apasal rindu aku eyh.. "

Pantas Arfa melarikan pandangan di luar tingkap. Perasan pulak lelaki ini aku memerhatikan dirinya.

"Choiii..  tak rindu langsung. Saya tengok awak sekarang okey je".

"Okey je? Bukan handsome? " Hariz tersenyum lebar. Suka dia mengusiknya. Arfa menarik muka. Perasan mamat ni. Tapi memang handsome pun. Eipp..  aku kenapa aku puji dia nih? 

"Kau dah kerja ke sekarang?", tanya Hariz hanya berbasi-basi sebelum mereka masuk bahagian serius. 

"Dah, kat tempat kerja lama saya". Suasana diam seketika.

"Lepas ni awak nak buat apa?"

"Balik rumahlah. Aku bukan nak jalan-jalan sangat".

"Tak maksud saya,  dengan Datin. Apa awak nak buat?  Manalah tahu saya boleh tolong". Arfa duduk berpeluk tubuh memerhatikan Hariz yang tengah makan. Nampak sangat dia lapar hinggakan makanannya turut di pintannya. Dia tak kisah pun, bukan dia datang saja-saja nak makan. Ia lebih kepada hal Hariz. 

"Aku nak cari bukti kukuh untuk masukkan dia dalam penjara. Lepas settle tu aku nak cari mama aku. Sebelum tu surat pengesahan kesihatan aku kau simpan, yang salinan bagi dekat aku". Hariz kata dengan serius. Dia pun masih lagi buntu tak tahu apa lagi nak buat. 

"Okey saya faham"

"Hariz..  kalau saya tanya awak jangan marah eyh," ujar Arfa secara perlahan. Takut soalan yang keluar dari mulutnya nanti membuatkan Hariz tak suka nanti.

"Pernah ke aku marah kau?," tanya Hariz berbalik kepada soalan. Sisa dalam pinggan sebaik mungkin di habiskan. Alhamdullilah,  kenyangnya sampai kembung perut buatnya. 

"Tanya jelah"

"Emm takpelah nanti saja saya tanya. Awak makanlah lagi," kata ku dengan senyum senget. Tak sampai hati nak tanya. Pada petang itu kami lebih banyak bercakap berkisarkan tentangnya sepanjang ketiadaan Arfa menjaganya. 

###
Maaf sikit je. Ok dlm bab ni nmpk serabut sbb aku lebihkan cerita pada prtenghan bab. Idea bagi bab lebih ada isilh tu maksud sy. Ok daaa!  sja pub awl. 



© Arfa Eshal Where stories live. Discover now