"Biar saya jelah yang bayar Hariz. Seganlah saya kalau awak macam ni. Macam saya sendiri nak ambil kesempatan kat awak," runggut ku dalam keadaan tak berapa selesa. Ialah siapa saja yang tahan kalau dari tadi lagi asyik Hariz yang bayar. Jatuh miskin nanti dia ni kalau nak bayar je.
"Apa pulak? Kalau kau nak ambil kesempatan kat aku sekalipun dari awal lagi kau dah banyak ambil barang. Ni tak tunggu aku suruh baru nak ambil beli. Jangan risaulah, ambik je yang kau suka"
Mereka terus pergi kedai souvenirs selepas makan tengah hari. Masuk ke kedailah dulu panas-panas ni mana sesuai nak jalan jauh. Hariz hanya berjalan lengang tak beli apa-apa, nak tolong bawa barang Arfa pun dia buat tak tahu. Nasib kau lah!
"Ada lagi yang kau nak beli lagi ke?," tanya Hariz apabila melihat Arfa berhenti di kawasan kedai bermacam keychain.
"Cantiklah," komen ku terah keychain yang berbentuk
"Belilah kalau nak"
"Tak jadilah," Arfa mula meneruskan jalannya meninggalkan Hariz masih belakang. Tanpa Arfa sedar Hariz membelinya secara senyap. Dengan langkah besar dia mengejar Arfa yang sudah jauh ke depan.
"Lepas ni nak pergi pantai nak tak?" Hariz bertanya apabila berjalan seiringan.
"Hmm boleh jugak. Tapi barang ni macam mana?", tanyanya dengan mengangkat ke atas.
"Naik ke atas dan letak. I'll wait you here", arah Hariz duduk di sofa ketika sampai di lobi. Tanpa banyak dalih, dia pun naik dalam masa sepuluh minit saja Arfa munculkan diri.
"Dah jom"
Arfa mengajak Hariz menikmati pandangan tepi pantai. Hariz menurut. Mereka berjalan beriringan seperti merpati sejoli. Walaupun tak berpimpinan tangan tapi dari segi paras ketinggian yang membuatkan mereka nampak seperti pasangan sesuai.
"Cantikkan permandangan kat sini?" kata Arfa.
Dia duduk di atas pasir putih tanpa alas. Hariz duduk disebelahnya. Mengangguk tidak mengiakan pun bukan. Tumpuan pada hadapan. Angin sepoi mendamaikan lagi suasana.
"Awak dengar tak saya cakap ni?"
"Dengar. Dah tahu nak cakap lagi", balasnya selamba. Arfa hanya menjeling sekilas. Malas. Orang nak ajak berbual pun sombong.
"Kalau petang-petang macam ni memang sesuai kalau minum air kelapa. Sedap jugak ni. Awak baik tak Hariz?" suaranya setelah beberapa minit berdiam. Arfa masih lagi duduk cuma tangannya tak pandai duduk diam dari mengukir perbagai bentuk menggunakan kayu ranting di permukaan pasir.
"Apa kena mengenanya dengan aku baik ke tak?" Hariz mengangkat kening. Pandanganya di halakan ke arah Arfa yang sibuk main pasir.
"Tak adalah. Kalau awak baik boleh tak belikan air kelapa? Hauslah", ujar Arfa. Dia memandang deretan gerai kecil yang terdapat berjual air kelapa.
"Kat mana?"
"Tu gerai kat sebelah parkir tu ada. Kalau tak ada awak panjat aje pokok kelapa tu" Arfa memandang pokok kelapa yang ada berhampiran mereka. Ambil aje kalau tak ada berpenghuni. Nanti tunggu lama-lama jadi kelapa tua tak ada airnya.
"Kau ingat aku beruk?" Arfa berkerut kemudian ketawa perlahan tak terfikir dia kalau Hariz panjat pokok. Lalu Hariz pergi membeli dengan meninggalkan Arfa keseorangan di situ. Dalam beberapa minit sahaja Hariz kembali dengan 2 biji kelapa yang sudah di kupas serta straws.
"Nah," ucap Hariz menghulurkan kelapa kepadanya.
" Terima kasih" Arfa mengambil kelapa yang diberikan.
"Umm" Hariz duduk di atas pasir. Dia terus mencicip minuman.
"Bestkan bunyi ombak yang menghempas pantai. Tenang dan damai,"kata Arfa perlahan. Angin menampar lembut pipinya di nikmati sepuasnya sebab lepas ni pasti mereka sibuk sesama sendiri. Tudungnya pun tak tahu nampak elok ke tak?
"Nak-nak kalau ada insan yang kita sayang kat sebelah," sambung Hariz dengan tersirat makna secara suara perlahan. Seolah-olah berbisik.
"Hah apa dia?," soal ku tak dapat menangkap katanya.
"Tak ada apa-apa". Aku mengangguk faham. Hendak di tanya banyak bunyi nanti lelaki ni. Bukan boleh jangka. Masing-masing tenggelam dalam lamunan. Menghayati keindahan alam yang terbentang luas. Lamunan mereka terhenti bila hujan tiba-tiba turun tanpa di undang. Mencurah-curah membasahi bumi.
Hariz dan Arfa terperangkap dalam hujan yang semakin lebat. Mereka berdua kebasahan. Sedangkan tadi elok saja cuaca angin bertiup kini hujan pula tiba datang. Mereka terpaksa meredah hujan yang semakin lebat. Bukan mereka berdua sahaja pengunjung di sana jugak mereka mencari tempat berteduh.
Apabila sampai di ruang lobi, Hariz berhenti sekejap lalu menyerahkan bajunya. Kini dia hanya memakai singlet putih.
"Apa awak buat ni Hariz?," kata Arfa dengan suara sebal. Sejuk macam ni pun bagi sweet, dah nak sampai dah sampai pun.
"Nah pakai baju ni. Aku bukan nak tunjuk gentle. Anak baju kau nampak kang tak pasal aku sekali dapat dosa free," ujarnya selamba. Hariz perasan baju yang dipakai Arfa jarang dan melekat kat badan menampakkan lagi susuk tubuh langsingnya. Hariz tak boleh pandang lagi dah sebab dua tiga kali mata nakalnya menerjah pandangan ke arah Arfa. Normal kot?
Arfa termalu sendiri. Salahnya jugak pakai baju ni, sebab cuaca panaslah dia pakai baju nipis ni. Arfa menyarung baju basah Hariz ke badannya, menutupi bajunya yang jarang.
"Lain kali jangan pakai baju macam ni, "pesan Hariz. Arfa mengangguk menunduk malu hendak menoleh malunya masih lagi menebal. Tak pernah lagi dia di tegur secara langsung. Akhirnya mereka sampai di bilik masing-masing dan membersihkan diri.
Arfa merebahkan badannya di atas katil yang empuk. Badannya letih dari seharian berjalan ditambah lagi hijan lebat tadi. Macam demam saja lagaknya. Matanya pula terasa mengantuk sementara perutnya berkeroncang kelaparan. Kali terakhir makan pun sejak sarapan, masanya lebih banyak ke arah shopping. Arfa mengambil telefon, menghantar pesanan ringkas kepada Hariz yang berada di sebelah biliknya.
Laparlah. Awak tak lapar ke?-Arfa
Laparlah jugak. Jom keluar makan - Hariz
Okay jap- ArfaArfa meletakkan telefon bimbitnya. Kemudian dia memakai anak tudung serta hoodie dikepala di pakai. Lip balm diculit tepi bibir agar tak nampak pucat. Tidak lama kemudian pintu biliknya di ketuk, maklumlah sebelah aje tu yang sekejap.
"Kita makan dalam resort jelah. Hujan kat luar, " Arfa memberikan cadangan.
"Makan kat luar best boleh order apa saja. Makan pedas-pedas waktu sejuk ni boleh tahan ni"
"Malaslah. Tengoklah cara saya berpakaian. Ada nampak sesuai nak pergi jauh?," ujarnya lagi berharap Hariz bersetuju dengannya.
"Ni dah lebih baik dari yang tadi," balas Hariz bersahaja. Arfa memukul sisi bahu Hariz. Dia mencebik, geram bila Hariz mengungkit hal tadi. Rasa malunya menggunung bila di ingat semula. Hariz ketawa kemudian diacahnya hendak merangkul bahu Arfa tapi Arfa terlebih dahulu beredar ke depan.
####
Ok ni last. Gatal tangan ni nak update baru. Huhu.
![](https://img.wattpad.com/cover/144715206-288-k681280.jpg)
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...