AE 13

11.4K 534 4
                                    

"Haaa.. nak tahu tu nombor satu kau eh",sakatnya membuatkan aku tersenyum malu. Bawa spoil je nak dengar lebih dia dah menyampuk. Tak jadi nak marah lama-lama.

"Awaklah punya pasal", ujarku masih dalam mood swing sikit. Yang jauh duduk tadi kini beralih berhadapan dengannya tapi jauh sikit jaraknya.

"Aku kena habiskan juga ke kek ni?, soalnya. Terbabas aku nak dengar cerita darinya. Banyak kacaulah dia ni.

"Awak tak makan pun tak pe. Yang penting awak kena habiskan cerita tu awak dulu". Hariz tersenyum nipis kemudian senyumannya makin pudar apabila ingin memulakan ceritanya.

"Masa aku balik dari overseas, banyak perkara yang berlaku. Puncanya pun masih lagi belum aku dapat tahu sepenuhnya. Tapi yang penting ini bermula berpunca dari Datok". Masih segar lagi dalam ingatan ku. Tak percaya dengan apa yang di alaminya.

"Apa dia wak?"

"Banyak bunyi kan kau. Boleh sabar tak", tuduhku masih menguis garpu di pinggan. Banyak bunyi perempuan ni, nak menyebok cepat pula nak response. Tadi marah. Arfa hanya tersenyum sumbing. Tahu akan sikapnya yang tak menyempat nak tanya lagi.

"Datok ada masalah dengan mama.."

"Masalah apa?" Pantas saja pertanyaan tu meluncur terus keluar. Memang bagai nak rak tahu.

"Kau potong cakap aku lagi, betul aku tak sambung cerita lagi. Aku tak main-main ni", ugut Hariz masih tak puas hati dengan gadis ini. Betul-betul menaikkan darahnya saja. Arfa memuncung bibir sakit hati. Orang nak tanya pun tak boleh. Lelaki ni memang macam ni ke?

"Masalahnya ialah mama tak boleh terima Datok nak kawin baru lagi". Arfa tercengang. Terkejut besar dia mendengar kenyataan Hariz Nasri. Maksudnya Datin Rania tu bukan mama Hariz lah.

"Habis Datin Rania..."

"Dia bukan mama aku. Kau tak nampak ke dia tu terlalu muda nak jadi mama aku". Memang betul kata Hariz. Pada hari pertama sudah melihat bahawa Datin Rania nampak muda apatah lagi berganding dengan Datok Ramli sangatlah berbeza umurnya.

"Habis tu mana mama awak?", tanya Arfa terus terang. Tidak mahu ceritanya hanya berhenti di sini sahaja. Hariz bersandar dan menutup mata cuba menyelesakan tempat duduknya.

"Mama aku kat kampung"

"Dia tinggal dengan siapa?", tanya ku.

"Seorang. Senang nak ziarah kubur adik aku katanya lagipun aku tahulah mama aku nak asingkan diri". Hariz ada adik? Kenapa aku tak tahu. Aku masih lagi nak tahu.

"Adik awak meninggal sebab apa?"

"Sebab kena langgar lari", jawapnya pintas. Dia kembali menyentuh kek di hadapannya. Terkedu mendengar cerita Hariz. Simpati akan halnya sebab tulah dia murung tahap ni. Masalah tu menjadi beban kepadanya.

"Adik aku mati sebab aku. Aku biar dia sorang beli kek cheese ni", lirihnya dengan mata berkaca. Hariz menghentakkan pinggan kek tersebut hingga jatuh. Dia kembali menyorok bawah katil semula. Berbalik kepada perangai lamanya.

Dengan waktu genting ini aku bimbang Hariz akan bertindak akan menoreh lagi tangannya.

"Hariz jangan macam ni. Keluar", pujukku. Ini kali pertama aku melihat Hariz dalam keadaan tak stabil.

"Aku puncanya adik aku mati". Perkataan itu yang berulang kali keluar dari mulutnya. Aku menundukkan badan ingin menarik keluar tapi tak sampai.

"Pandang saya Hariz", arah ku cuba memujuk. Kepala separuh masuk dengan itu aku dapat memegang mukanya agar melihat ke dalam mata ku.

"Tengok mata saya", kata ku dengar suara sedikit kuat. Dengam mudah sahaja dia mendengar kata itu bermakna Hariz masih dalam kewarasan.

"Setiap apa yang terjadi sudah tertulis. Oleh sebab tu awak jangan salahkan diri sendiri. Orang meninggal tak akan kembali, kita sebagai hidup kena teruskan. Awak fahamkan Hariz?". Aku masih lagi tak berganjak.

"Mari keluar saya teman awak". Dalam masa lima minit kemudian, Hariz pun keluar dengan muka sedikit kusut.

"Kau nak kemana?", tanyanya apabila aku sudah berdiri hendak menuju ke pintu. Pantas aku menoleh.

"Kejap nak ambil penyapu dan mop, kek tadi jatuh"

"Jangan tinggalkan aku"

"Tak, saya tak. Nak ambil jap", senyum ku arahnya.

*****

Puan Aina sedang menyidai pakaian di luar rumah. Sambil-sambil itu dia berbual dengan jiran sebelah rumah mereka, Mariam. Tajuk mereka tak lari dari bercerita hal anak masing-masing. Tapi hari ni lebih banyak bercerita mengenai Arfa. Katanya Arfa selalu akhir balik, kadang-kala tak menentu.

"Rupanya dia kerja sana, patutlah sejak akhir ni jarang nampak", ujarnya Mariam yang berdiri rapat diantara tembok rumah mereka.

"Kalau dah itu memang tugas dia, saya dah tak boleh halang lagi. Betul tak, Mariam?". Puan Mariam hanya mengangguk-angguk.

"Selalu juga tegur si Arfa tu, tapi tadi pagi belum nampak lagi. Dah kerja ke dia?". Kain batik di betulkan menunggu jawapan.

"Dia ada hal pagi ni katanya"

"Ibu!"

Puan Aina pantas menoleh ke arah pintu rumah. Kelihatan Arif berdiri muka tak siapnya. Dengan tak malunya mukanya menjengah ingin berkata sesuatu. Tapi tak sesuai pulak. Sempat lagi Arif memberi senyum kepada Puan Mariam.

"Aku masuk dulu lah",ucap Puan Aina sebelum hilang bersama dengan anaknya Arif.

"Hah kamu ni kenapa? Tak menyempat nak panggil ibu ni". Kakinya melangkah menuju dapur buat apa yang patut.

"Baju along belum gosok lagi bu.. boleh tak tolong along sebab along dah lambat ni nak pergi kerja", aduku serba salah. Selalu aku yang sendiri buat, tapi semalam lupa lagipun semalam akhir balik.

"Mana baju yang kena gosok tu, mari ibu buat".

"Sayang ibuu..". Terus saja tubuh ibunya didakap perlahan seraya itu memberi ciuman di pipi. Kemudian dengan langkah yang pantas aku mengambil kembali baju serta seluar yang hendak di gosok.

Awal pagi lagi Arfa mendapat panggilan daripada Doktor Eva. Semestinya tentang ubat Hariz. Dia mahu berjumpa dengan kadar segera. Kenapa tak cakap dalam telefon? Penting sangat tu bunyinya.

Setelah memarkir keretanya lalu melangkah masuk ke dalam bilik Doktor Eva, penjaga kaunter depan itu sudah sedia maklum dan hanya memberi senyum manis kepada ku.

Sebelum aku sampai sini aku sudah memaklumkan kepada Datok Ramli bahawa aku akan masuk lambat sikit hari ini dan memberi alasan hal peribadi yang tak dapat dielakkan. Tanpa banyak soal Datok Ramli mengangguk faham, nasib baik dia belum keluar pergi pejabat lagi. Sementara tu aku jugak meminta bibik seri memberi Hariz sarapan bimbang jikalau aku sampai ke tengah hari.

"Ada apa doktor pangil saya pagi ni?", terpaksa aku memulakan dengan pertanyaan apabila dia masih lagi membelek fail di mejanya. Tak mahu termangu-mangu menunggu walaupun jam baru berlalu sepuluh minit.

"Saya nak bincang pasal Hariz". Aku mengangguk. Memang ini dia nak dengar kalau datang kat sini.


Bersambung...








© Arfa Eshal Where stories live. Discover now