DATOK RAMLI leka membuat kertas kerjanya yang telah di bawanya dari pejabat. Leher di gosok perlahan dan membuat regangan. Dia tak sedar jam sudah berlalu ke angka dua belas jam lebih.
Perlahan kakinya melangkah hendak turun ke dapur. Tiba-tiba tekaknya minta di isi. Selalunya Datin Rania yang akan buatkannya tanpa di pinta. Kini tak sebab hubungan mereka belum lagi pulih. Dia sendiri yang menjauhkan diri, dah pujuk pun tetap dengan degilnya.
Saat di tangga terakhir langkahnya terhenti sebaik saja nama Hariz terpacul dari mulut isterinya. Dia mula memasang telinga. Dia tak tahu Rania bercakap tentang apa dan dengan siapa. Dari nada suaranya nampak serius itu yang membuatkan dia mahu mendengar lebih terperinci lagi.
"Kenapa ubat yang kau bagi tu tak berfungsi langsung. Aku tak sabar nak tengok sebab tu aku buat"
Datok Ramli masih lagi berdiri di sebalik tiang. Dahinya berkerut cuba memahami isi bualan isterinya.
"Dah buat tapi dia tak minum tu yang buat aku geram! Habis planned aku. Ciss! ",dengusnya kasar.
Datok Ramli mula memproses setiap tatabicara isterinya yang kelihatan marah dan tak berpuas hati. Entah dengan siapa dia telefon pada waktu jam begini. Kercayaan terhadap Rania makin pudar dan rasa ingin tahu rancangannya menebal di buku hatinya.
Dalam masa lima minit berlalu, Rania sudah menamatkan telefonnya tapi masih lagi berada di sana. Apabila keadaan sudah menjadi sunyi barulah Datok Ramli masuk ke dapur.
Dia membancuh kopi panas memandangkan hujan lebat turun di luar. Dia berpeluk tubuh menunggu air panas mula mendidih. Tidak dia pedulikan pandangan isterinya yang terkejut pada mula dirinya masuk ke dapur. Suasana diam masing-masing tak bersuara. Ego sesama sendiri.
Apabila sudah siap membancuh kakinya naik ke atas bersama cawan dipegangnya. Rania masih lagi duduk bersandar di meja dapur. Buat apa? entah dia sendiri tak ambil peduli buat masa ni.
******
"So.. kaulah Hariz eyh?". Afiz memulakan perbualannya dengan Hariz apabila mereka semua berkumpul di meja makan. Hariz masih lagi dengan segannya. Tak banyak cakap tapi apabila bertemu dengan orang ramah ni hilanglah sikit kot segannya.
"Ye"
"Berapa malam kau kat sini?", tanya Arif pula. Arfa dah melopong. Kakinya mula menendang kaki abangnya memberi isyarat agar abangnya itu tidak bertanya benda yang buat hati Hariz tak senang. Tahulah abangnya jenis berwaspada dengan orang baru tapi mulut tu kenalah jaga. Macam nak menghalau Hariz saja bunyinya. Arif mengangkat kedua keningnya.
"Sehari je, esok dah mula berangkat pergi pun",balas Hariz ringkas dengan senyum nipis. Nak marah bukan soalan sensitif pun. Suasana makan malam kembali senyap khusyuk menikmati makanan.
"Mak cik, esok boleh tak saya bawa Arfa pergi bercuti sama?", tanya Hariz kembali.
"Hahh, kenapa kau nak bawa adik aku pulak? Tak boleh aku tak setuju", sampuknya berhenti menyuap dan matanya ke arah Hariz.
"Long...", panggil ku panjang. Monyok.
"Esha dah tahu kan? Kenapa tak beritau kat along pun", marah Arif. Tak suka adiknya membuat keputusan tanpa pemberitahuannya. Keselamatan Esha adalah utamanya. Lagipun dia anak pertama memang wajar dia kena jaga setiap ahli keluarganya. Walhal Afiz pun tetap dalam jagaannya. Inikan pulak Esha adik perempuan lagilah ketat perhatian darinya.
"Along.. Esha pergi bercuti bukan buat apa-apa pun. Tak payahlah risau",pujukku berlembut. Belum sempat Arif hendak bercakap lagi, ibunya sydah menyampuk.
"Biarlah pergi long.. Tak percaya dengan Esha ka?", Puan Aina cuba membela. Memang dia tahu anak pertamanya akan melenting kalau ada yang tak kena setiap ahli keluarganya.
"Ibu pun tahu.. Along caya tapi dia ni boleh percaya ke kalau tak buat macam-macam kat Esha nanti", jarinya menunjuk ke Hariz.
"Long biar jelah.. kalau kau takut Si Hariz ni buat hal. Kau pergilah ikut sekali banyak bunyilah kau ni long macam bontot ayam",pintas Afiz yang mendengar dari tadi. Nasi di tambah ke dalam pinggan. Makan lagi sedap. Pantas saja abang long memberi jelingan tajam ke arah Afiz.
"Jangan risau aku tak buat apa-apa pun. Kita orang cuti tenangkan diri, kalau aku buat hal pun kau tahu kan mana letaknya rumah aku",jelas Hariz sekian kalinya dengan yakin.
"Aku pegang cakap kau", kata along. Arfa dah berkelip senyumnya melebar.
"Betul ni?". Arif dah menjulingkan mata. Dah tahu masih nak tanya. Ingat senang ke nak bagi green light.
"Nak abang tukar balik ke?", ugutnya sekadar menguji.
"Eh jangan. Esha tahu abang long dah benarkan. Sayang abang betul-betul," bodeknya. Arif malas mahu melayan dia menyambung makan semula. Mereka yang lain hanya diam tak mencelah langsung. Hariz pula sudah menayangkan mukanya dengan sengihan. Kirakan dah settle lah tu.
Arfa menghela nafas panjang. Begnya di letak tepi katil. Dua baru sahaja selesai mengemas barangnya untuk di bawa bercuti. Pendirian abang long sedikit tergugat sehingga aju sendiri di benarkan pergi berdua dengan Hariz. Selalunya payah je lepastu mesti ada syarat iaitu kena bawa salah seorang untuk teman kan.
"Esha dah siap kemas",tanya ibu mengetuk pintu lalu masuk. Pintu di biar buka. Sekejap je nak masuk. Tempat duduk sebelah Arfa di ambil bagi melabuhkan punggung.
"Dah"
"Pergi sana berapa hari?", tanya abang long berdiri di pintu. Dia nak soal selidik terlebih dahulu tapi tak sempat nak tanya banyak. Memang dah agak dah abangnya akan muncul.
"Dalam seminggu macam tu.. ",jawap ku tak pasti. Yang bawa kereta Hariz bukan dirinya. Destinasi percutian mereka pun dia tak tahu lagi. Hariz tak beritahu pun.
"Ingat kalau ada apa-apa, cepat-cepat telefon abang. Faham?", tegasnya.Lagaknya seperti seorang ibu. Ibu elok je, tak pun nampak over sangat. Arfa pantas mengangguk.
"Yang along tak puas hatikan bu.. kenapa sesenang tu je ibu bagi Esha ni pergi?". Matanya tajam melihat Arfa yang sudah siap mengemas. Masih lagi dia tak berpuas hati. Bagaimana ibunya boleh setuju dengan perkara ni.
Arfa hanya duduk diam. Pening kalau macam ni. Dia hanya memasang telinga dan malas mahu menyampuk nanti tak pasal-pasal tak jadi.
"Hariz dah terangkan pun. Dia nak bawa Esha bercuti kat Pulau Tioman. Jadi tak salahkan kalau diorang ni nak rehat-rehat. Kalau along tak puas hati lagi pergilah sama ikut",ujar Puan Aina.
"Tak boleh sebab minggu ni memang banyak patient. Bukan apa tak manis kalau diorang ni pergi sama". Panjang mulut Arfa. Tak habis lagi abang longnya ini nak bersoal siasat. Suruh ikut sama tak nak pulak. Macamlah orang nak buat tak elok.
"Jangan fikir benda yang tak elok. Kalau Hariz nak buat jahat sekalipun kat Esha, dah lama dia buat. Lagipun Hariz beri nombor telefonnya sekali takut ibu tak percaya", terang Puan Aina. Arfa dan Arif senyap.
"Bila dia cakap dengan ibu?", tanya Arfa.
"Tadi lepas makan malam, korang mana nak sedar dah tengok TV"
Jelas terpancar wajah keikhlasan Hariz yang ingin membawa anaknya. Kasihan dia bila memikirkan Hariz yang sudah jelas tak ada kawan selain Arfa. Melalui cerita anaknya pulak, Hariz belum lagi biasa dengan semua keadaan. Jadi dia tak salah dia memberi peluang Hariz lebih mengenal hati budi masing-masing.
###
Maaf kalau bosan. Any typo nanti buat balik. Ok ni last saya update.. will see the next chapter again guys!

ANDA SEDANG MEMBACA
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...