"AKU NAK KAU tunggu dan lihat je",ucapnya dengan senyum sinis. Tak sabar dia nak buat kerja ni tunggu masa sesuai je yang menentukan.
"Kau nak buat apa?". Hamid yang diam tadi kini bersuara. Dari tadi lagi Rania tak habis-habis bercakap tanpa hujung pangkal. Cakap bukan main karang dah buat tak menjadi.
"Biar aku yang tahu". Rania berdiri meninggalkan Doktor Hamid termanggu. Dia pasti kali ni rancangannya berjaya.
Suriah berdiri tepi tiang untuk menunggu Arfa. Terasa lambat betul masa berlalu. Atau dia tak sabar berjumpa dengan Arfa. Malam tadi, Doktor Hamid mengatakan bahawa Arfa akan berkerja semula kat Hospital.
Saat melihat kereta Arfa melalui pandangannya, makin lebar senyumnya. Dia menunggu perempuan itu keluar.
"Hah!" Suriah menyergah.
Terlepas beg tangannya apabila disergah begitu. Beberapa kali mulutnya beristifar. Kepalanya menoleh ke belakang. Kelihatan Suriah sudah mengekek mengetawakannya. Arfa hanya mampu menarik nafas panjang.
"Kak yah ni kan.. Buat apa kat sini?" Dia mengambil begnya yang jatuh.
"Tunggu Arfalah. Datang jugak.. " ,jawap Suriah tersenyum. Ilai ketawanya sudah berhenti.
"Dari mana tahu ni?". Arfa menyambung jalannya dan masuk ke dalam Hospital bersama Suriah. Masuk saja dalam dia di sapa oleh rakan sekerjanya jugak. Mungkin mereka dah tahu kot dia masuk kerja balik hari ni.
"Dari Doktor Hamid lah". Kerusi depan meja ditarik tanpa di suruh. Memang selalu dah dia lepak kat bilik Arfa ni.
"Aik.. saya tak kata kat siapa-siapa pun lagi. Cepat jugak". Arfa memakai kot putihnya yang bergantung. Rindu nak pakai. Kalau kat luar dia tak pakai pun, hanya baju etika kerja biasa je pun.
"Entah, kita tahu pun dari dia je". Arfa hairan. Tapi entahlah malas nak fikir.
"Okeylah akak nak jaga kaunter nanti mengamuk Si syuhada tu, nanti dia cakap aku tak buat kerja nanti", ujar Suriah ingin berdiri. Membiarkan Arfa membuat kerjanya terlebih dahulu.
"Hmm.. ",balas ku. Apabila jam menunjukkan sembilan pagi mulalah ramai pesakit datang untuk minta rawatan. Dia hanya membuat kerja seperti biasa tapi ada jugaklah beberapa orang yang buat dia naik geram.
Dalam masa tu fikirannya melayang memikirkan Hariz. Makan ke belum? Itu menjadi kebimbangannya.
"Uitts.. tak makan lunch lagi?",tanya Suriah menonjolkan kepalanya separuh. Pintu sedia buka luas lagi menyenangkannya tanpa mengetuk.
"Eh dah masuk tengah hari". Tak sedar masa berlalu. Kepala menunduk dari tadi cuba ku regangkan.
"Okey jap, tunggu last report ni lepas tu kita makan",kata Arfa masih giat melakukan tugasnya. Tak sampai lima minit.
"Okey siap. Jom", ajak Arfa membawa purse dan telefonnya. Muka di tilik kejap sebelum bergerak membuntuti langkah Suriah bergerak laju ke depan.
Baru sahaja Arfa melintasi masuk pintu lift, dia terserempak dengan Doktor Syuhada. Dia bertentang mata. Kedua-dua biji matanya memandang Arfa atas dan bawah banyak kali. Macam orang tak puas hati. Tentu mengamati dirinya.
"Hai kak syu tak keluar makan? ",tanya ku berbasi-basi.
"Kau buat apa kat sini?",tanyanya kurang senang.
"Aku fikirlah kau kena buang kerja dari Hospital ni, rupanya belum",tambahnya lagi.
"Cakap baik-baik sikit, Syu",tegur kak Suriah tak suka. Aku pegang bahunya bagi hanya membiarkan sahaja.
"Dahlah malas aku layan korang ni". Syuhada berlalu dengan jelingan kepada kami. Arfa menarik nafas lega.
"Akak tak suka Arfa diam je bila si Syuhada tu cakap bukan-bukan". katanya menyaingi langlah ku. Restoran berdekatan menjadi pilihan kami.
"Biarlah kak. Yang penting dia tak cakap lebih-lebih." Mereka diam seketika memberi peluang pelayan menulisan pesanan kami.
"Hah baguslah tu. Lama-lama kena pijak, tak melawan." Pelayan berlalu pergi.
"Malaslah kak nak cakap benda ni",balasku tak kisah. Kak yah dah menjeling ku. Telefon Arfa berbunyi pantas terhenti cerita meraka sementara. Tertera nombor telefon yang tak dikenali di skrin.
"Helo, Assalamualaikum",ucap Arfa.
"Hello..", ucapnya lagi. Sesaat, dua saat dan lima saat tak ada jawapan.
"Main-main orang ni... ",ujar Arfa bila menjauhkan telefon dari telingannya.
"Eh Arfa",suara hujung sana. Arfa kembali melekapkan telefon ke telingannya semula. Kedengaran jelas namanya dipangil sebentar tadi.
"Siapa ni?"
"Ni akulah". Bulat mata Arfa apabila sudah mengenal pasti pemilik suara itu. Arfa melihat kak yah yang melihatnya jugak. Dia berdiri dan menapak jauh sedikit.
"Kejap kak"
"Hariz.. lama tak dengar khabar. Awak macam mana? Okey? ",tanya ku. Baru je tinggal tiga hari. Arfa berdiri tepi pintu restoran tak jauh dari tempat duduk mereka.
"Macam nak mati.. ",jawap Hariz perlahan.
"Hahh. Apa awak buat kali ni Hariz?!" Tercengang dia apabila Hariz berkata begitu di tambah lagi dengan suara lemahnya. Apa yang Datin dah buat? Tak sampai seminggu kot.
"Rindu kan kau.. ",jawap Hariz. Arfa mengeluh perlahan. Panik dia apabila Hariz cakap begini dengannya.
"Awak okey tak?",tanya Arfa lebih langsung. Tak layan dengan kata rindu Hariz tu.
"Umm.."
"Dah makan?",tanya Arfa lagi.
"Belum"
"Dah pukul dua petang ni. Kenapa awak tak makan lagi? ",bebel ku tak puas hati. Bibik ni tak buat kerjalah ni.
"Aku dah masuk tiga hari tak makan. Aku boleh lagi tahan". Kali ni Arfa lebih terkejut campur tercengang dari yang awal tadi. Aku kalau lapar dah meroyan kut.
"Awak tak kena bagi makan ke sampai tiga hari ni?"Arfa dah memicit dahi. Perangai lama datang balik ke Hariz ni? Risau pun dah ada ni.
"Bagi"
"Dah tu kenapa awak tak makan. Makan tu penting tau, kalau ta.. "
"Eip kau diam dulu. Aku buat macam ni supaya pompuan tu fikir aku murung balik tak keluar makan minum. Ini hanya lakonan aje"
"Jangan risau nanti aku makan",tambahnya lagi. Terkebil-kebil Arfa mendengar. Memang lelaki ini banyak idea nak buat sampai keadaan diri buat jadi lakonan. Lapar-lapar pun otak tetap berjalan. Hahaha.
"So apa awak nak buat kali ni?"
"Kau dah buatkan apa yang aku suruh? ",tanya Hariz. Memang dari awal dah ku buat surat pengesahan yang Hariz baik-baik saja.
"Dah"
Kak yah memanggil ku untuk makan. Mungkin aku tak sedar masa berjalan.
"Kejap nanti malam saya telefon awak balik. Saya tengah kerja ni",ucap ku menamatkan perbualan kami.
"Makan dah sampai. Nanti sejuk, dengan siapa hang dok cakap tu?",tanya Kak yah memcari topik hendak dibualkan.
"Hariz yang saya jaga sebelum ni". Tangan di tadah sebelum menyuap. Makanan tengah hari ni ayam masak cili api dengan gulayan daun ubi.
"Ohh.. "
#####
Done for today. ✌ Tak rasa ke cerita saya agak slow sikit? komen je kalau rasa tak ok.
Saya nk hold kejap je. Sebb nak buat line story ni clear sikit buat2 tu saya buat jugak dlm draft. Btw saya nk achieve reader book ni dlm 1k. So awk2 skalian bolehlh promote kn.. 😊😆
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
Chick-Lit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...