AE 56

7.2K 258 6
                                    

Ni bab prolog saya buat balik n ada sedikit perubahan nama pada ibu kepada Amir. Bukan Puan Sarah.  Meor tu pulak Amir. Saja je saya tukar bila dalam prolog. 

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Before you go, can you do me a favour?", pintanya tiba-tiba.  Permintaan apa lagi dah. Mata ku menjuling keatas. Tak habis lagi dia ni. Aku dah terima ajakkan makan lunch ni pun dah kira okey tau.

"I'm listening.."

"Jom ke rumah saya dulu makan ke buat benda lain ke?", katanya dengan mata masih menghala jalan raya.

"Buat apa?" dahi ku berkerut. Aku rasa tak keruan. Apa hal pulak mengikut lelaki ni.

"Awak jangan main-main. Turun kan saya cepat!", bentak ku laju. Bulu romanya saja sudah naik. Di dalam kepala terbayang perkara yang tidak enak. Jelik muka ku tiba-tiba. 

"Slow down. Chill jelah", jawapnya selamba. Aku terdiam. Bengap kot dia ni. Tak kan aku nak biarkan dia nak nodai aku.

"Apa kau kata chill? Kau jangan..", kataku tersekat-sekat. Tali keledar ku gengam kuat meluah rasa terbuku di hati. Fikiran dah melencong jauh.

"Ringan-ringan je. Belum sampai tangkap basah punyalah", ujarnya. Kata-katanya buat aku bengang. Apa lagi yang dia nak rancang sebenarnya? Aku pandang sekeliling. Kalau aku nak lari tak dapat dah dalam kereta. Panas hati ku bila memikirkan. Kenapa kau lembab Arfa? Kan dah masuk perangkap dia. Dengan senang-senang je aku percaya. Kesal aku.

"Awak dah kenapa? Fikir apa sampai saya panggil pun tak dengar?", tegurnya melihat aku lama. Takut dah menguasai lama.

"Saya tak buat apa-apa lah Arfa",sampuknya tiba-tiba. Dahi aku berkerut. Boleh percaya ke? Getus ku dalam hati.

"Trust me. Aku ajak makan jelah. Ringan-ringan yang saya cakap tu pasal makanan bukan apa-apa pun. Over thinking lah awak ni. Mak saya ada je buat. Membazir je makan kat luar lagi", hujahnya berjela. Aku termalu sendiri sambil mengetuk kepala. Tersengih gigi ku pamerkan kepadanya. 

Keretanya sudah sampai halaman rumahnya. Ternganga aku melihatnya, ianya nampak mewah dan besar. Bukan calang-calang orang ni rumah besar macam ni. Arfa mengikut Meor dari belakang. Dengan harapan semuanya akan baik-baik sahaja. Hishh.. kenapa berdebar ni. Macam nak jumpa mertua je. Ahahak! Perasan.

Arfa terpegun setelah masuk. Woww! Luar rumah dah cantik apatah lagi dalam rumah, double woww! Hiasan dalam kelihatan gah dengan rekaan moden.

"Mama", tegur Meor setelah masuk. Kelihatan wanita berumur lima pulahan yang baru sahaja turun dari tangga. Terus sahaja kedua belah pipinya dicium oleh anaknya.

"Siapa ni Am?", soal Puan Aisyah yang masih melihat ku. Dia tersenyum manis kepada ku. Lawa, bisik hati ku. Nampak muda.

Dipandang gadis dihadapannya ini. Cantik dan manis, pastinya pakai tudung. Gadis ini pertama kali dia melihatnya.

"Mama, kenalkan ini Arfa bakal isteri Am". Ya, aku tersenyum dan mengangguk mengiyakan. Eh wait, whatt??! Aku salah dengar ni.

"Eh tak, tak..", bantahku sambil mencerlung tajam pada Meor.

"Makcik jangan salah faham. Bukan, anak makcik ni gurau-gurau je. Kan Meor?", soal ku padanya  dia tidak serius dan hanya berkata kosong.

"I'm not joking". Katanya menghenyakkan punggungnya ke sofa. Lagaknya tenang macam boleh dibuat main-main.  Aku menahan rasa marah dan sakit hati.

"Mana satu yang betul ni Am? Am kata dia bakal isteri, betul ke?", tanya Puan Aisyah yang masih melihat Arfa dengan senyuman. Kalau betul ni bakal menantu aku setujulah, bisik ku dalam hati.

"Betul ma. Am tak gurau, Am nak kawin dengan perempuan ni", ujarnya sambil menunjuk ke arah ku. Mahu menangis aku macam ni. Sesak nafasnya. Boleh jadi gila melayan lelaki ni.

"Mama terima". Dengan dua patah perkataan itu sahaja buat aku kusut. Mak dia pulak dah.

"Awak dah gila lah", ujarku keluar dari rumah tersebut. Marahnya sudah sampai ke puncak. Menyesal, menyesal!

"Arfa tunggu dulu", kejar Meor dari belakang. Mamanya mengeleng. Macam-macam diorang ni. Tapi kalau aku tak terima sampai ke tua lah aku menunggu anak bujangnya ni kawin. Di capai lengan gadis itu dari menghalang pergi.

Arfa berhenti langkah. Lantas disentap tangannya kasar. Mencerlung matanya tajam memandang Sheikh Meor Amir di bawah panas terik membahang. Sama panas  dengan hatinya.

"Saya bayar awak!", kata Amir tak semena-mena.

"Awak ingat saya apa?! Awak fikir ni benda main-main ke?", bentak Arfa. 

Aisey! Amir menepuk dahinya perlahan. Macam mana dia tersalah cakap ni? 

"Okey maaf, saya tersilap cakap. Tapi saya betul-betul nak kawin dengan awak Arfa. Biar saya yang hilangkan kedukaan awak", ujar Amir tulus. Tak ada niat apa-apa pun semua apa yang dicakapkan bukan kosong semata-mata. 

"Tapi saya tak nak! Jangan ganggu saya lagi", kata Arfa melarikan pandangan matanya, cuba menyembunyikan kolam mata yang berkaca. Awak tak faham, bisikku dalam hati. 

" Tapi saya tetap mahu awak jadi isteri saya!" Kata Amir membuatkan Arfa bengang. 

"Kenapa awak pilih saya? Carilah orang lain", soal Arfa tak puas hati.

"Saja" Selamba saja lelaki itu menjawap. 

"Gila! Abang Arif pun tak akan setuju kalau saya kawin dengan awak. Dah kena sampuk kot awak ni?", auta Arfa. 

"Hahaha. Kalau awak fikir macam tu.. you totally wrong. Sebab abang mana yang akan akan biar adiknya bersedih yang masih dalam kenangan. Lagipun saya dengan Arif dah lama kawanlah", jawap Amir seperti tak logik. Seolah-olah Amir sedang menggugut dirinya. Aku pula yang rasa dia nampak terdesak. 

"Cakap putar belit. Tak payahlah nak hasut abang long saya buat macam-macam. Because you can't take Hariz's position", sembur ku panas hati.

"Senang je. Awak pilih secara baik ke atau secara kasar, sebab sekarang ni saya buat secara baik", ugut Amir lagi. 

"Kalau dari kasar awak sendiri tahu kan? Saya tak malu sebab saya lelaki", tambahnya lagi.

"Awak ni dah gila ke?", Arfa sudah panas satu badan.

Amir hanya ketawa.

"Yes I'm"

####

Hihi again.. ok ni last. Saya akan sambung sepenuhnya bila free gila-gila.  Love yaa😍

Dalam bab ni saya ikut inspired dari Nia_asrita  kirakan kolaborasi. 

Tak tahu dari mana dia dapat dan dia angan akan ada orang ugut dia  ajak kawin katanya. Haha.  Okey saya gurau je. 

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now