AE 43

7.8K 340 4
                                    

"HARIZ macam mana?", tanya ibu sebaik sahaja aku sampai. Aku melabuhkan punggung ke sofa diikuti jugak ibu. 

"Baik. Cuma kaki dan leher dia patah bu. Kesian dia", ucap Arfa dengan muka sayu.

"Kesian, kesian jugak kaki kamu ni tak reti nak jaga", marah ibu. Rupanya anak dara dia ni pergi hospital dari semalam lagi nasib baik bertemankan anaknya sulong. Keluar tu tak pulak reti nak bagitahu melolong je pergi. 

"Ibu ni..  orang kesian tengok dia tak ada orang jaga. Sebab tu lah Esha teman", ujar Arfa menerangkan.  Penat  belum habis lagi hilang ibunya sudah nak membebel panjang. 

"Kenapa takde? Bapa dia pergi mana?"

"Pergi kerja luar lagipun hubungan mereka dingin sikit", kata Arfa membuka sedikit kisah Hariz. Selama ni dia tak cerita kat siapa-siapa pun takut Hariz tak suka. 

"Kenapa?", tanya ibu lagi.

"Ibu..  nanti orang ceta lagi eyh. Orang mengantuk nak rehat", aduku seraya meninggalkan ibu. Secara perlahan-lahan naik tangga. Sempat aku memberikan flying kiss pada ibu. 

"Bertuah punya budak", guman Puan Aina. 

#####

Arfa menggosok matanya. Tangannya cuba mengambil yang berada di sebelah badannya. Kali ini bangunnya tak perlu tergesa-gesa lagi memandangkan Doktor Hamid sendiri sudah menerangkan bahawa dia memang sudah dihantar bekerja dengan Datok Ramli lagi bagi menjaga Hariz. 

Geli hatinya apabila Kak yah seakan merajuk dengannya apabila mengetahui perkara itu. Tapi dia tak boleh elak dah memang kerja ikut telunjuk bos. Kenalah ikut selagi tak menyalahi undang-undang.

Baru sahaja meletakkan telefonnya dan sekelip mata sudah berdering. Pantas dia melihat skrin dan nama terpampang milik Hariz. 

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Kau tak datang jenguk aku ke? Aku boringlah", ujar Hariz sambil menguap panjang.

"Aik mana abang ngah? Kan dia teman awak", tanya ku hairan. Dah orang teman tak kan rasa boring lagi.

"Ada abang kau tidur. Semalam kita orang borak panjang sampai tak sedar jam dah pukul satu pagi", katanya.

"Awak dah biasa ke dengan abang ngah?", tanya Arfa bernada mengusik. Mula banyak pusing tak biasa dengan orang lain selain dirinya. Sekarang Hariz sudah semakin membaik dan mula membiasakan diri dengan orang sekitarnya. 

"Hmm biasa je", jawapnya ringkas. Dengan sikap mudah mesra Afiz kot menjadikan dia dah mula banyak berborak sesama sendiri.

"Baguslah awak dah boleh biasakan diri dengan orang baru. Lepas ni ramailah orang akan tegur awak", jelas Arfa secara psiktrinya. Sebenarnya rasa trauma dan murung ni bersifat sementara,  lagi-lagi kalau orang tu berkehendak besar nak sembuh.  Inshaallah semua boleh.

"Ye terima kasih jadi orang kepercayaan aku selama ni. Tak sia-sia bapa aku bayar kau", jawapnya sarkastik.

"Eleh dulu bukan main sombong tak layan kita. Dah ni kepit-kepit je nak bawak sana sini", gurau Arfa. Terhambur ketawanya bila menggingat kali pertama perjumpaan mereka. 

"Dah ah malas layan kau ni", ucapnya menutup malu.

"Bercakap pasal orang kepercayaan, awak tak rasa ke kemalangan awak di rancang", tanyanya ragu-ragu. Entah kenapa terdetik persoalan itu di ruang kepalanya. Bukan nak menuduh tapi lebih berwaspada. 

"Good question! Nanti aku cerita kalau kau nak tahu. Ada benda yang patut kau tahu",  utus Hariz. 

"Erm okey. Macam creepy je dengar", komen Arfa.

"Tak jugak. Yang penting kau datang aje"

"Ya, ya pukul sepuluh nanti saya datang", kataku kemudian menutup panggilan. 

SEWAKTU dalam perjalanan menuju bilik wad Hariz dia terserempak dengan tiga orang anggota polis yang menuju ke lift. Arfa teruskan saja langkahnya menuju wad. Bukan hal perkara biasa pun kalau polis datang. Mana tahu nak menyiasat ke apa? Ah malas! 

"Hah baru nak sampai", sergah abang ngah apabila aku menjengulkan kepala.

"Hihi Esha singgah tempat kerjalah tadi nak ambik barang sebab Esha dah kena hantar jaga Hariz balik", terangku tak sengaja datang akhir. Lambat dua jam pun bukan tak datang langsung. 

"Ni ada bekal ibu masak. Hariz makanlah sekali, ada lebih ni"

"Barang abang ngah dah ada ni kalau nak tukar baju terus", tambah ku seraya menyerahkan beg. Abang ngah berlalu pergi ke tandas bagi membersihlan diri. Kini tinggallah kami berdua. 

"Ada apa penting sangat nak cakap tu?"

"Kau nampakkan tadi tiga orang polis tu?", soalnya tak masuk akal. Tanya lain, jawap lain.

"Nampaklah kenapa? Perkara biasalah tu kalau pihak polis ada kat hospital", terang ku.

"Tapi kau tak tahu lagi mereka dari mana", hujahnya membuatkan aku lebih berhenti bercakap banyak lagi.

"Maksud awak? Dia datang sini? Dalam wad awak?", tanya ku bertubi-tubi. Macam serius saja gayanya sampai polis pun terlibat.

"Exactly!"

"Ceritalah kenapa pihak polis datang sini", gesa ku mahu tahu.

"Aku dah buat laporan tentang kemalangan tu dan aku jugak suruh puhak polis buat siasatan kepada Doktor Hamid dan Rania"

"Jadi awak rasa kemalangan ni kena rancanglah"

"Yaa brek aku tak berfungsi bila aku nak guna. Pada waktu malam tu jugak ada orang sengaja kejar aku. Kau rasa?"

"Hah kenapa saya lambat tahu pasal hal ni, kata saya ni orang kepercayaan awak",ajuk Arfa tak puas hati. Selalunya Hariz minta pendapat kalau nak buat sesuatu kali ni dia buat sendiri. Rasa macam diri ni tak penting pulak.

"Jangan nak emo sangatlah", tegur Hariz perasan Arfa menundukkan kepala. 

"Dah tu kenapa?", muncung Arfa. 

"Sebab aku tak nak orang yang aku sayang ikut terbeban", ucap Hariz lembut penuh makna. 

"Cia..cia pandai awak buat ayat sweet", seloroh Arfa tak ambik serius. Baginya Hariz cuma menyedapkan hatinya. 

"Aku cakap betullah", nafi Hariz.

"Dah ah malas nak cakap dengan awak", aku berdiri berpeluk tubuh membelakangi Hariz dari merenungnya. Pertama kalinya dia rasa janggal bila berdua. Mana abang ngah ni?

###

Tak rasa lambat ke cerita ni? 



© Arfa Eshal Where stories live. Discover now