AE 9

11.5K 563 0
                                    

Abang long yang memandu mencari tempat letak kereta di Tesco. Seperti biasa, mereka memang selalu membeli-belah di situ. Dah lebih lima kali pusing tak jumpa-jumpa lagi tempat yang sesuai untuk meletak keretanya. Penuh orang harini. Biasalah, hari minggu memang ramai. Semua orang mencari kesempatan untuk membeli-belah bersama keluarga mereka.

Tapi setelah dah masuk mereka akan berpecah dua, sebab mereka tak nak bergabung dengan Arfa dan Puan Aina. Naik pening kalau membeli belah dengan perempuan ni banyak songeh. Harga mahallah, tak banyak kuantit, tak berbaloi dan banyak lagi yang akan keluar dari mulut mereka. Bukan macam lelaki ada duit semuan jalan tak payah banyak fikir.

"Apa kau beli ni? Harum ke?", tanya Afiz kepada Arif. Deodoran yang warna biru dipilih dari warna yang sebelumnya iaitu grey. Dia akan pakai setiap kali hendak ke mana-mana.

"Kau apa tahu. Kau pakai jelah yang warna asal tu. Nanti kau cakap tertukarlah. Haa lepas ni takde lagi dah". Bukan dia tak tahu Arif selalu nak kongsi. Geli lah pakai, tak terjangkit ke tu. Ketiak lain-lain. Mereka memakai deodoran yang sama. Jadi dia nak tukar baru.

"Kau ambil yang mahal ni", bising Afiz.

"Kan aku pakai duit sendiri ni"

"Pakai deodoran jenis roll pun cukuplah tak payah pakai spray"

"Kalau Fiz nak aku boleh bayarkan sekali". Tak mahu memanjangkan bebelan adiknya ini. Mengeleng ku beberapa kali. Ada ketikanya Afiz ni seorang yang kedekut. Lagi-lagi bab penjagaan diri. Eleh.. Nanti dia jugak pakai tu nanti.

Apabila selesai membeli barang mereka sendiri, Arif dan Afiz menghampiri adiknya dan ibu mereka. Nampaknya mereka masih lagi belum banyak menambah barang dapur. Asyik membelek dan memerhatikan barang je.

"Hari ni siapa nak belanja makan", tanya Puan Aina kepada anak-anaknya. Mereka dah keluar dari membeli barang dapur, sekarang ni nak cari food court. Lagipula jam satu petang ni masa yang sesuai mengisi perut.

"Esha boleh"

"Abang long pun"

"Tak apalah biar ibu belanja anak-anak ibu ni. Tadi kan dah bayar barang dapur. Simpan sikit untuk barang-barang keperluan"

"Jangan nak mengada-ngadalah bu. Biar anak ibu ni je belanja semua makan", putus Arif akhir sekali. Mana mungkin membiarkan ibunya mengeluarkan wang lagi untuk mereka. Masing-masing sudah ada kerjaya jadi apa salahnya mengeluarkan wang buat ibunya tersayang.

"Ibu nak makan apa?" Tanyanya.

"Ibu tak kisah. Jangan pedas-pedas dan tak mahu makan western food"

"Makan ayam chop jelah", ujar Arfa sendiri. Dia sudah berdiri di kedai makan.

"Okey, abang-abang sekalian dan ibu duduk biar Esha ambik oder kat depan", pesan Arfa kepada mereka sebelum meninggalkan meja yang mereka akan duduki sebelah kanan.

Makanan ibu ayam masakan kicap bersama lauk lain dan kami pula chicken chop sahaja tak payah banyak beza. Pantas kakinya melangkah ke arah meja yang menempatkan mereka.

"Mana minuman untuk kitaorang?", kata Arif apabila melihat Arfa hanya menatang makanan.

"Ada tangan Esha penuh. Abanglah ambil".

****

Perlahan Arfa menolak troli kosong. Sengaja mahu meletakkan di tempat bersesuian daripada membiarkan troli kosong itu berada di tempat parkir kereta. Arfa berjalan semula mencari kereta Toyota milil Afiz. Saat memandang kekanan jalan, seorang lelaki berjalan menghampirinya. Arfa berdiri kaku.

Dah kenapa pulak jantan nih? Arfa tak gentar cuma hairan, menunggu reaksi lelaki tersebut. Secara mengejut sahaja lelaki itu memaut lengannya. Ternganga kecil mulutku. Aku cuba menolak tapi pegangannya kemas.

"Dah kenapa encik ni?"

"Jap awak kena tolong saya kejap je. Mari ikut saya". Lantas aku di heretnya pergi ke parkir kereta belah sana.

"Eh saya tak nak. Baik encik lepaskan sebelum saya jerit nanti", ugut ku dengan suara keras.

"Okay fine!" Serta merta tangan ku dilepaskan semula. Tanpa pamit darinya, lantas aku meninggalkan lelaki tersebut dengan lambaian. Hahaha padan muka kau!

"Ni kenapa mengah-mengah.. ada apa? Lari dari siapa?" Tanya Arif. Sempat dia melihat kebelakang namun tiada yang mencurigakan pun.

"Tak ada orang ni minta tolong, muka dia macam misteri. Seram pulak tiba-tiba".

"Tulah kau lambat lagi, nasib baik tak apa-apa", ujar abang long. Aku hanya senyum kambing.

*****

Maaf sikit untuk bab ni. Vote. Komen.

Ok daaa!




© Arfa Eshal Where stories live. Discover now